Bab 29

Mystery & Detective Series 16877

Bab 29

Seminggu mereka berempat menginap di lokap. Danny terus dihomeschoolkan kerana Dato’ Hisyam tidak sanggup Danny menanggung malu. Farah, pergi mampuslah dia. Hani pula, kembali berpindah ke apartmen Marissa. Beratus jugaklah soalan yang ditanya perempuan tu. Terseksa jiwa raga Hani. Dan demi keselamatan, Hani terpaksa memberitahu kisah sebenar. Terbeliak juga biji mata si Marissa mendengarnya. Tapi dia tidaklah overreacted.

Yang pasti kini, Farah mesti bertanggungjawab atas semua ini. Tak kerana dia, Dato’ Hisyam tidak akan mengetahui semua ini. Tak kerana dia, Datin Sue tidak akan pergi kondominium itu. Tak kerana dia, pembunuh itu takkan ada peluang untuk membunuh Datin Sue.

Tengahari itu, Hani pergi ke rumah Farah. Untuk menuntut bela atas kematian Datin Sue. Kalau betul bukan dia pembunuh sekalipun, bagi Hani dia tetap pembunuh.

“Kau nak apa datang sini? Aku takde apa-apa dengan kau, okey.” Farah menyambut kedatangan Hani begitu caranya. ‘Terhormat’ sangat kan.

“Kau fikir kalau aku takde hal dengan kau, aku nak ke jejak kaki aku kat sini? Jijiklah, sial!” Hani membalas sambil melangkah masuk. Tiada gunanya dia berbaik dengan Farah.

Farah menutup pintu rumahnya. Melihat sahaja ke arah Hani yang sedang memandang seluruh rumahnya dengan perasaan jijik.

“Apa masalah hidup kau dengan Datin Sue sebenarnya? Kenapa tergamak kau ceritakan semua tu kat Dato’ Hisyam? Dia tu boss kau, sedar tak? Selama ni, kau mentekadarah dengan duit dia tu.” Hani terus mencurahkan apa yang terbuku di dadanya.

“Kau sembang bukan main kencang, Hani. Kau tahu tak apa si sundal tu buat kat aku? Selama ni, aku dilayan macam sampah. Macam anjing kurap. Sikit pun tak pernah nak tahu pasal welfare aku. Tak pernah nak tahu apa masalah aku. Aku benci dia, Hani.”

“Itu bukan alasan supaya kau boleh buat macam tu. Datin pernah cakap kat aku yang kau selalu buat salah, datang lambat, buat kerja tak macam dia suruh. Ikut kepala kau sendiri. So, memang patutlah apa yang kau dapat tu.”

“Kau cakap senanglah. Kau tu pelacur dia. Sejak kau datang, semua kau dapat. Dia layan aku lagi teruk sejak kau datang. Sikit-sikit, Hani tu, Hani ni, Hani this, Hani that. Kau tak fikir bernanah telinga aku ni mendengar. Lepas tu dia selalu maki aku kat public. Bagus sangatlah tu. To be honest, aku suka sangat si sundal tu mampus. Biar mereput dalam kubur tu.”

Hani berasa betul-betul geram. Kayu golf ada je kat sebelah rak ruang tamu tu. Tunggu masa nak dicapai je.

“Kau sedar tak yang kau ni duduk dalam ketakutan dan dendam semata-mata, Farah. Kau tahu yang kau boleh bila-bila je berhenti kerja dengan Datin Sue tu, tapi kau still nak kerja jugak dengan dia. So, bila benda macam ni jadi, kau salahkan dia. Kau blame aku sekali. Kononnya aku ni datang macam gagak hitam yang menghancurkan hidup kau. The totally bitch here is you, Farah.”

Farah ketawa sinis. Hani makin pelik. Bapak psiko sial minah ni!

“Well, Datin tu pun dah mampus. So, apa lagi yang kau kisahkan sebenarnya?”

Babi punya betina! Cakap macam orang takde perasaan. “Eh, sial! Kau sedar tak yang sebabkan kau, Datin Sue tu mati? Kalau bukan sebabkan kau, Datin Sue takkan berambus dari rumah tu.”

“Then I should proud about it. It was my dearest ambition to finished her life. Even aku tak dapat eliminate dengan tangan aku sendiri, at least aku boleh bukak peluang kat orang lain.”

Sumpah Hani rasa macam nak pecahkan muka Farah dengan sesuatu yang berat gila barabas sekarang ni.

“Kenapa perangai kau macam haram ah, Farah. Sampai hati kau.”

“Kau tak layak macam tu dekat aku, Hani. Banyak benda tentang Datin aku benci. Dan sekarang ni pun, bukti pasal korang berdua tu pun ada lagi kat aku. Anytime je aku boleh bagi kat press. As you know, benda ni hangat. Orang nak tahu. So, let the nationwide knows you guys bitchiness.”

Hani mulai rasa kakinya berdiri semakin tidak stabil. Menahan kemarahan maha dahsyat dalam dadanya.

“And can you imagine if I do that. Aku tak rasa yang kau akan berani keluar rumah lagi dah lepas tu. Danny pulak, hilang reputasi dia. Ha, tak sabarnya.” Farah berpaling lalu menuju ke dapur.

Kali ni, kesabaran Hani sudah mencapai tahap kronik. Dia sudah tidak boleh menahannya lagi.

Dia memandang sekeliling sekiranya ada alatan yang boleh dijadikan senjata. Sehelai tuala dijadikan pelapik. Kayu golf yang dari tadi memanggil-manggil lantas diambil oleh Hani. Dia menghayun kayu itu 100 darjah dari lantai dan berlagak seperti pemain besbol. Dihayunkan batang besi itu. Tidak sampai tiga saat, kayu itu sudah sampai di leher Farah.

Farah jatuh terjelepok di atas lantai. Hani tidak peduli. Dia terus memukul Farah sehingga gadis itu memegang kakinya meminta kesian. Tapi no way. Hani bagai lupa wujudnya Tuhan dan ertinya dosa. Dia terus membantai Farah tanpa sedikit rasa kesian. Sehinggakan Farah sudah berhenti meronta dan menjerit pun, dia masih memukul.

Ada dekat sepuluh minit jugak Hani menghayun kayu golf besi itu ke tubuh genit Farah. Lunyai terus dia kerjakan. Setelah dia berpuas hati dengan apa yang telah dikerjakannya, dia mencari apa-apa yang boleh disumbatkan si Farah ni.

Matanya kemudian tertancap pada sebuah bagasi di sebuah almari. Dia mengambil bagasi tersebut dan meletakkannya di sebelah tubuh Farah yang sudah tidak bernyawa itu.

Zip bagasi itu dibuka. Tubuh Farah disumbat ke dalam bagasi itu dengan kasar. Disebabkan kepala Farah tidak muat disumbat, Hani mematahkan tengkuk Farah dan memasukkannya sekuat hati. Muat pun. Gemuk sangat dia ni.

Hani memasukkan bagasi tersebut serta kayu golf tadi ke dalam bonet keretanya. Dia masuk ke dalam keretanya dengan perasaan yang bercampur. Lega ada, takut ada, semua ada. Di mana nak dibuang mayat ni. Setelah berfikir sejenak, Hani memutuskan untuk membuangnya di empangan di pinggir Kuala Lumpur.

Semasa pulang ke rumahnya semula, Hani membelek telefon bimbit Farah yang dia sedang copet tadi. Memang betul, semua bukti itu ada pada gadis itu. Dicabutnya memory card tersebut, dipatah-patahkan dan dibuang di tepi jalan. Serta-merta, hati Hani terasa lega semacam. Dia tidak kisah sekiranya Farah ada backup storage ke hapa janji yang dia dah tunjuk dah hancur. Dah tak wujud lagilah.

Hani tersenyum sendiri. Tanpa dia menyedari segala perbuatannya sudah diperhatikan oleh seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience