BAB 15

Young Adult Series 672

SUASANA di dalam GigaZone, indoor theme park yang sentiasa bising dan berlampu terang, seolah-olah menolak realiti keluar dari pintu. Di tengah-tengah tawa kanak-kanak, jeritan remaja di atas roller coaster, dan bunyi tembakan laser tag, tiga figura sedang berjalan beriringan dengan mata bercahaya—Elyas, Dewi, dan Daim.

Elyas menarik nafasnya panjang.

“Tak sangka lah, kena jadi third wheel dalam ‘date’ sendiri,” Elyas mencebik, matanya melirik ke arah Dewi dan Daim yang sedang bersembang. “Patutnya tadi aku pengsankan aje si Daim ni!" Dengusan kuat terbit tanpa sempat dia tahan.

Sambil berkata begitu, Elyas cuba mengalihkan perhatian dengan mengacak-acak rambut merahnya yang sedikit berantakan, seolah-olah untuk memberi sedikit sentuhan ‘cool’ pada situasi yang dia sendiri rasa kelakar. Rambut merahnya yang berapi itu semakin kelihatan berkilat di bawah cahaya neon.

Dewi yang terdengar rungutan itu hanya senyum tanpa rasa bersalah. “Consider ni sebagai ‘double protection squad’.”

“Double protection?” Elyas toleh ke arah Daim. “Yang satu ni lebih kepada double disturbance.”

Daim angkat kening, sebelah tangan sudah masuk ke dalam poket seluar cargonya. “Berguna tau ada aku ni. Kau tak nampak ke tadi siapa yang selamatkan heroine kita dalam rumah hantu?”

Dewi yang berjalan di tengah antara mereka, hanya tersengih dengan mata yang bersinar penuh adrenalin. Wajahnya masih sedikit merah akibat terlampau menjerit sehingga terasa panas di dalam rumah hantu. Namun, senyuman terujanya tak hilang-hilang.

“Tak sangka Mila boleh peluk Daim sekuat tu tadi,” kata Dewi pada Daim sambil memeluk erat lengan abangnya.

Elyas di sebelah terdiam. Mata dia bergerak perlahan—dari tangan Dewi, ke lengan Daim, ke muka Daim yang tengah sengih bangga macam baru menang pingat emas. Lepas tu dia mencebik kuat.

“Wow. Gitu eh? Abang tiri Cinderella pun tak peluk macam tu rasanya.”

"Cinderella ada abang tiri ke Elyas?" soal Dewi polos dengan mata beningnya memandang wajah cemberut Elyas dengan penuh tunak.

Daim turut sama menjeling lelaki itu sambil membetulkan lengan bajunya yang baru saja 'dirosakkan' oleh Dewi. “Bukan salah aku dia takut sampai rangkul aku macam hero drama Korea. Salah zombie tu lah. Buat kerja over.”

“Hantu tu pun mesti trauma. Kena peluk dua beradik. Patutlah dia terhenti kejap tadi,” balas Elyas sambil silang tangan, mata menjeling tajam—tapi lebih kepada orang comel yang sedang cemburu berbanding marah betul-betul.

Dewi ketawa kecil. “Alaa… Elyas cemburu ke?” Dia sengaja menyiku lengan Elyas lembut, mata penuh usikan.

Elyas menjeling sambil cuba control macho. “Cemburu? Tak lah. Aku cuma… sedih sebab zombie tu tak peluk aku sekali.”

“Kalau dia peluk kau, aku suruh dia bawa kau balik sekali masuk prop bilik mayat,” Daim mencelah sambil sengih, puas hati dengan comeback dia.

Elyas ketap bibir kerana geram dengan serangan balas lelaki itu. Argh, dia stress!

"Tapi aku rasa hantu tu pun takut nak peluk kau dengan rambut berapi macam ni." Daim gelak sambil goyang kepala, seperti baru dapat punchline paling padu tika itu. “No wonder pontianak tu tak menjerit... dia confused kau hantu baru join shift ke apa. Uniform tak ikut dress code.”

Dewi terlepas gelak besar sehingga terpaksa peluk perut sepnajang berjalan. Elyas terus terpaku buat seketika sebelum dia turut menarik senyuman nipis apabila melihat Dewi yang gembira sehingga begitu rupa.

“Daim! Kesian Elyas... Tapi sumpah rambut awak memang standout tadi… lighting merah dalam rumah hantu itu buat awak nampak seperti ketua puaka department HR! Haunted Resource!” gurau Dewi dengan wajah yang ceria.

Elyas terus berwajah cemberut, senyuman tadi terus hilang. Tangan dia silang di dada, gaya mahu merajuk. “Tak baik tau. Rambut ni limited edition. Diorang bayar aku okey untuk warna ni.”

“Betul lah tu, warna dia... merah Cili Padi 300% Pedas Level Boss,” Daim sambung sambil gaya chef buka tutup penutup periuk. Tiba-tiba dia berasa sangat seronok untuk mengusik lelaki yang jauh lebih muda berbanding dirinya dan Dewi.

Elyas terus menggolekkan matanya penuh dramatik.

“Haa, itulah. Lain kali next date jangan bawa Daim. Dia ni spoil gila! Macam side dish datang claim dia main course,” perli Elyas bagai terlupa lelaki itu ialah abang kepada crushnya sendiri.

Daim tidak terkesan malah dia terus menepuk dadanya sendiri penuh bangga. “At least aku bukan dessert tak cukup manis.”

Elyas menjeling, “Bang, kau tu bukan dessert. Kau tu tisu basah yang orang dapat free tapi tak tahu nak buat apa.” Hilang sudah kata ganti nama sopan yang dia gunakan seperti di rumah tadi.

Dewi sudah tertawa sambil mencengkam erat lengan baju abangnya. “Okey korang ini... cukup! Nanti staf datang marah sebab korang gaduh seperti berebut anak kucing.”

Elyas muncung sedikit, sambil menolak rambut merahnya ke belakang. “Kalau anak kucing tu Dewi… memang aku rebut pun.”

“Eh eh eh—” Daim angkat tangan, “Tolong sikit, jangan flirt depan aku. Aku ni saksi hidup tau. Nanti aku report dekat ayah aku, baru kau tahu," ugut Daim dengan senyuman senget.

"Okey tak apa, nanti kami flirt belakang tiang,” jawab Elyas selamba, dengan senyuman paling sinis abad ini.

Dewi terkekek tanpa ada tanda mahu berhenti. Namun, dia terus ambil gambar dua lelaki yang tengah berlawan mulut itu. Dia mahu menghantar gambar itu ke dalam group family kerana dia benar-benar tidak menyangka kombo Elyas-Daim akan menjadi segembira ini buat dirinya.

"Daim dengan Elyas ni comel lah, suka Mila tengok," potong Dewi secara tiba-tiba terus menghentikan perbalahan mereka.

"Puji aku sorang dahlah Dewi, tak perlu puji abang kau," Elyas menjuihkan sedikit bibirnya sebelum bergerak meninggalkan dua beradik itu.

Dewi dan Daim hanya berpandangan sambil menahan tawa. "Itulah Mila, lain kali cari lelaki yang matang bukannya kuat merajuk macam si kepala cili tu," perli Daim. Dewi hanya tersenyum.

"Aku dengar ya!" jerit Elyas dari depan. Lantas, terus terlepas tawa Daim dan Dewi yang tertahan sedari tadi.

Selepas beberapa jam berpusing-pusing, terjerit-jerit dalam rumah hantu, bergaduh sesama sendiri dan bermain di arked, akhirnya mereka sampai ke zon VR experience bertajuk "Love Quest: Couple or Crash!"

Daim angkat tangan gaya surrender. Dia malas mahu bermain game budak hingusan seperti ini.

“Ni turn korang lah. Aku nak pergi beli air. Tengok dari jauh je. Kalau ada alien jatuh cinta dengan kau, Elyas, itu bukan salah aku.” Daim terus bergerak dan meninggalkan dua budak kecil itu dan menuju laju ke bahagian minuman. Dahaga.

Elyas sempat jeling. “Finally, ruang untuk bernafas. Dah tak ada background noise yang membingitkan telinga.”

Dewi tergelak kecil sambil tarik lengan Elyas untuk masuk ke bilik VR. Staf menghulurkan dua helmet besar dan controller.

“Awak ready?” Dewi tanya, mata bobanya sudah bersinar seperti lampu disko.

Elyas angguk penuh keyakinan. “Of course. I was born ready—”

POOF.

Realiti terus hilang! Mereka kini berada di dalam dunia VR: langit aurora, planet terapung, dan monster berbulu seperti campuran Totoro—watak dalam anime, dan buah rambutan yang sedang berlari laju ke arah mereka.

Elyas menjerit. “Apa benda ni?! Kenapa dia ada lima mata?!”

“Awak kata born ready?!” Dewi gelak lalu terus menembak monster tu dengan senjata berbentuk love laser.

“Monster dia besar gila kot! Ini bukan cinta, ini PTSD dari rumah hantu tadi!” Elyas terus lari ke belakang Dewi, guna dia macam human shield.

Dewi terus menarik lengan VR Elyas dan membawanya ke love portal. “Kalau awak nak menang, kena percaya partner awak.” Dewi mula memujuk.

Elyas terus memandang Dewi dengan harapan. “Okey… aku percaya kau. Tapi kalau kita kalah, aku akan salahkan kau sepenuhnya.”

Dan dengan kerjasama yang separa kelam-kabut, mereka berguling, melompat, dan tembak semua raksasa perosak hubungan dalam Love Galaxy. Elyas yang gelabah sempat terjatuh ke dalam hatred lava sekali sehingga Dewi terpaksa membawa dia keluar dari lava itu menggunakan Heart Boost dengan bebelan yang pertama kali Elyas hadap sepanjang dia berkenalan dengan gadis itu.

“Saya suruh awak lompat kiri, kenapa awak lompat ke kanan?”

“Aku ni kanan dari hati kau,” jawab Elyas selamba yang sudah hidup semula dalam VR itu.

Di satu level, mereka tersangkut dalam love bubble—zon rehat sebelum boss fight. Muzik lo-fi cinta ala angkasa berkumandang, ada kelip-kelip VR berterbangan di pandangan grafik mereka.

“Kau tahu tak…” Elyas buka mulut, “game ni tak lah seteruk yang aku sangka. Grafik dia pun okey. Monster pun... sweet walaupun awalnya aku terkejut juga.”

“Awak tengah enjoy sebab awak tengah berdua dengan saya, kan?” Dewi senyum senget, sambil menembak bubble kecil dalam VR itu secara suka-suka.

Elyas senyum kecil. “Maybe. Tapi aku sentiasa enjoy bila dengan kau, Dewi. Duduk lepak bagi kucing makan pun aku dah enjoy apatah lagi game harini. Aku rasa macam dah masuk dalam planet cinta, auch!" Elyas acah-acah memegang dadanya. Gedik!

Dewi tersenyum geli hati. “Awak ni cheesy!”

“Eh—yang kau pegang tangan aku dari tadi tu?”

“Itu dalam game saja! Bukan betul-betul pun!" Dewi terus memusing badan, namun avatarnya turut kelihatan malu-malu walaupun dalam keadaan digital.

Elyas ketawa, cuba mengusik gadis itu. “Dalam dunia nyata pun boleh pegang tangan aku kalau kau nak. Tak perlu nak VR—IRL pun aku okay je.”

"Tak bolehlah Elyas, HARAM!"

“MISI TAMAT. ANDA BERJAYA MENYELAMATKAN CINTA ANDA!” jeritan sistem itu mengejutkan mereka berdua yang ralit mengusik antara satu sama lain sedari tadi.

Paparan skrin besar menayangkan avatar Elyas dan Dewi yang berdiri di atas podium sambil ditabur konfeti berbentuk love dengan alien comel yang melambai-lambai mereka.

Mereka terus membuka helmet. Rambut menjadi serabai, berpeluh, tetapi muka sangat puas seperti baru sahaja keluar dari movie Marvel.

Daim muncul semula dengan dua botol air berada dalam pegangan. “Wow, wow. Muka korang ni—baru balik nikah di planet Zuhal ke apa?”

Elyas lap peluh. “Game ni heavy, bro. Tapi aku survive. Dengan dignity separuh.”

Dewi masih gelak kecil, wajah Elyas dipandang penuh perasaan. “Saya suka game ni, Elyas. Sweet… in a chaotic way.”

“Jom? Next level?” Elyas tanya, tersenyum nakal.

“Jom! Lagi satu game!” Dewi balas dengan teruja. Dia menghayunkan botol air yang diberi oleh Daim tadi seraya berjalan seiringan dengan Elyas dengan perasaan seronok yang membuak-buak. Terasa seperti inner childnya sedang healing semaksima mungkin pada hari ini.

Daim yang berada di belakang cuma mampu menggeleng kepala dengan keterujaan dua budak kolej itu.

“Aku beli air, korang balik dengan improve relationship eh? Patutnya aku pun main game tu tadi!" dengus Daim geram sebelum turut mengikut jejak Elyas dan Dewi. Dia pun mahu main game itu di level seterusnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience