Bab 33

Mystery & Detective Series 16877

Bab 33

Sudah hampir seminggu lamanya, Hani tidak mendapat apa-apa panggilan daripada sesiapa. Bahkan daripada Inspektor Taufiq sekalipun. Mungkin anggota polis tersebut masih belum dapat meyakinkan kenalannya barangkali. Harap-haraplah cepat sikit dapat keputusan. Dah separuh mampus Hani dan Danny cuba melawan ‘Izrail’ versi manusia tu.

Hani mulai rasa seriau semacam. Malam tadi, Hisha tidak mengangkat telefon bimbitnya. Pelik tu. Biasanya kalau Hisha tak angkat sekalipun, dia akan SMS semula kenapa dia tak dapat angkat. Ini haram langsung tak berbalas. Langsung senyap sunyi sampai ke sudah.

“Sayang, kenapa you macam risau semacam je ni?” tanya Danny semasa dia turun ke ruang tamu pagi itu.

“Hisha. I call dia malam tadi, dia tak angkat. SMS pun tak balas. Senyap sampai sekarang. I risaulah, you.”

“Cuba pakai phone I ni.” Danny menugunjukkan telefon bimbitnya. Hani mengambil dengan cermat.

Nombor Hisha yang sememangnya diingati itu pantas didail. Handphone berwarna kelabu itu diletakkan di telinga. Caller Ringtone Hisha yang merupakan lagu Avenged Sevenfold itu berbunyi.

“Hello, siapa ni?” Suara garau Hisha menerjah masuk ke telinga Hani.

“Hisha, ni akaklah. Kenapa akak call Hisha, Hisha tak angkat?”

“Yalah tu akak call. Hisha yang beratus kali call akak, tapi balik-balik voicemail. Akak tukar nombor baru ke?”

Mata Hani spontan terbeliak. Kenapa jadi macam ni pulak? Bila masa pulak dia tukar nombor telefon.

“Err, Hisha. Akak call balik.”

“Mulalah tu. Kejaplah kak. Hisha nak bagitau something.”

Hani tidak jadi meletakkan telefon sebaliknya dia sedang memasang telinga untuk adik kesayangannya itu.

“Baru-baru ni, ada budak ternampak ada seorang lelaki pakai topeng Anonymous merayau dalam kawasan asrama waktu malam. Lepas tu, topeng tu boleh jumpa dalam dorm Hisha.”

Hani sudah mula terlupa cara hendak bernafas. Sah pembunuh tu sudah mula main kasar. Kenapa adiknya Hisha juga turut menjadi mangsa? Sekalipun Hisha itu belum mati, ini bermakna pembunuh itu sedang menyasarkan Hisha sebagai mangsa seterusnya.

“Hisha, sekarang ni Hisha dekat mana?”

“Dalam kelaslah. Prep pagi. Hari Sabtu kan, biasalah.”

“Hisha, pesan akak, jangan duduk seorang diri. Kemana-mana Hisha nak pergi, make sure Hisha berteman.”

Hisha di hujung talian ketawa besar. Eh, eh budak ni. Orang semua tengah risau, dia boleh gelak-gelak pulak.

“Akak ni pesan kat Hisha macam Hisha ni first year kat situ. Kak, tahun ni Hisha senior. Tahulah apa Hisha nak buat. Tak payahlah akak risau.”

Masalahnya bukan pasal kau tahu jaga diri ke tak, Encik Hisha Wildani. Ini pasal kakak awak ni tengah diburu pembunuh bapak psiko.

“Bila akak cakap, buat main-main. Hisha kena ingat. Orang sekeliling kita yang rapat pun jangan percaya sekarang. Dunia sekarang dah berubah.” Itu sahaja pesan Hani. Tiada gunanya kalau dia bersyarah dengan adiknya itu. Pendebat terbaik peringkat kebangsaan katakan.

“Yalah, kakakku yang kusayang. Hisha lawak je. Akak ni tu pun nak serius sangat.”

Ada yang nak kena sepak ni. Tapi Hani biarkan sahaja. Dia rasa belum tiba lagi masa yang sesuai untuk memberitahu Hisha tentang perkara ini. Dia tidak mahu Hisha rasa takut dan stres apabila mengetahuinya.

“Dahlah, dik. Pergilah study ke hapa ke. Akak pinjam telefon kawan ni. Nanti habis pulak kredit dia. Bye. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Hani mematikan talian. Dia memberi semula handphone itu kepada Danny. Kemudian dia memandang telefon bimbitnya semula. Apa masalah lagi ni?

“Think something that I think?”

Hani memandang ke arah Danny. Apa yang difikir pemuda itu?

“I’m just thinking that The Anonymous must have been hacking your phone number. Maybe semua contacts you pun dia dah tahu. And dia dah terminate your phone number.”

Hani spontan seram sejuk. Kalau benar teori Danny itu, maknanya mesti pembunuh itu sudah mempunyai nombor telefon ahli keluarganya. Abang Herman, Hairi dan Hisha. Kenapa?

“Hani, bagi I nombor phone Inspektor Taufiq sekarang. We must ask him when we can move to Australia. Malaysia not safe for us anymore.”

Hani mula mengalirkan air mata tatkala memikirkan apa yang bakal terjadi. Kalaulah dia tahu siapa setan bertopeng Anonymous itu, akan dibunuhnya sama sepertimana dia membunuh Farah.

“Stop crying and give me that fucking numbers.” Danny sudah hilang sabar.

Hani pasrah dan menyebutkan nombor telefon Inspektor Taufiq yang disimpan di dalam handphonenya. Dengan kasar, Danny terus mendail nombor itu dengan handphonenya.

Panggilan dijawab selepas lima kali bunyi tut tut.

“Helo, siapa ni?”

“Inspektor, ni Danny. Anak Datin Suraya.”

“Oh, Danny. Eh, kenapa saya call Hani, asyik tak dapat. Bagitau dia jangan tukar nombor masa macam ni. Payah pihak polis nak contact dia.” Belum apa-apa, pegawai polis itu sudah menyerbu bagai mesingan.

“Err, macam ni, Inspektor. Boleh tak kalau kami nak jumpa Inspektor hari ni?”

Inspektor Taufiq diam sekejap. Berfikir agaknya tentang rancangannya hari ni.

“Boleh je.”

Mereka memilih Bistro Berry sebagai tempat bertemu. Tempat yang agak terpencil yang dipilih. Bukan apa, kut-kut si gila Anonymous tu ada stalk dorang.

“So, what’s the issue we got here?”

Hani menceritakan apa yang berlaku pada telefon bimbitnya. Tak ketinggalan juga tentang apa yang berlaku di sekolah Hisha. Inspektor Taufiq membiaskan kerisauannya pada raut wajah. Ternyata kes ini semakin rumit.

“Actually I dah call my friend and fortunately you guys boleh pergi but ada regulation yang take time sikitlah.”

Hani dan Danny gembira sedikit. Eloklah walaupun lambat sikit asalkan mereka boleh berpindah.

“Tapi I dah mintak kat dia supaya percepatkan procedure tu. So sekarang I nak both of you guys keep stick to each other. Jangan sampai one of you guys seorang diri even kat rumah pun.”

Hani dan Danny persis anak yang mendengar kata ibunya. Di dalam dasar hati mereka, masih tersimpan perasaan takut. Tapi kelegaan pantas menutupnya agar hilang rasa dendam kepada Anonymous

“Pesan kat Hisha yang jangan duduk seorang diri. Kita tak tahu apa pembunuh tu boleh buat.”

“Dah, Inspektor. Saya risaulah. Dia seorang je keluarga saya yang ada kat dalam Malaysia ni. Abang saya dengan adik saya, Hairi tu masing-masing ada kat keluarga.” Hani meluahkan rasanya. Sekarang ni, barulah dia merasakan betapa pentingnya ahli keluarga di sisi kita.

“Sabarlah, Hani. Saya rasa, Danny had the worser fate than you. He lost everything at fifteen. Be strong, Danny.” Inspektor Taufiq memberi kata semangat.

Hani memandang Danny yang berwajah sugul. Tangannya memegang tangan pemuda itu. Mujurlah Danny itu agak matang orangnya. Dia sendiri tidak sanggup kalau kehilangan ibu bapanya pada usia semuda itu. Cukuplah yang ibunya meninggal pada usianya menjangkau 18 tahun. Itu pun cukup berat rasanya.

“It’s okay. I dah ada you, at least.” Danny menatap muka Hani penuh cinta. Walaupun Hani pernah mencuranginya dengan mamanya sendiri, rasanya wajar untuknya memberikan peluang kedua.

“So, Hani. Bahagiakanlah Danny. Kalau perlu, dekat Australia nanti kahwin.” Elok je Inspektor Taufiq memberi nasihat. Betullah tu. Biarlah seorang sahaja anak mereka yang ‘bin Abdullah’.

Hani dan Danny kembali menatap satu sama lain dengan tangan menggenggam satu sama lain. Dalam hati, masing-masing berharap kalau andainya salah seorang mati, bunuhlah sekali yang satu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience