Bab 13

Mystery & Detective Series 16877

Bab 13

Tengahari itu, selepas bangun tidur (punya bagus perangai), Hani terus mandi. Seusai mandi, dia mengenakan t-shirt long sleeve berwarna kuning air dan seluar regang berwarna biru. Seperti biasa, lipstick merah dioles ke bibir. Rambut perangnya disikat dan kemudian diuraikan ke belakang. Baru sahaja hendak melangkah keluar daripada bilik, dia melihat Danny tiba di tingkat atas.

“Amboi, lawa dress up. Nak pergi mana?” tanya Danny tatkala melihat Hani seperti sedang bersiap-siap.

“Mana ada. Lupa ke yang I memang selalu pakai macam ni even dekat rumah. Lagipun kejap lagi kan Marissa nak ambik I kat sini. Nanti tak payah nak siap-siap dah kalau dah ready awal-awal.”

Danny yang masih menggalas beg sekolah mempamerkan riak sedih. Matanya kemudian memandang dalam ke mata Hani sambil menayangkan riak wajah simpati atau seposenlah senang kata.

“Tak sabar sangat nak tinggalkan I, kan. Yalah, pergilah.”

“Alolo, sayang I ni merajuk ke? Tak maulah. Tak handsome nanti,” pujuk Hani sambil mengusap bawah dagu Danny.

“Kalau I tak merajuk, you’re still leaving, right?”

Hani serba salah. Kalau nak diikutkan, memang dia tak nak tinggalkan banglo itu kerana Danny. Tapi kerana Datin Sue. Dia risau kerana hatinya sudah perlahan-lahan mencintai wanita itu.

“Kalau I balik nanti, I akan make sure yang I akan selalu visit you kat sini. Janji.” Hani mengangkat tangannya.

Danny sekadar mencemik muka. Kemudian dia berlalu beredar ke biliknya. Hani bersandar di pintu biliknya. Matanya memandang ke arah bilik Danny yang sudah berkunci. Perlahan-lahan, air matanya tumpah. Bukan dia nak semua ini terjadi. Salahkanlah Datin Sue. Kenapa dia?

Kesalahan pertama membawa kepada kesalahan seterusnya dan berterusan.

Ayat itu berlayar semula di benak fikiran Hani. Susah rupanya mencintai dua orang dalam satu masa yang sama. Hani buntu. Dia tak tahu mana yang sepatutnya dipilih.

“Who are you?” sapa suara menegur Hani yang sedang melayan perasaan.

Hani yang sedang menangis pantas mengelap air matanya dengan sebelah tangan. Dia tidak mahu sekiranya ada orang lain yang tahu penderitaan jiwa yang sedang melandanya. Dia memandang pemilik suara itu. Suaranya bagai tersekat-sekat untuk menjawab.

“Hani…argh!” jerit Danny kecil apabila melihat bapanya di kaki tangga menuju ke bilik ibunya di hujung koridor sana. Itulah, siapa suruh jengulkan kepala “Bila papa balik?”

“Tengahari tadi,” jawab Dato’ Hisyam seraya melangkah ke depan pintu bilik anaknya. “Siapa ni, Danny?”

Danny menarik nafas dalam-dalam. “Hani. Girlfriend Danny.”

Hani sedikit lega apabila Danny masih mengakui yang dia adalah kekasihnya. Kalau tidak, mahu brokenheart juga Hani dibuatnya.

“Nice girl. She didn’t seems like she’s a scholar. How old are you?” Dato’ Hisyam bertanya kepada Hani.

“I’m 24, for sure.”

Dato’ Hisyam menoleh kepada Danny yang bersinglet kelabu. Danny hanya tersengih. “That’s my son. I’m proud of you. Okay, young lady. What’s your name?”

“Hani. Hani Widara, Dato’.”

“Hani Widara. What a nice name?”

Danny mengulum senyum sambil memandang ke arah Hani. Hani membalasnya juga dengan senyuman. Dato’ Hisyam pun tersenyum juga. Tapi lebih kepada senyuman yang pervert gila nak mampus ke arah Hani. Hani hanya mampu menunduk. Yalah, Dato’ Hisyam ni pun boleh tahan tinggi jugak darjah kekacakannya. Awet muda kut!

Tidak lama selepas itu, kelihatan Kak Chah terkedek-kedek menaiki tangga dari tingkat bawah. Riaknya nampak tergesa-gesa jugalah. “Cik Hani, Cik Marissa dah sampai.”

Awalnya! Itulah yang menerjah benak Hani. Wajah Danny mula berubah riak. Ketika itulah, Datin Sue turun dari tangga biliknya di sebelah sana. Jelas yang wajahnya turut terkejut sama.

“Why so early?” soal Datin Sue dengan nada tegas biasanya. Hani pelik. Sepatutnya dia yang berasa pelik. “Ajak dia masuk, Kak Chah.”

Hani masuk semula ke dalam biliknya lalu bersiap-siap. Siap apalah sangat. Handbag memang dia tak pernah punggahkan pun. Jadi just nak ambil handbag dan dressnya yang sudah siap dibasuh itu sahajalah.

Turun sahaja ke ruang tamu, Hani melihat Marissa serta teman lelakinya, Andrew sudah pun masuk ke dalam banglo itu. Sempat Hani melayangkan senyuman ikhlas kepada kedua-dua rakan baiknya itu. Marissa membalas dengan senyuman manakala Andrew pula berbual dengan Dato’ Hisyam.

“Mintak maaf banyak-banyak, Datin Sue. Banyak saya menyusahkan Datin sekeluarga. Saya mintak maaf sekali lagi, Datin.” Berulangkali Marissa meminta maaf daripada Datin Sue.

“It’s okay, Marissa. Besides, she makes a good friends with me and Danny. Stay sini terus pun takpe.”

Stay sini terus? Memang taklah, bisik hati jahat Hani. Walaupun Danny ada, apa yang Datin Sue buat memadamkan terus kebaikan untuk terus tinggal di dalam banglo itu.

Danny turun dari tangga dengan muka yang masam yang lebih daripada jus lemon yang tidak taruh gula. Hani hanya memandang sambil melayangkan senyuman menggoda. Tapi langsung tak dipandang. Merajuk betul tu. Kes parah ni. Payah juga couple dengan budak bawah umur ni. Kematangan tak mencukupi.

“Kalau takde apa lagi, kami mintak diri dulu, Datin Sue, Dato’ Hisyam.”

“Err, Datin. Baju yang saya pakai ni macam mana?” Hani bertanyakan tentang baju yang dipakainya.

Datin Sue tersenyum memandangnya. “Ambik jelah. Itu baju I muda dulu. Lagipun I mana pakai baju macam tu dah. Time changing.”

Hani malu-malu alah terpaksalah membalas dengan senyuman juga. Nak mampus kalau masam je macam muka Danny tu. Dah menumpang kat situ, nak buat kerek pulak.

Danny turun ketika Hani benar-benar sudah di muka pintu.

“Promise me you’ll back to see me again?” Danny memegang kedua-dua belah tangan Hani.

Hani mengangguk. Danny mengulum senyuman kacaknya. Kemudian, Hani keluar daripada rumah itu diiringi oleh Andrew dan Marissa.

“So macam mana duduk kat situ?” tanya Marissa ketika kereta Hyundai Sonata Andrew memasuki jalan utama dari kawasan perumahan Datin Sue.

“Not so bad.” Hani menjawab malas di tempat duduk belakang.

Kening Marissa bertaut. Begitu juga dengan Andrew. Bukan ke si Danny tu boyfriend Hani ni. Dah duduk serumah dengan boyfriend sendiri pun tak syok.

“Serius?” Marissa bertanya tidak percaya.

“Dah tu, kau expect apa?” Hani membalas dengan soalan juga.

“Danny tu boyfriend kau tau. Takkanlah kau boleh cakap yang kau tak best duduk serumah dengan dia?”

Hani menjongket kening. Minah ni tak faham BM ke apa? Tapi aku jawab tadi dalam English. Mungkinlah kut.

“Serius budak Danny tu boyfriend you, Hani?” tanya Andrew meminta kepastian daripada Hani. Semasa Marissa memberitahunya tadi, dia kurang yakin akan kesahihannya jadi biar dia bertanya kepada tuan punya badan sendiri.

“Hey, Drew. I told you, right. She tell me that the guy have an energy which can’t be compared with anyone else.”

Hani menendang kerusi Marissa sebaik gadis itu menghabiskan ayat keduanya.

“Wow! Puaslah you.”

Hani tersenyum sendiri. Memang dia puas pun. Kalau dibandingkan Danny dengan Farid dulu, ternyata Danny lebih pandai beraksi. Yalah, bak kata orang, masa muda nilah tenaga tengah banyak. Tapi Farid dulu pun muda jugak apa. Ah! Danny lagi hebat. Sedap pulak tu badannya. Dannylicious!

“Tengok tu, Drew. Berangan. Hoi, jangan sampai basah pulak seat belakang tu kau berangan. Kau tu bukan boleh percaya sangat.”

Sekali lagi, Hani menendang kerusi yang diduduki oleh Marissa. Minah sekor ni dasar tak reti insurekan mulut ke apa?

“Tu mulut ke jamban?!”

Tawa Marissa meledak kuat. Andrew hanya menjadi penonton. Sambil melihat jalanlah. Kalau dia layankan kerenah dua orang malaun tu, boleh arwah dorang bertiga.

“Datin Sue tu cun, kan?” Tiba-tiba Andrew bersuara.

Senyuman yang terukir di bibir Hani tadi mula memudar langsung mati tatkala telinganya menangkap nama itu. Datin Suraya Afiqah. Nama yang membuatkan dia tegar meninggalkan banglo itu. Nama yang berjaya membuatkannya menyintai wanita dalam diam.

“Memanglah. Idola I tu,” celah Marissa pula.

Hati Hani seolah memberi senyuman sinis. Kalau kau tahu apa yang Datin Sue dengan aku pernah buat, kau takkan mengidolakan dia lagi, Marissa. Dan mungkin kau akan memandang sejijiknya dekat aku ni.

“Ya, dia memang cantik. Danny ada bagi rahsia kecantikan dia dekat Hani tadi, Drew.”

Sebaliknya, bukan Andrew yang menunjukkan reaksi ingin tahu, tetapi Marissa. Pantas dia menoleh ke belakang.

“Seriously? Apa Datin Sue tu makan?”

Hani tersenyum segaris. “Dia tak makan apa-apa, Ris…”

“Dah tu?” potong Marissa pantas sebelum Hani sempat menghabiskan ayatnya. Hani menampar muka Marissa kerana perbuatannya itu. Gadis itu menggosok pipinya. Bukanlah sakit sangat pun sebenarnya.

“Danny cakap, Datin Sue kurang pakai make up masa muda. She’s only apply lipstick and foundation. Tapi tak peliklah dengan rupa dia yang sememangnya dah cantik tu.”

“Knows what I’m thinking?” Andrew menyampuk. Marissa menukar fokus kepada Andrew pula.

“What?”

Andrew memainkan jemarinya di atas stereng. “Looks like she and Hani share the same interests. Bukan ke Hani ni pun jenis yang tak boleh hidup without lipstick and compact powder?”

Mata Hani terbeliak ketika itu juga. Betul juga apa yang diperkatakan oleh Andrew itu. Mungkinkah betul yang dia dan Datin Sue berkongsi minat yang sama. No way!

“You ni. Coincidence je tu.” Marissa membalas. Hati Hani sedikit lega.

“Well, Drew. Whoever girls on earth who don’t use lipstick and powder in their daily life?” Hani terfikir ayat yang terbaik ingin dijawab kepada Andrew. Terbaiklah sangat.

“Yeah, it’s so true. But ada ke orang yang pakai lipstick sebelum tidur macam you?” balas Andrew sekali shoot je. Hani terdiam sejenak.

“Who’s telling you this?”

“Maris…” Belum sempat Andrew menghabiskan jawapannya, Marissa memanjangkan tangannya meletakkan telunjuknya di bibir Andrew.

“Babi kau, Marissa!” Hani menampar-nampar pipi Marissa dari seat belakang.

Sebelum mereka pulang ke rumah, Andrew sempat membawa kedua-dua gadis itu makan di sebuah restoran. Sebenarnya, dia pun lapar juga. Pagi tadi, pukul lapan lagi Marissa sudah menelefon mengambilnya di lapangan terbang. Hani kelihatan gembira. Hilang sudah kenangan hitam bersama Datin Sue di banglo besar itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience