BAB 16

Young Adult Series 672

ELYAS bergolek malas di atas katil, kepalanya terjuntai ke bawah bersama helaian rambut merah yang beralun ikut graviti. Jari-jemarinya ligat menaip di udara, senyuman tidak lekang dari wajah seperti baru dapat berita gembira dari langit.

Puncanya?

Dewi, of course.

Gadis yang mampu buat dia senyum seperti orang gila setiap kali nama itu muncul di skrin.

Tak perlu filter. Tak perlu ayat pickup line. Cukup satu balasan dari Dewi, senyum Elyas sudah naik sampai telinga tanpa ada rasa lenguh.

Elyas
Kau ada plan tak esok?

Dewi Boba Goddess (✿◡‿◡)
Hmmm

Esok saya nak bawa Genius ke klinik

Dia demam sikit

Elyas terus mengerutkan dahi membaca respons Dewi itu. Genius? Siapa pula dah? Nama adik dia pula ke?

Elyas
Sapo Genius? Adik kau?

Dewi Boba Goddess (✿◡‿◡)

Hahahaha
Awak ni kelakarlah, Elyas

Saya mana ada adik

Awaklah adik saya!

Heheeeeee ><

Dari berbaring, Elyas terus terduduk. Adik? Berapa kali lagi Dewi nak anggap dia adik semata-mata? Ada nampak muka dia ni macam anak yatim yang perlu dibuat anak angkat ke sekarang ni? Decitan kuat mula terbit menandakan dia benar-benar geram dengan gadis itu.

Jemari mula laju menekan skrin sambil mengetap gigi. Dia benci perkataan adik yang selalu Dewi gunakan. Tak suka! Benci!

Elyas
Jangan perasan, aku tak nak jadi adik kau
Aku Elyas, bukan adik kau
Jawatan yang aku nak ialah boyfriend kau bukannya adik kau!

Dia terus menghantar pesanan itu tanpa membaca buat kali kedua asbab rasa geram yang melampau. Dewi ini memang suka mencetus amarahnya!

Beberapa saat berlalu... Tiada balasan.

Elyas menunggu dengan penuh debar, matanya tidak lepas dari skrin telefon. Makin lama makin gelisah. Apa dia ni, kenapa tak balas? Apasal Dewi tiba-tiba diam? Sakit perut ke dia? AFK ke dia? Atau... dia tengah jatuh cinta dengan aku?

Akhirnya, Elyas dengan penuh hati-hati menaip lagi...

Elyas
Dewi?
Are you there?

Kenapa tak respons? Terkena panah cinta aku ke?

Dia tekan hantar sekali lagi sambil menggigit hujung kuku kerana gementar dengan ayat terakhirnya. Dan kali ini, dia cuba untuk lebih bersabar. Dalam menunggu, Elyas terus kembali berbaring sambil bergolek ke kiri dan kanan seraya menunggu gadis kesayangannya itu balas.

Dewi Boba Goddess (✿◡‿◡)
Maaf, tadi ayah saya panggil suruh tengokkan Genius

Elyas

Oh, nasib bapa mentua aku yang ganggu

Jadi dimaafkan

Btw, siapa Genius? Dah 47 kali aku tanya

Dewi terus mengekek ketawa dengan balasan Elyas itu. Lelaki itu sungguh berani meluahkan perasaannya secara terang-terangan begini. Tapi Dewi tahu, Elyas hanya bergurau dan dia tidak akan menyimpan gurauan itu di dalam hati.

Dewi Boba Goddess (✿◡‿◡)
Genius tu kucing saya, sekarang dia tengah demam
Sebab tu lah saya nak bawa dia pergi klinik esok

Elyas
Kalau macam tu, jomlah gerak sekali
Kita bawa Genius kau tu pergi klinik waktu pagi
Lepas zohor, kau teman aku pergi saloon
Boleh?

Dewi Boba Goddess (✿◡‿◡)
Saya kena tanya ayah saya dululah, Elyas
Daim kerja, dia tak dapat nak teman saya

Sekali lagi Elyas menendang udara dengan balasan Dewi. Susah betul suka dengan anak solehah mithali ni! Tak boleh ke letak tepi dulu demi seorang Elyas yang kacak lagi baik hati ini?

Elyas
Kau ajak ajelah ayah kau teman
Senang

Dewi Boba Goddess (✿◡‿◡)
Hahahaha!
Awak ni kelakar Elyas!
Sakit perut saya
Kejap okey, saya tanya ayah sama ada dia mahu ikut atau tak

Elyas ternganga buat seketika. Dewi betul-betul ajak ayahnya? Masya-Allah anak siapa ni?

Dalam fikiran, Elyas sudah duduk mencangkung di depan pintu hati Dewi sambil memegang sejambak bunga plastik DIY dan sepucuk surat mohon restu bertulis tangan, lengkap dengan ayat berbunga-bunga dan cop mohor imaginasi. Tapi sekarang, dia rasa seperti surat itu bakal kena tolak sebelum sempat dia pos.

Elyas
Kau ni betul-betul tanya ayah kau ke?!
DEWI. AKU BERGURAU.
JANGAN BUAT BENDA SERIUS MACAM NAK MASUK MEMINANG NI

Dewi Boba Goddess (✿◡‿◡)
Saya tak gurau pun.

Ayah saya tengah fikir nak pakai baju apa esok ni.

Elyas terus jatuh terlentang atas katil dengan gaya dramatik. Dia terus mengusutkan rambut merah menyala itu dengan perasaan serabut.

"Ya Allah... aku ajak crush pergi saloon, bukan isi borang nikah."

Tangannya menekup muka, bantal ditarik untuk menutup kepala. Degupan jantungnya bukan saja laju, tapi sudah mula mengetuk irama paluan kompang. Dalam kepala dia sudah terbayang: esok pagi, dia duduk di salon, ayah Dewi di sebelah tengah pegang katalog warna rambut sambil isyarat, "Anak muda, lepas ni rambut warna biru pula ke? Alang-alang boleh cukupkan warna bendera Malaysia."

Dengan muka yang makin panik dan jiwa makin kacau, dia menaip dengan sepenuh rasa takut yang tidak berasas.

Elyas
Dewi... batalkan misi ajak ayah kau tu please
Kita... kita pergi hari lain je lah. Tunggu Daim free.
Atau tunggu... kiamat kecil berlaku dulu.

Telefon bergetar lagi. Rasa seperti dunianya pun turut bergegar sekali.

Dewi Boba Goddess (✿◡‿◡)
Tak boleh tarik balik, Elyas... ayah saya dah pilih baju.
Dia kata, 'esok kita jumpa budak rambut cili padi tu lagi.'

Elyas terdiam. Tangannya jatuh perlahan ke sisi. Bantal ditarik, dan dia tutup seluruh mukanya sambil berguling ke kanan.

"Cili padi?!!"

Suara sudah tenggelam dalam fabrik cadar, tapi emosinya mula terbakar. Masa depan dia terasa makin berempah, makin pedas, dan makin dekat nak jadi menantu paling tidak disengajakan dalam sejarah dunia.

"Rambut yang aku nak lunturkan esok... bukan maruah." Dia pejam mata rapat-rapat.

"AHHHHHHHHHHHHHHH!" Elyas menjerit kuat untuk melepaskan tekanan yang semakin mencengkam jiwa. Kenapa susah sangat nak keluar dengan Dewi ni? Tak ada Daim, ayah dia pula nak ikut. Apalah malang sangat nasib dia ni!

"Abang, kau kenapa jerit-jerit ni? Kenapa sampuk hantu gonjeng ke?"

Pintu bilik terbuka perlahan. Muncul Elqar, dengan muka paling tak berperasaan di atas muka bumi. Sebalah tangan dia pegang semangkuk mi segera, lengkap dengan sudu terselit gaya elegan. Rambutnya sedikit serabai, baju ada gambar kucing yang terbaring atas di atas pizza.

Elqar terus menyelusp masuk ke dalam bilik Elyas tanpa bunyi seperti ninja. -

Elyas sudah meringkuk di atas katil memikirkan nasib hidupnya pada esok hari. Selimut dia tarik sampai ke dahi. "Tutup lampu... Gelapkan dunia... aku tak ready. Hari ni bukan hari aku..."

Elqar terus jalan ke hujung katil dan mengacau mi segeranya tanpa menoleh ke arah Elyas sedikit pun.

Elyas terus menjeling dari bawah selimut sebelum mula bersuara dengan penuh rasa putus asa dan berat hati. "Dewi. Ajak. Ayah. Dia. Ikut. Pergi. Saloon."

Suasana senyap. Elqar mengunyah mi itu lama seraya bersila di lantai bilik abangnya.

"WEH! SALOON, WEH. Aku ajak teman bleach rambut, bukan ajak rombongan meminang!" Elyas makin panik.

"Faham." Elqar letak mangkuk mi ke atas lantai lalu mengangkat kening sedikit.

"Faham apa?!" Elyas terasa seperti mahu melenting.

"Faham kenapa kau single, bang..."

"AKU TAK MINTA KAU ATTACK AKU!" Elyas sudah berguling di atas tilam sambil menarik rambut merahnya atas dasar frustasi. Bantal dia tumbuk untuk melepaskan geram.

Elqar hanya tenung abangnya dengan pandangan kosong. "Kau yang jemput bala. Dah tau rambut kau warna api neraka, ajak pula crush yang family dia suka campur tangan. Kau hadap ajelah." Selamba saja dia mengutuk abangnya dengan wajah beku tanpa perasaan.

Elyas terus terlentang sambil pandang siling. Dia sudah terbiasa dengan ayat pedas Elqar Tajuddin itu. Dia tahu, mulut harey adiknya itu datang daripada genetik mama.

"Tolong... bawa aku lari dari dunia ni, Qar..." rayu Elyas dengan rasa pasrah merajai hati.

Elqar terus bangun dan bersedia untuk keluar. Namun dia sempat menoleh dengan ekspresi datar yang sudah menjadi trademark anak bongsu Ezrul Taliya.

"Kalau ayah Dewi tu tanya nak warna apa lepas ni, jangan cakap 'biru laut'."

Elyas sempat bertanya perlahan dengan nada lesu, "Kenapa...?"

"Takut dia cadang biru telur penyu. Rare. Tapi trauma."

Dan seperti biasa, Elqar keluar bilik dengan gaya paling tenang, meninggalkan Elyas yang kembali tergolek, menggenggam bantal penuh kekecewaan dan air mata invisible.

"Adik aku ni... emosi level peti ais beku, tapi punchline dia macam bagi penampar Mami Jarum... Harey..."

Maaf lambat semorang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience