BAB 11

Young Adult Series 706

"KAU stay Selangor, kan?" sergah Elyas apabila tayar mula bergolek di atas jalan raya.

Dewi menjeling lelaki itu sebelum mengangguk untuk mengeyakan pertanyaannya.

"Talk, Dewi. Aku tak boleh nak tengok sign kau, I'm driving right now," tegur Elyas–matanya sesekali menoleh ke arah Dewi sebelum kembali menatap ke jalan raya.

Dewi memerhati Elyas sejenak, kemudian dengan ekspresi selamba, dia mengangkat tangan dan membuat isyarat dengan gerakan yang sengaja diperlahankan, seolah-olah menguji kesabaran lelaki itu.

"Saya tahu awak boleh faham. Tak perlu tengok pun." Dewi senyum tanpa rasa bersalah.

Elyas mengetap bibir, matanya masih fokus ke jalan, tapi jelas dia mendengus kecil.

"Dewi..." Nada suaranya mengandungi amaran, namun tidak mampu menyembunyikan riak geli hati.Dewi hanya mengangkat bahu, wajahnya masih tenang.

Elyas menjeling sekilas, sebelum menghembus nafas panjang, "Kau sengaja, kan?"

Dewi tidak menjawab, cuma mengangkat kening sedikit, seperti mencabar.Elyas akhirnya mendengus, sebelum menggumam, "Tahu sangat perangai kau ni..."

Dewi akhirnya bersuara lembut dengan tawa yang tertahan melihat wajah berkerut Elyas. "Saya stay Selangor. Kenapa?"

Elyas mengangguk dengan sengihan melebar."Mantap! Baru boleh plan nak dating dengan kau nanti waktu aku balik. Aku pun duduk situ!" Penuh teruja dia berkata sehingga Dewi hanya mampu memandangnya dengan mata berkelip laju.

"Awak mahu keluar dengan saya ke?" soal Dewi, wajahnya penuh kehairanan.

Elyas menoleh ke arah Dewi sambil berhenti di lampu isyarat merah. "Ya lah, kau tak nak keluar dengan aku?" jawabnya sambil mengangkat kening, cuba-cuba buat wajah selamba.

Dewi mengangguk beberapa kali, wajahnya serius. "Kalau awak mahu ajak saya keluar, awak kena bawa Daim sekali," katanya bersungguh-sungguh.

"Daim?" Dahi Elyas berkerut, kehairanan. Dia menukar gear ke D dan mula memandu semula.

"Siapa Daim? Coklat dekat Langkawi tu?" Elyas bertanya dengan nada polos, tak faham langsung. Nama siapa yang disebut-sebut oleh Dewi tu?

Dewi tersenyum kecil dengan celoteh Elyas. "My other half. The one who always protects me," jawabnya sambil menyunggingkan senyum kecil di bibir, seolah-olah memujinya dalam diam. Kalau Daim tahu, mesti lelaki itu kembang tiga mangkuk!

Mata Elyas terbeliak. Jantungnya bagai terhenti seketika mendengar jawapan Dewi. Other half?! Dia terdiam sejenak, mulut ternganga. Apa benda ni?!

"Siapa Daim, Dewi? Kau tak jawab soalan aku!" Elyas menekan giginya rapat, jelingan tajam dilemparkan kepada Dewi yang masih tersenyum selamba tanpa rasa bersalah. Semakin lama, rasa cemburu dalam dirinya semakin membuak.

Namun Dewi hanya diam, matanya kini tertumpu pada luar kereta. Dia menahan tawa kecil, tetapi tidak berjaya. Wajah Elyas yang cemberut itu benar-benar menggelikan hati.

"Dewi!" Elyas hampir mahu memberontak. Dewi abaikan dia begitu sahaja!

Tidak dapat menahan tawa, Dewi akhirnya tertawa besar sambil memegang perutnya yang mula terasa sakit akibat ketawa yang berterusan. Wajah Elyas yang sedang berkerut itu semakin membuatkan Dewi tidak dapat berhenti ketawa. Sesekali jemarinya terangkat, mengelap air mata yang jatuh akibat tawa yang terlalu banyak.

"Aw-awak kelakarlah, Elyas!" Dewi berkata dengan suara yang hampir tenggelam dengan tawanya sendiri.

Elyas tergamam. "Dewi..." Panggilnya perlahan, hampir tak percaya.

"Y-ya?" Dewi menjawab sambil memandang wajah Elyas yang kini serius, meskipun bibirnya masih mengukir senyuman nakal.

Tapi tak sampai beberapa saat, tawa Dewi terlepas lagi. "Maafkan saya, muka awak kelakar sangat!" katanya sambil menutup mulut, cuba menahan tawa.

"Aku punyalah hensem, kau cakap aku kelakar? Sampai hati kau kan?" Elyas berdecit, tapi bibirnya tak dapat disembunyikan senyum yang meleret. Meskipun rasa geram sedikit membakar dalam hatinya, dia tetap tak dapat menahan diri daripada tersenyum apabila mendengar gelak tawa Dewi yang masih kedengaran di gegendang telinganya.

"Awak cukup pakej hensem dan kelakar, Elyas. Sakit perut saya!" Dewi memuji dengan senyuman lebar, tanpa sedar membuatkan Elyas terkedu seketika. Pipi Elyas mula terasa panas, dan dia dengan cepat menunduk, cuba menyembunyikan rona merah di wajahnya.

Elyas terdiam seketika, kemudian gelengkan kepala sedikit. "Kau ni, Dewi... puji macam ni, buat aku speechless," katanya sambil cuba buat muka cool, tapi tak berjaya sembunyikan rasa malu yang makin memuncak.

Dewi hanya tersenyum manis, matanya berkilauan melihat reaksi Elyas. "Sebab awak memang kelakar, jadi tidak salah kalau saya puji," jawab Dewi perlahan, tapi suaranya tetap mesra dan tenang.

Elyas cuba menyembunyikan senyumannya, tapi gagal. Dia berdehem seketika sebelum menggaru belakang kepala.

"Jadi... boleh tak aku nak ajak kau jalan-jalan nanti?" Elyas cuba bertanya lagi, kali ini dengan suara yang sedikit teragak-agak walaupun pipinya sudah terasa panas. Matanya sempat melirik Dewi sekejap, melihat senyuman manis yang terpamer di wajah gadis itu.

"Boleh." Dewi menjawab ringkas, tapi Elyas sudah dapat merasakan gelombang kegembiraan yang memenuhi dirinya. Rasa teruja itu seolah-olah mula memancar di setiap sudut jiwanya.

"Betul?" Elyas teruja, hampir saja membalas dengan kelajuan yang lebih pantas daripada yang sepatutnya.

"Tapi awak kena jumpa ayah saya dulu, Elyas." Dewi memotong sambil tersenyum dengan mata berbinar. "Kalau ayah saya izinkan, baru saya boleh ikut awak jalan-jalan... Dengan Daim sekali," tambahnya dan tanpa disedari wajah Elyas berubah menjadi sedikit cemas.

"Ayah kau garang tak?" Elyas bertanya dengan nada bimbang. Rasa teruja tadi seolah-olah menyusut masuk semula ke dalam dirinya.

"Dewi... kalau ayah kau garang, aku... aku risau."

Dewi hanya tersenyum kecil. "Ayah saya tidak garang, tapi dia pekak, Elyas. Sama seperti saya." Dia tersenyum lagi, melihat reaksi Elyas yang nampaknya lebih terkejut daripada yang dia jangkakan.

"Wait... pekak? Ayah kau dan mak kau?" Elyas tercengang, terasa seperti dia baru sahaja masuk ke dalam dunia yang baru. Ada rasa ingin tahu yang mendalam dalam dirinya, ingin mengenali lebih lanjut tentang keluarga Dewi.

"Ya, kedua-dua ibu dan ayah saya pekak, Elyas. Kalau awak mahu ajak saya keluar, awak kena berjumpa dengan mereka dulu," jawab Dewi dengan tenang, walaupun dia dapat merasakan sedikit kegugupan Elyas yang cuba menyembunyikan rasa takutnya.

Elyas menghela nafas panjang, merasai perasaan berdebar yang meluap-luap dalam dada. "Dewi..." panggilnya dengan suara yang lebih perlahan, hampir seperti berbisik.

"Ya?" Dewi menoleh, namun kali ini ada sedikit tanda tanya dalam pandangannya.

"Kalau macam tu... nanti bagi aku lokasi rumah kau, aku akan berjumpa dengan parents kau. Aku sendiri yang akan minta izin untuk bawa kau jalan-jalan. Okey?" kata Elyas dengan yakin, walaupun hatinya berdebar kencang.

Dewi kelihatan terkejut, matanya bersinar dengan harapan. "Betul ke?" dia bertanya, suaranya penuh dengan semangat.

"Betul. Pernah ke aku tipu kau?" Elyas tertawa kecil, cuba menenangkan perasaan yang masih tersisa dalam hatinya.

Dewi menggeleng cepat, tanda percaya sepenuhnya kepada Elyas.

"Jadi, sekarang jom kita sarapan. Kita ada lagi 45 minit sebelum tren kau sampai." Elyas terus keluar dari kereta tanpa menunggu lama, kemudian berjalan ke arah gerai makan sambil Dewi terkial-kial mengekorinya.

"Kau nak makan apa?" Elyas bertanya dengan suara ceria, matanya melayang-layang memandang menu yang terpapar di atas dinding gerai.

"Saya nak roti canai kuah banjir dengan teh tarik, boleh?" suara Dewi yang lembut itu membuatkan Elyas tersenyum kecil.

"Sebiji je?" Elyas menjeling dengan senyuman nakal, sementara Dewi hanya angguk perlahan. Tanpa banyak bicara, Elyas bergerak ke kaunter untuk membuat pesanan mereka.

Dewi duduk diam, memerhati setiap gerak-geri Elyas dengan mata yang bersinar terang walaupun tanpa sinaran matahari yang kuat. Di manapun Dewi berada, dia tetap kelihatan bersinar, seolah-olah ada cahaya dalam dirinya yang membuatkan segala yang ada di sekelilingnya menjadi lebih hidup. Mungkin ia terpantul daripada jiwa Dewi yang sentiasa bersih dan polos.

Sejak menjejakkan kaki ke kampus ini, Elyas adalah satu-satunya sahabat yang benar-benar memahami dan menerima dirinya tanpa syarat. Dewi menghargai setiap detik bersama lelaki itu—gurau sendanya, keprihatinannya, cara Elyas yang selalu ada tanpa diminta.

Namun, jauh di sudut hati, terselit ketakutan yang sukar diusir. Dia pernah kehilangan sebelum ini, dan kehilangan itu masih meninggalkan parut yang belum sembuh sepenuhnya.

Dewi menunduk sedikit, jemarinya menggenggam hujung lengan bajunya.

Elyas... awak tak akan tinggalkan saya juga, kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience