ELYAS menyandarkan badannya pada bingkai pintu kamar Elya. Dia memerhati kembarnya itu dalam diam sehingga gadis itu benar-benar selesai dengan permainan video yang tertera di skrin komputer.
"Eya..." panggilan Elyas menyentakkan gadis itu. Dia langsung berpaling ke belakang sebelum tersengih melihat wajah berkerut adik kembarnya.
"Dah berapa lama dekat situ?" suara Elya sambil menyandar pada kerusi gamingnya. Wajah sang adik dia pandang tanpa rasa bersalah.
"Hampir 30 minit," decit Elyas lalu melangkah masuk. Dia terus membaringkan badan ke atas katil empuk Elya tanpa pelawaan. Mata ditutup apabila rasa kantuk mula hadir. Entah kenapa, tilam orang sentiasa menjadi tempat terenak untuk dia tidur.
"Ada apa datang sini?" tanya Elya dengan alis yang sudah hampir bercantum. Dia bingkas bangun sebelum turut berbaring di sebelah kembarnya itu. Elyas terus menoleh ke sebelah apabila wajahnya dihentam oleh rambut gadis itu.
Dia terus menguis kasar lalu menjauhkan sedikit dirinya dari Elya. Perempuan ni memanglah... Dia nak aku telan dia punya rambut ke?!
"Eya, kau tak reti nak ikat rambut ke? Rambut busuk kau masuk mulut aku tahu tak!" bentak Elyas dengan wajah menyampah.
"Malaslah... Tadi rambut aku basah sebab tu aku biar lepas. Yang kau pergi nganga mulut luas-luas buat apa?" Elya terus menyiku perut adiknya apabila diperli sedemikian rupa. Busuk? Hey, dia baru syampu tau!
"Botak je lah senang," gumam Elyas perlahan.
"Kalau babah izinkan, dah lama aku botak." Elyas terus menggulingkan matanya dengan mulut pedas Elyas.
Suasana menjadi diam seketika tanpa bicara mereka berdua. Elyas terus menoleh ke arah lelaki itu dengan dahi yang berkerut apabila sedar soalannya tidak berjawab sedari tadi.
"Yas, kau tak jawab soalan aku lagi. Kau datang bilik aku buat apa?" Elya semakin mendekat sebelum memeluk kuat tubuh kembarnya dari tepi sehingga lelaki itu rimas.
"Tak payahlah peluk-peluk!" Tubuh Elya dia tolak kasar sebelum mengusutkan rambut kakaknya. Sengaja.
"ELYAS! Aku baru basuh rambut kau tahu tak!" jerit Elya sebelum menarik rambut lelaki itu sepenuh hati. Geram sungguh dia dengan perangai terkutuk kembarnya itu. Suka betul mencari masalah dengan dirinya.
"Sakit setan!" Kali ini, Elyas turut sama menarik rambut Elya sebagai balas dendam.
"Kau yang cari pasal dulu!"
"Kau yang peluk aku dulu! Aku tak suka kau peluk aku!"
"Kau lahhh semua berpunca dari kau!"
"Kau-"
"YANG BERDUA DEKAT ATAS TU DAH KENAPA? SIAP KORANG BERDUA KALAU MAMA NAIK YA? SAKIT YANG KORANG DAPAT NANTI!"
Amaran daripada mama membuatkan mereka terdiam seketika sebelum perlahan-lahan melepaskan genggaman di rambut masing-masing. Kulit kepala yang sakit, mereka gosok tanpa bicara. Hanya berbalas pandangan mata saja untuk melepaskan rasa geram dalam hati. Kalau sekali lagi mereka bising, Puan Taliya Fariha di bawah itu bakal mengamuk bak singa betina.
Tak nak!
Takut!
Sudahlah babah tak ada nak backup!
"Sorry, Yas..." kata Elya perlahan sambil menjuihkan bibirnya sedikit untuk kelihatan comel.
"Aku pun minta maaf Eya... Sakit tak?" soal Elyas sambil menggosok kepala kakaknya.
Mereka sentiasa begini, selepas bergaduh mesti masing-masing akan memohon maaf tanpa dipinta atas ajaran mama dan babah. Dan hal ini berlangsung sehingga sekarang, tatkala mereka sudah menginjak umur 20 tahun.
"Sakit..." Elya mengerdipkan matanya berkali-kali. Sungguh, kulit kepalanya terasa sakit seperti sudah tercabut dari akarnya tika itu.
"Sorry Eya, aku tak sengaja tarik rambut kau kuat sangat," kata Elyas dengan penuh rasa bersalah. Kepala kakaknya masih dia usap dengan lembut sebagai tanda permohonan maaf.
"Tak apa, dah biasa kena buli dengan kembar sejak dalam perut mama." Suaranya pasrah sehingga Elyas melepaskan tawa kecilnya.
"Aku kan hero kau?" usik Elyas lagi.
"Hero tak sakiti perempuan."
"Kau terkecuali," tambah Elyas.
"Yas!"
Terus meledak tawa lelaki itu dengan tingkah kembarnya. Nak marahlah tu!
"Aku nak ajak kau teman aku weekend ni boleh, Eya?" Tanpa menunggu lama, Elyas menyuarakan tujuan utama dia datang ke bilik kakaknya.
"Pergi photoshoot dan jadi partner model aku. Please Eya, jomlah jadi partner aku! Photoshoot sportwear je, jomlah!" pujuk Elyas apabila melihat wajah malas Elya terpampang di hadapan matanya.
"Yas... kau tahukan aku tak suka modelling-modelling ni..."
"Tahu tapi dah tak ada orang. Jomlah, jadi partner aku... Sehari je pleaseee. Kalau photoshoot dengan kau, tak adalah terbatas aku nak pegang sana-sini. Aku pun tak suka kalau kena photoshoot dengan perempuan entah mana-mana yang bukan mahram aku. Jomlah Eya... Kau tak kesian ke dekat aku ni?" Elyas memegang erat lengan kakaknya untuk memujuk. Matanya menikam lembut mata Elya.
"Kepala lutut kau pegang sana-sini? Ingat aku ni patung nak main raba-raba?" Pedas Elya membalas omongan adiknya itu.
"Jomlah teman aku wahai Elya Tihani yang cantik dan comel lagi bergaya. Jomlah, jomlah, jomlah!"
"Tak nak!"
"Kau tak kesian ke dekat adik kau ni?" Wajah cuba disedihkan.
"Tak." Muka Elyas ditolak menjauh darinya.
"Eya... Jomlahhh... Aku betul-betul merayu pada kau. Jomlah jadi partner aku, Eya. Kau tak sayang aku ke?" Bibirnya dijuihkan untuk menarik perhatian Elya.
Gadis itu terus mendengus geram sebelum bersetuju.
"Bagitahu kawan kau, jangan ganggu aku." Elya terus menjeling adiknya yang mula tersenyum lebar dengan jawapan terpaksa gadis itu.
"Betul ni, Eya?"
"Betul."
"Eyashhh sayang Eyaaaa!" Terus dipeluk erat tubuh kembarnya sehingga mereka berdua tergolek jatuh ke lantai.
"Elyas, sakitlah!" adu Elya dengan mata yang berair. Ya Allah, sakit sungguh pinggangnya tika itu. Hentaman kuat ke atas lantai dan berat Elyas yang turut jatuh ke tubuh mungilnya membuatkan diri terasa dilenyek.
"Sorry! Sorry Eya! Aku tak sengaja!" gelabah lelaki itu bangkit untuk membantu kakaknya.
"Kalau patah pinggang aku, aku bagitahu babah kau buli aku!" Air mata yang mengalir dia kesat. Pinggang yang sakit dia gosok berkali-kali untuk mengurangkan rasa sengal.
"Maaf Eya..." Elyas turut sama menggosok pinggang kembarnya apabila rasa bersalah menghurung diri. Wajah Elya yang merah dia lihat sambil menggigit dalam bibir.
"Aku janji nanti aku beli PS5 Pro untuk kau, Eya. Janganlah marah aku..." goda Elyas.
Mata Elya terus bersinar mendengar ucapan adiknya itu. NAK!
"Betul ni?" soal Elya tidak percaya.
Elyas angguk sebelum bangun dan menjauh.
"Betul kalau kau sign kontrak untuk jadi partner modelling aku!" Usai, dia terus berlari keluar dengan tawa ceria.
Elya terus mendengus geram. Dia sudah menduga perangai terkutuk Elyas itu tapi sering kali dia terjatuh dalam permainan licik kembarnya.
Cis!
"Jaga kau Yas!" jerit Elya kuat.
Namun, tawa Elyas yang semakin kuat menyakitkan hatinya.
Kurang ajar punya adik!
Hai hai hai! Saya kembali lagi dengan romatik-komedi buat anda semua! Selamat membaca dan jangan lupa vote dan komen! Ini spin off si bisu pujaan hati ya. Kisah anak kedua ezrul taliya yang nakal!
Share this novel