BAB 2

Young Adult Series 672

"PM ELYAS!"

Suara itu mengejutkan Elyas yang baru saja meneguk air mineral setelah berjam-jam dia bercakap di hadapan ribuan mahasiswa di dalam dewan itu. Matanya terus tertala kepada sekumpulan perempuan yang sudah tersengih memandangnya dengan mata yang bersinar-sinar.

"Ya saya," jawab Elyas dengan wajah yang dimaniskan. Botol air ditutup kembali sementara menunggu adik-adik itu datang mendekat.

"PM Elyas ni model kan? Betul tak?" soal salah seorang daripada mereka sehingga membuatkan kening Elyas terjungkit sebelah.

"Yap, betul tu. Saya part time model je." Elyas hanya melayan dengan suara yang senada.

"Weh betul lah aku cakap, kita satu kampus dengan model tu!" bisik gadis yang lain sambil menyenggol pinggang rakannya.

"Manalah aku tahu, ingatkan kau salah orang. Kau kan selalu sangat tersilap orang!" marah rakannya dengan suara yang tertahan.

"Jadi, ada apa korang cari saya ya?" soal Elyas apabila dia melihat pergaduhan itu tidak akan mencapai titik noktah.

"Kitorang nak ambil gambar dengan PM Elyas boleh ke?" Tersipu-sipu si dia yang bertanya sehingga pipinya naik merah. Elyas terus tersenyum senget dan angguk perlahan.

"Boleh. Nak ambil gambar kat mana?" Elyas melayan dan mengikut langkah kecil junior-juniornya itu.

"Hujung dewan tu lah PM, boleh?"

"Up to you guys."

Habis itu, berkeping-keping bersama Elyas mereka tangkap. Dalam kumpulan. Secara individu. Semua mereka buat asalkan Elyas melayan.

"Terima kasih PM Elyas sebab layan kitorang. Maaf ganggu waktu PM Elyas," ujar salah seorang gadis di situ. Rakan-rakannya yang lain angguk dan turut mengucapkan terima kasih kepada Elyas.

"It's okay guys. Selamat datang ke kampus ini, enjoy your diploma life here okay? Belajar nombor satu tapi ingat ibu bapa bukan nombor dua. Selalulah call parents, jangan lupa diri. Sekarang korang bukan dekat sekolah dah, everything is different here. Jaga diri, jangan culture shock," pesan Elyas panjang.

Kenapa dia buat demikian? Kerana dia sudah melihat banyak mahasiswa-mahasiswi yang seakan lupa diri apabila melangkah keluar dari rumah ibu bapa. Dan ini sangat merisaukan.

"Terima kasih untuk nasihat itu, PM. Kitorang akan take note! Terima kasih untuk sekali lagi."

Elyas angguk dan memberikan senyuman nipis pada mereka. Kakinya mula melangkah ke belakang dewan sebelum melabuhkan duduk di atas kerusi. Mata dipejamkan seketika untuk melepaskan lelah.

Tujuh hari mengendalikan mahasiswa baru. Baru hari ini dia dapat melepaskan nafas lega setelah semuanya selesai. Esok merupakan permulaan hari kuliah untuk semester baru dan tenaganya agak kurang hari ni.

"Yas, makan belum?" tegur Nazim sebelum membuka vest PM nya. PM ialah Pemimpin Mahasiswa yang mengendalikan program orientasi pelajar baru dari kalangan diploma dan ijazah.

"Belum. Aku nak ambil makanan tadi tapi dah habis," balas Elyas setelah membuka matanya. Perut yang berkeriuk, dia sentuh.

Dari pagi dia tidak makan tapi satu jenis makanan pun mereka tidak simpan untuknya. Sampai hati!

"Tulah, waktu makan sepatutnya kau pun makan. Bukannya duduk pantau budak-budak tu," kata Nazim dengan kepala yang tergeleng perlahan.

Rakannya itu kerja kuat sangat. Sampai diri sendiri tak terjaga.

"Takkan aku nak biar diorang bila semua PM makan? It's okay, Naz. Kejap lagi aku order Richeese level tiga. Uish sedapnya!" Baru terfikir, air liurnya terasa mahu meleleh.

"Malam nanti kita ada jamuan makan tau antara PM. Jangan lupa turun," pesan Nazim.

"Pukul berapa?" soal Elyas sebelum melihat jam di pergelangan tangan kirinya.

"Pukul sembilan malam dekat anjung."

"Okey nice sebab aku ada meeting dengan MT NetCom lepas maghrib dekat anjung juga. So, aku pergi lambat sikit. Tolong simpan sikit makanan untuk aku!" kata Elyas dengan mata yang disepetkan kepada Nazim.

Lelaki itu terus terkekeh ketawa apabila soal makanan menjadi topik utama orang kelaparan.

"Okey, nanti aku asingkan. Kau sibuk betul eh? Baru habis orientasi terus ada meeting? Macam mana kau hidup ni PM Elyas?" Nazim perli dalam lembut.

"Meeting untuk perbincangan AGM nanti. Aku dah nak turun dari jadi Presiden NetCom! Tak sabarnya nak turun!" Elyas sudah tersenyum membayangkan hidupnya yang bakal lengang tanpa komitmen yang banyak. Akhirnya, dia boleh kembali berlatih takraw dengan kawan-kawannya yang lain!

Wuhu! Bro is tak sabar!

"Baguslah, asyik busy je kau. Lagipun sem ni kau dah mula buat proposal FYP kan?" serkap Nazim dengan dahi yang berkerut.

"Mana adalah. Aku ada lagi tiga sem berbaki. Aku baru second year, sem depan baru masuk final year and start buat proposal."

"Oh I see. Manalah aku tahu, course aku mana ada FYP FYP ni. Kira-kira dengan hafal standard je sampai mampus." Nazim memdengus perlahan.

"Siapa suruh ambil akaun." Elyas tersengih melihat wajah muram Nazim.

"Aku kena scam. Dulu aku ingat akaun kira-kira je, bila masuk degree ni... Lagi banyak kena baca dan hafal berbanding kira-kira. Aku betul-betul terciduk!" luah Nazim sambil menggaru dahinya.

"No comment! Yang penting aku suka buat coding!" usik Elyas lagi.

"Dahlah kau, malas aku layan." Nazim terus meninggalkan Elyas yang masih terkekeh-kekeh mentertawakan dirinya.

Ah, dia pelajar akaun tersakiti!
Jangan tegur!
Jangan cakap!
Biar dia sembuh sendiri!

BILIK yang bakal menjadi teman rapatnya buat satu semester, dia lihat dengan perasaan yang bercampur-baur. Ada suka, ada takut, ada sedih. Semuanya bercampur menjadi satu.

Bilik yang dikongsi dengan seorang lagi temannya dia pandang sebelum membuat keputusan untuk turun bertemu keluarganya yang masih ada di bawah.

"Mila!" panggil abang dengan wajah yang ceria sambil melambai ke arahnya. Dewi Qarmila terus tersenyum kecil lalu berlari anak ke arah mereka.

Ada abang ketiganya, Daim Qaisar, ada ibu dan ayah. Ada kakak keduanya, Dian Qaisarah. Hanya mereka sahaja yang ikut menghantarnya untuk menyambung pelajaran dalam ijazah multimedia di kampus ini. Abang sulungnya tidak ikut serta akibat kekangan keluarga.

"Mila, okey tak bilik? Cantik? Selesa?" soal ibu menggunakan bahasa isyarat.

"Okey ibu. Bilik Mila perlu kongsi dua orang je, insya-Allah akan selesa," jawabnya. Turut menggunakan bahasa isyarat.

"Nak ikut kitorang pergi makan tak, Mila?" tanya ayah denga tangan yang laju bergerak ke kiri dan kanan.

Dewi terus angguk laju. Dia benar-benar lapar setelah letih dengan sesi pendaftaran akademik dan kolej sepanjang hari. Kini, pada jam empat petang, semuanya selesai.

"Mila lapar ayah. Mila rasa nak makan mi bandung." Bibirnya dicebikkan tanda lapar seraya membuat bahasa isyarat.

"Nanti kita suruh Daim cari kedai yang ada mi bandung, ya? Kesian anak ayah ni lapar." Rambut anaknya dia usap penuh kasih.

Dia dan isterinya, kedua-duanya cacat pendengaran. Pekak. Namun semua anak mereka dilahirkan normal tanpa kecacatan kecuali anak bongsunya, Dewi Qarmila. Anak gadis itu mewarisi kecacatan mereka. Gadis itu... Pekak.

"Mila, kalau ada orang buli Mila, Mila bagitahu Daim tau? Biar Daim lenyek diorang sebab berani sentuh adik Daim," pesan Daim sehingga adiknya tertawa lalu angguk setuju.

"Okey, Daim. Nanti Mila bagitahu Daim okey?" Kedua-dua tangannya menayangkan simbol okey di pipinya.

"Jom kita pergi makan!" ajak Daim sebelum menarik lengan Dewi untuk masuk ke dalam kereta diikuti oleh ibu ayah.

Dewi tersenyum lebar sebelum memeluk erat lengan abangnya.

Yeay, makan!

Heroin dah muncul hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience