Bab 4

Mystery & Detective Series 16877

?Bab 4

Satu demi satu topik menjadi perbualan antara Hani dan Danny. Lagak mereka tidak ubah seperti pasangan yang sudah lama bercinta. Bila nafsu mencapai klimaks, mereka berdua akan ke tandas. Dalam masa dua jam, tiga kali mereka ke tandas untuk berkucupan.

“Babe, I’ve got a bad news,” ujar Marissa kepada Hani ketika Danny pergi ke tandas.

“What?” Hani meneguk air buahan tropika yang diambil Danny tadi.

“Aku kena pergi straight ke Taiwan lepas ni. Flight pukul empat pagi. I must bring my car too. Kau… boleh balik sendiri kan? Pasal baju, dorang dah sediakan. Aku pergi sana bawak badan je. Dengan passport. Memang dah sedia ada dalam handbag dah pun.”

Hani mulai naik angin. Bukannya dia kisah si Marissa tu ada baju ke tak. Sekarang dah pukul satu pagi masalahnya. Kalau nak call teksi, memang boleh. Tapi siapa yang nak bayar duit tambang. Dari sini nak balik rumah dahlah dekat 40 minit. Dahlah malam-malam macam ni, macam-macam boleh jadi. Walaupun dia sudah tiada dara, dia tak rela dirogol.

“Sayang, apasal stres semacam ni?” tanya Danny ketika baru pulang daripada tandas. Haa, kau. Belum apa-apa dah panggil sayang.

“Si Maris ni, tiba-tiba nak kena pergi Taiwanlah, apa lah…” Hani menarik bibir. Marissa hanya mampu memberi senyuman nipis.

“Anyway, babe. Aku gerak dulu. Behave yourself.”

Hani dibiarkan macam orang bodoh begitu sahaja. Memang kalau tak kerana itu housemate, dah lama melekat parang dekat tengkuk Marissa tu.

“Sweet thing, Danny told me that you don’t have transport. Is it true?” Datin Sue memegang lembut bahu Hani dari belakang. Hani mengangguk. “We can pick you if you want.”

Hani mengangkat mukanya memandang wajah model jelita itu. Serta-merta, dia terasa ada satu aliran elektrik sedang mengalir dalam salur darahnya. Wajah Datin Sue sangat menggoncang hatinya.

“It’s okay, Datin. I can have a cab.”

Datin Sue tertawa sinis. Wajah Hani dipandangnya. “Are you serious? Ini KL tau. Macam-macam boleh jadi tau. Tambah pulak kalau perempuan cantik macam you ni.”

Betul jugak tu. KL ni boleh tahan bahaya jugak.

“You don’t have other choice. Event will be end in 20 minutes.”

Kerisauan mula menerpa ke benak Hani. Ya, dia tiada banyak pilihan. Kalau ada pilihan pun, hanya akan membawa risiko kepada dirinya. Jadi, dia memilih untuk mengikut Datin Sue.

“Great, let’s follow us.”

Hani hanya membuntuti Datin Sue dan Danny ke kereta mereka. Sekali tengok, Roll Royce kau. Tercengang sekejap Hani dibuatnya. Kata Danny, PA ibunya, Farah sudah pulang jam sebelas tadi. Jadi, mereka bertiga serta seorang pemandu.

“Rumah you kat mana?” tanya Datin Sue selepas masuk ke dalam kereta. Kakinya disilangkan menampakkan pehanya yang putih gebu.

“Damansara.” Hani menjawab ringkas.

“Eh, dekat dengan rumah kita. I duduk dekat Mont Kiara.” Danny menyampuk.

Hani hanya tersenyum. Tangannya menyeluk ke dalam pursenya mencari kunci rumah. Tiada. Hani sudah diterpa rasa takut. Mampus! Kunci rumah dekat kunci kereta si Marissa. Kunci rumah yang disimpannya pula disangkut bersama kunci keretanya.

“Kenapa, Hani?” tegur Datin Sue apabila melihat Hani bagaikan cacing kepanasan di sebelahnya.

“Kunci rumah saya dalam rumah.”

Datin Sue hanya tersenyum mendengar jawapan jujur daripada Hani. Boleh tahan bendul juga skandal anaknya itu.

“Mirul, tak payah pergi Damansara. Terus balik rumah kami.”

Terpempan sekejap Hani apabila mendengar arahan Datin Sue kepada pemandunya. Maknanya, dia akan menginap di rumah Datin Sue malam ini. Sebumbung dengan Danny. Wow! Tinggi godaan tu.

“Mind?” tanya Datin Sue sambil menjongket kening.

Hani tersenyum tawar. Dia risau juga. Dia bukan biasa sangat pergi ke rumah orang-orang kaya dan kenamaan seperti itu. Kalau kereta pun dah Roll Royce, bayangkanlah rumah dia besar macam mana. Mahu istana yang akan dijejakinya sebentar lagi.

“I think she feels uneasy, mama,” komen Danny kepada mamanya. Daripada masuk ke dalam kereta tadi, dia sudah melihat Hani gelisah semacam.

“Why Hani?” Datin Sue bertanya serius.

“No, I means nothing. Saya cuma tak biasa.”

Tawa Datin Sue terletus lagi. Kali ini turut disertai dengan tawa daripada Danny. Siap geleng kepala lagi. Apa yang lawaknya?

“Don’t worry. We won’t use protocol to you. We’ll acting casual. Don’t worry. Oh my God, Danny. What an innocent girl you had.”

Innocent? Innocent ke dia kalau bercium dengan lelaki yang baru dikenali beberapa minit sahaja seperti tadi? Innocent ke kalau dia sudah hilang perawannya pada usia 16 tahun? What an ironic statement.

“Just relax. Besides, takkan you nak tidur hotel? Kalau you nak pergi tidur rumah kawan-kawan you, I think it’s too late already. Sekarang ni dah dekat pukul dua.” Danny pula cuba menenangkan Hani. Rasa macam ada peluang keemasan sahaja dia malam ni.

Hani tersenyum tawar. Rasanya, ada kemungkinan dia mendapat pucuk muda. Lihat pada muka Danny, ada riak tidak sabar dan kegersangan melampau. Best jugak ni. Tapi bila mengenangkan yang dia akan berada di rumah seorang yang agak ternama, dia terpaksa banyak menimbang tara.

“You kerja apa sekarang, Hani?” tanya Datin Sue sambil memegang paha Hani. Serta-merta Hani terasa gementar seluruh badan.

“I dulu kerja secretary…”

“Dulu? Kenapa? Sekarang?”

“I resigned.” Hani menjawab senafas.

“Orang lain sikit punya berebut nak dapat kerja, you boleh senang-senang resigned. Handal you.”

“Stupid decision I ever made.” Hani menggelengkan kepalanya. Danny dan Datin Sue tergelak besar.

Tidak lama kemudian, mereka memasuki kawasan perumahan elit di Mont Kiara. Hani dapat melihat rata-rata rumah di situ masih menyala lampunya. Pukul berapalah orang di sini tidur? Malah terdapat sebuah rumah yang penghuninya sedang mengadakan parti. Bapak stail!

“There’s a heaven on earth. Home sweet home.”

Hani memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Danny. Apa yang dilihatnya adalah sebuah banglo besar yang terletak di lereng bukit. Sebaik kenderaan itu memasuki perkarangan banglo itu, mulut Hani membentuk huruf O.

“Welcome Hani. To our beloved casa,” ujar Datin Sue seraya turun dari kereta Roll Royce itu.

“Your house is so big, Datin,” puji Hani ikhlas.

“I knew, right.”

“Yeah, it so big. Tapi penghuninya tiga orang je,” celah Danny, juga baru melompat turun daripada dalam kereta. Dia menanggalkan kotnya dan disangkut di tangannya. Sangat macho apabila tangannya yang berotot kelihatan fit pada kemeja putihnya.

Hani melangkah masuk ke dalam banglo itu dengan perasaan kagum yang melampau. Tapi bila sekali fikir balik, rasa dia hina sangat. Tidak pernah seumur hidupnya, dia menjejakkan kaki ke dalam banglo sebesar dan secantik tambah mewah gila baban itu.

“Dato’ takde ke, Datin?” Terlajak mulut Hani bertanya.

Datin Sue tampak berubah riak. Danny juga begitu. Kini Hani mulai diserbu rasa bersalah.

“Dato’ outstation, Hani. I, Danny dengan maid jelah dalam rumah ni.”

Danny dilihat sangat mengantuk ketika itu. Rasanya, tiada peluang mereka malam ni. Bagi Danny, rasa mengantuk boleh membuatkan aksi hebatnya menjadi hambar. Setelah meminta izin daripada ibunya, dia terus naik ke bilik tidurnya.

“Saya nak tidur kat mana, Datin?”

“Oh, ya. Kak Chah! Oh, Kak Chah!”

Seorang wanita lingkungan 40an keluar daripada dapur dan berjalan terkedek-kedek ke arah Datin Sue. Berulangkali dia meminta maaf daripada Datin Sue kerana tertidur sebelum kepulangannya.

“Guest room kita kemas tak?” soal Datin Sue kepada wanita hampir separuh abad itu.

“Kemas, Datin. Kenapa?”

Datin Sue menepuk tangannya sekali sebelum berpaling ke arah Hani. “Great. Tonight, this pretty young lady akan tidur kat rumah kita. I want you to bring her and show her where is her place to sleep. She will stayed here till lusa, maybe. So, treat her well, okay,” arah Datin Sue. Kak Chah hanya mengangguk.

Kak Chah kemudian membawa Hani ke tingkat atas. Satu demi satu bilik dilihat Hani. Pintu bilik Danny terbuka. Sempat Hani mengintai. Remaja itu sedang mengeringkan rambutnya. Baru mandi, agaknya. Pakai boxer je nampak. Cepat-cepat Hani berpaling.

“Cik…” Kak Chah terhenti seketika.

“Hani Widara. Panggil Hani je.”

“Cik Hani, inilah biliknya. Kalau Cik Hani nak apa-apa, turun je dapur. Kak Chah punya bilik kat dapur. Cik Hani berehatlah, ya. Baju salin ada dalam gerobok tu”

Selepas Hani mengucapkan terima kasih, Kak Chah pun berlalu. Setelah Kak Chah hilang dari pandangan, Hani perlahan-lahan melangkah ke bilik Danny.

“Gotcha!” sergah Danny dalam nada berbisik dengan kepalanya terkeluar di muka pintu. Hani mengurut dadanya. Terkejut.

“You!” Dia menumbuk lembut bahu Danny yang tidak dilapik oleh apa-apa kain itu.

“I know you missed me. But we can’t make it tonight, babe. I’m so fucking tired. Can we make it tomorrow? Promise you the best actions from me.” Danny cuba memujuk Hani.

Hani sekadar memuncungkan bibir. Very the catchy.

“It’s okay. I balik bilik I dululah kalau gitu. Bye, baby boy. Have a sweet dream.”

Mereka sempat berciuman selama lima minit sebelum darah hampir sepenuhnya mengalir ke ‘tempat terlarang’ Danny. Kemudian, Hani pulang ke biliknya semula. Sebelum menukar baju, dia sempat mandi. Tambah lagi satu love bite baru kali ini. Di leher.

Sehelai blaus berwarna pink dan tracksuit dipakainya untuk tidur. Sebelum tidur, dia mengimbau semula dalam kepala apa yang terjadi malam itu. Pergi fashion show, jumpa Danny, make love dalam tandas, jumpa Datin Sue, ikut dorang balik, make love lagi. What a beautiful night ever happened. Hehehe…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience