BAB 1

Young Adult Series 815

"MINGGU depan Yas dah balik kampus tau, mama," ujar Elyas sebaik saja dia melabuhkan punggung di kerusi. Tangannya terus menjangkau kuih ketayap yang dihidangkan di atas meja.

"Awalnya balik? Bukannya lambat lagi ke buka sem baru?" Taliya dengan dahi berkerut mendekati anak lelakinya sebelum satu jag latte ais diletakkan berhadapan Elyas.

Mata lelaki itu terus bersinar melihat minuman kegemarannya itu.

Yeay, latte!

"Ada meeting lagipun Yas TERjadi pemimpin mahasiswa waktu minggu orientasi pelajar baru nanti ma. Hari tu, Yas saja-saja je isi borang dan joined interview. Tak sangka pula lulus." Dia menayangkan sengihan tak bersalah apabila mama hanya berdecit mendengar jawapannya.

"Busy mengalahkan PMX kau. Tak boleh ke duduk rumah dengan mama? Tak suka tengok muka mama yang cun melecun ni ke?" Latte yang sudah dituang, Taliya serahkan pada anaknya sebelum turut duduk di sebelah Elyas yang tingginya sudah melebihi tubuh Taliya yang rendang.

Anak-anaknya memang mengikut genetik Ezrul, tinggi bagai galah! Dalam rumah ini, Taliya seorang saja yang katik! Argh, tak suka!

Elyas terus tersedak mendengar ayat terakhir mamanya itu. Memang kuat masuk bakul angkat sendiri!

"Bukan tak suka mama tapi inikan tanggungjawab Yas... Yas sukalah tengok mama Yas yang cantik meletop kebabom ni! Patutlah babah selalu pergi laut tinggal mama sorang-sorang." Elyas terus mengekek ketawa dengan usikannya.

Taliya terus mencubit pinggang lelaki itu dengan penuh rasa geram. Dia sensitif betul dengan ayat itu. Ni belajar dari Hazim ke? Sakitnya hati!

"Jaga sikit! Mama kepit guna penyepit baju mulut kamu tu karang!" Lengan anaknya dia tampar geram.

Elyas terus melepaskan tawa besar dengan amaran mamanya. Comel!

"Takutnya Yas maa. Uuuuu~" Pipi Taliya dia cubit ringkas.

"Budak-budak jaman now, sangatlah penuh dengan sopan santun," perli Taliya dengan jelingan tajam kepada Elyas. Jemari yang masih bermain di pipinya Taliya tepis kasar.

Merajuk!

Maka, makin kuatlah tawa Elyas tika itu. Lelaki itu terus memeluk tubuh genit sang ibu sebelum mencium pipi gebu itu bertalu-talu.

"Yas minta maaf, mama. Yas bergurau je tadi. Yas sayangggg mama. Yas minta maaf, mama," ucap Elyas berkali-kali dengan pelukan yang tidak dilepaskan. Kepala dia labuhkan pada bahu mamanya dengan penuh manja.

"Malas layan." Taliya membalas pendek. Tangannya mencapai ketayap yang dia buat tanpa mengendahkan Elyas yang semakin memberat di bahu kanannya.

Anak keduanya itu selalu sahaja menyakitkan hati! Teman beradu mulut!

"Mamaaaaa," rengek Elyas dan mengetatkan pelukannya.

"Rimaslah kamu ni!" Taliya menyikut rusuk anaknya tanpa rasa kasihan.

"Maafkanlah Yas duluuuu." Elyas mencebikkan bibirya dengan mata yang dikelipkan berkali-kali. Badan sang ibu digoyangkan semahunya.

"Tengoklah dulu," balas Taliya. Sengaja mahu mengusik.

"Maafkanlah Yas mama. Please forgive me my beloved mama, Taliya Fariha binti Talib. You're my sunshine, my only sunshine. You make me happy–"

"Sudah Yas! Ya Allah, peningnya kepala mama dengar suara kamu betul-betul tepi telinga mama." Pipi anaknya ditolak menjauh.

Serabut betul dengan anak jantan Ezrul ni.

"Sedap kan suara Yas mama? Boleh lawan suara babah tak?" Keningnya dijungkit berkali-kali.

"Babah kamu bisu, Yas. Lupa ke?" Taliya terus menjentik dahi Elyas.

Sengaja ya mainkan babahnya yang istimewa itu?!

"Tahulah mama. Tapi kan babah ada nyanyi lagu Aziz Harun tu, takkan mama tak ingat?" Elyas terus menjuihkan bibir.

"Ingatlah, takkan mama tak ingat salah satu sumber suara babah tu," jawab Taliya sebelum tersenyum kecil.

Gila tak ingat? Ezrul lancarkan perang dingin dengan dia berhari-hari disebabkan video tu. Hari-hari Taliya makan hati berulamkan jantung dengan layanan dingin Ezrul.

Bila teringat semula, dia tidak sanggup! Cukuplah sekali saja dia menghadap semua itu. Dia tak mahu Ezrul isytiharkan perang dingin dengannya lagi!

"So, mana lagi sedap? Yas ke babah?" Soalan itu kembali bergema.

"Tak habis-habis!"

"Selagi mama tak maafkan, Yas akan sentiasa tanya soalan yang sama dan bernyanyi di tepi telinga bondaku yang tercinta." Elyas tersengih sebelum tangan itu panjang mencapai satu lagi kuih ketayap.

Taliya mendengus geram lalu pasrah dengan perangai Elyas.

"Yelah yelah, mama maafkan..."

"Yeay! I love you, mama!"

"Tapi–!" Taliya menghentikan perasaan teruja anaknya itu.

"Kenapa kena ada tapi ma?" Elyas sudah menjuihkan bibirnya dengan rasa yang ingin memberontak semakin meronta-ronta dalam hatinya.

"Pergi ambil babah dekat KLIA 2. Flight babah sampai pukul lapan malam nanti." Arahan Taliya itu membuatkan mata Elyas terbelalak besar.

"Babah balik malam ni ma?" Semakin bersinar mata hazel lelaki itu.

"Ya, babah balik malam ni. Nanti ajak Elya teman Yas ke airport okey?" Taliya terus menyungging senyuman senang di hujung bibir melihat keterujaan si anak.

"Okey mama! Mama tak nak ikut?" Hatinya mula berbunga gembira mendapat berita kepulangan babah yang dia rindukan itu.

"Tak. Mama nak masak istimewa untuk babah malam ni." Taliya sudah tersipu-sipu dengan omongannya sendiri.

Aish, rindunya suami! Empat bulan tak jumpa suami bisunya itu!

"Ceyyyy nak candle light dinner ke malam ni?" usik Elyas lalu mencucuk pinggang sang ibu.

"Kalau ada kamu, jadi dim light dinner je Yas. Kelam tak ada masa depan." Jujur Taliya berkata dengan hati yang sudah tertawa melihat wajah cemberut anaknya itu.

"Mama! Sampainya hati!"

"BABAH!" Jeritan kedua-dua anak kembarnya itu menolehkan Ezrul yang sedari tadi mencari-cari anak-anaknya seperti yang sudah dimaklumkan oleh Taliya. Bibir itu mula menarik senyuman lebar tatkala melihat Elya berlari anak ke arahnya dan diikuti dengan langkah acah cool Elyas di belakang.

Tubuh tegapnya dihentam kuat dengan badan Elya yang terus memeluk sang ayah tanpa segan. Lengan gadis itu melingkar di leher ayahnya yang tinggi. "Babah, Eya rindu babah!"

Ezrul hanya tersenyum dalam keadaan sedikit membongkok apabila anak sulungnya itu memeluk kuat leher dia. Belakang Elya dia tepuk dan usap perlahan sehingga tertarik sedikit selendang yang sedang dia pakai.

"Babah... jangan tarik tudung Eya..." adu Elya yang masih belum cukup melepaskan rindunya. Ezrul terus tertawa kecil dengan ragam manja sang anak. Baru saja dia mahu berbual lebih dengan babah, tubuhnya terus ditolak tanpa kasihan oleh Elyas.

"Tepilah, bagilah aku peluk babah pula!" Decit Elyas lalu memeluk tubuh Ezrul. Tinggi mereka sudah setara menunjukkan Elyas berjaya meninggi dengan jayanya.

Elya yang melihat hanya menjeling lalu membetulkan tudungnya yang sudah sedikit senget ulah babahnya.

"I miss you, my hero!" ujar Elyas lalu melepaskan pelukan mereka. Tangan Ezrul dia pegang dan lantas Elyas salam penuh hormat.

"Welcome back home, babah!" ujar Elyas lagi dengan wajah yang tidak pernah luntur dengan keceriaan.

"I miss you guys too. Lama babah tak nampak anak-anak babah depan mata, makin besar dah sekarang." Tangan Ezrul bergawang ke setiap arah untuk berbual dengan kembar kesayangannya itu.

"Tinggi Yas dah naik tiga sentimeter, bah. Sekarang, Yas dah 180 cm!" Dia bercerita dengan penuh perasaan teruja sambil menolak troli beg Ezrul. Elya pula berjalan di sebelah sang ayah dan memeluk erat lengan kiri Ezrul.

"No wonder dah sama tinggi dengan babah. Makan apa ni sampai cepat sangat tinggi? Eya pun babah tengok makin tinggi. Betul-betul ikut genetik babah." Ezrul berseloroh walaupun dalam hatinya mengucap rasa kagum dengan pertumbuhan pesat dua anaknya itu.

"Eya tak meninggi pun bah, dari hari tu 172 cm. Tak menaik, tak menurun." Elya tersengih memandang babah. Dah tua pun hensem, patutlah mama kejar tak cukup tanah dulu!

"Mama marah Yas tau sebab Yas makin tinggi. Mama cakap kenapa biarkan dia pendek sorang-sorang dalam rumah tu. Apa yang kami boleh buat, bah? Kami layankan je lah tantrum mama," ulas Elyas panjang yang akhirnya mendapat persetujuan dari Elya yang sudah tertawa apabila teringat mama mereka yang comel itu.

"Mama sentiasa comel, bah. Eya rasa nak buat keychain je mama tu. Gewram!" Elya terus membuat tanda memicit pipi dek rasa geram yang melanda.

"Mana boleh. Mama tu babah punya. Keychain babah. Eya cari yang lain, jangan kacau milik babah." Ezrul terus menggoyangkan jari terlunjuk ke kiri dan kanan dengan mata yang sengaja disepetkan.

Elya terus tertawa dengan tindakan babahnya sebelum berkata, " Sweet sangat babah ni! Patutlah mama tak mahu lepas babah pergi kerja!"

"Ceyyy bah, tahulah ada bini. Janganlah buat Yas dan Eya terasa single teruk!" perli Elyas sebelum senyumannya semakin melebar.

Kisah cinta mama dan babah selalu membuat dirinya kagum dalam diam. Dia berharap suatu hari nanti dia juga bakal bertemu cinta yang hebat seperti mama dan babah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience