Bab 24

Mystery & Detective Series 16877

Bab 24

Bangun pada hari esoknya, Datin Sue diserbu rasa bersalah. Bersalah kerana berkata sebegitu kepada Hani. Cukuplah dia sudah menyusahkan hidup gadis itu sebelum ini rasanya. Tidak sanggup lagi dia ingin melihat gadis itu menderita. Dia tak tahu yang Hani bagai nak rak menangis sebab tu malam tadi. Sampai Danny ajak buat pun dia tak nak.

Seusai mandi dan menukar pakaian, Datin Sue terus turun ke ruang tamu dan melihat Farah sudah pun tiba. Dia lambat sangat turun ke ataupun Farah ni yang awal gila baban datang.

“Good morning, Datin.” Farah berdiri tatkala menyedari kehadiran majikannya itu.

“Morning.” Datin Sue terus bersila panggung membiarkan Farah terus berdiri. “Yang you diri tercegat kat situ macam mak guard kenapa? Bacalah schedule I tu?”

Farah masih mempamerkan senyuman plastiknya. It’s okay, Farah. Tak lama lagi je kau nak jadi ‘lembu’ Datin lesbian ni.

“Hari ni, Datin takde apa-apa cuma petang nanti jelah ada face treatment kat Sari Putih Spa. Malam pulak, Datin kena attend satu fashion event dekat…”

“Cancel it.”

Farah terpinga-pinga. “Pardon, Datin?”

“Dah pekak rupanya. Cancel. C-a-n-c-e-l!”

Separuh mampus Farah memastikan senyuman di mukanya kekal statik. Rasa geram semakin menggunung di dalam dadanya.

“But Datin, event malam ni is compulsory for you to attend. Takkan Datin nak saya cancelkan jugak?”

Datin Sue mencerlangkan matanya memandang tepat ke muka Farah. Cukuplah dengan rasa susah hati ni, minah ni pulak cuba nak menambah rencah ke dalam kemarahannya.

“Kau ni faham bahasa ke tidak? Bila aku cakap cancel tu, cancel jelah. Susah sangat ke nak faham?!”

Bergalau seketika banglo itu ketika Datin Sue meninggikan suaranya sebegitu kuat. Kak Chah yang sedang berada di dapur, menyiapkan makanan tengahari pun terperanjat. Hani di tingkat atas, itu tidak pasti. Tidur macam sampai nak kena panggil orang surau. Tak faham? Dah macam orang matilah kiranya.

Selepas membaca jadual Datin Sue, Farah duduk semula di atas sofa seraya membuka laptopnya. Membiarkan Datin Sue kebosanan sendirian. Biasanya, mesti Datin Sue sudah mengajak Hani pergi makan-makan atau ke spa atau ke salun ataupun membeli-belah. Ini mesti pasal semalam punya.

“Baik I naik atas. Duduk berdua dengan you, boleh jangkit dengan bebal you yang tak bertepi tu.”

Farah sedaya-upaya menahan mukanya yang semakin memerah menahan ‘gunung berapi’ yang ingin meletup setelah tertidur begitu lama. Setiap manusia ada tahap kesabarannya juga. Itulah yang dia pelajari dari satu filem Hollywood. Enough rasanya tajuknya. Pelakonnya si Hani punya idola, Jennifer Lopez. Aduh, Hani lagi. Bencinya!

Semasa Datin Sue melalui di depan bilik Danny, pintu bilik anaknya itu terbuka. Tapi Dannynya pergi ke sekolah. Datin Sue terpandang laptop anaknya elok terletak di atas meja. Lantas dia terfikirkan satu idea. Pantas dia pergi mengambil laptop itu dan membawanya ke biliknya. Handphone yang biasa dibawa Danny tapi hari ni dia tertinggal itupun dibawanya.

Tiba sahaja di dalam biliknya, Datin Sue terus menghidupkan laptop itu. Punyalah elok gambar wallpaper. Nak tahu? Gambar Kate Upton yang jadi cover majalah Sports Illustrated. Dabest kan wallpaper dia? Datin Sue menggeleng sambil tersenyum sendiri mengenangkan perangai anak bujangnya.

Hani langsung tidak cukup tidur. Dekat pukul lima pagi baru dia dapat melelapkan matanya. Mengantuknya tak usah cakaplah. Tak terangkat biji mata dibuatnya. Setiap ayat yang disebut oleh Datin Sue malam tadi seolah diulang tayang satu persatu ke dalam benaknya. Kenapa dia seolah-olah menjadi watak jahat dalam cerita ini? Kenapa?

Hani bangun lalu bersandar di kepala katil. Tak guna jika dia menyambung tidurnya semula. Bukan mahu lena pun. Dia memegang bawah kelopak matanya. Boleh dibayangkan betapa tebalnya eyebag yang ada. Cermin di meja sebelah katil diambil. Wajahnya sungguh pucat. Ketara sangat.

Untuk memastikan penampilannya tidak nampak seperti mayat hidup, Hani lantas mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik mandi. Dia perlu menyegarkan dirinya semula. Setiap air yang menjamah tubuhnya mengalir deras ke lantai. Air yang sejuk itu bertukar panas tatkala tiba di kaki. Hani tahu apa tandanya. Dia sedang demamlah tu.

Seusai mandi, Hani mengelap badannya dengan tuala. Memandangkan dia tiada nafsu untuk turun ke ruang tamu, Hani memilih untuk memakai inner labuh berwarna krim. Dia bercadang hendak memerap dalam biliknya sahaja. Melayan perasaannya yang rasanya kekurangan perhatian itu.

Hani duduk di hujung birai katil. Kepalanya terasa begitu sakit. Stres. Cukuplah melawan keegoan Danny, sekarang dia perlu berhadapan dengan kepsikoan Datin Sue pula. Ini banglo ke hospital sakit jiwa. Boleh gila dia kalau perlu tinggal dalam banglo itu untuk beberapa tempoh lagi.

Untuk membunuh masa, Hani mengambil laptop Applenya dari dalam beg. Dia menghidupkannya kemudian merenung skrin itu seketika. Seperti biasa, wallpapernya mestilah gambar Danny. Tak lengkap hidupnya dalam sehari kalau tak tatap gambar mamat tu.

Setelah menatap skrin itu dan nafsunya membuak-buak kerana memandangnya terlalu lama, Hani memilih untuk membuka Skype. Untung badan boleh video call dengan abangnya, Herman atau adiknya, Hairi. Hisha payahlah sikit sebab budak tu dekat asrama. Itupun antara lelaki-lelaki yang menjadi pelengkap hidupnya seharian.

Cari punya cari punya cari, Hani terjumpa satu nama yang sedang online ketika itu. Pantas senyuman terukir di bibirnya. Macam tahu-tahu je dalam keadaan seperti ini, dia sangat memerlukan bantuan manusia itu. Agak-agak siapa ya?

Pemilik akaun Skype itu adalah Danny Affendi.

Tapi bukan ke Danny dekat sekolah sekarang. Tak sekolahlah tu hari ni. Naughty boy! Pantas dia menekan nama itu.

Lain dicari, lain yang dapat. Terlopong Hani melihat muka siapa yang muncul di skrin laptopnya.

“It’s me…” Lembut suara Datin Sue masuk ke telinga Hani. “Cari Danny ke? Dia takdelah. Tapi takpe. Mama Danny pun boleh jugak kan.”

Babi! Itulah perkataan yang hendak sangat dilaungkan Hani ketika itu. Macam mana pulak Datin psiko ni boleh ada dekat Skype si Danny ni. Background pun dalam biliknya, bukan bilik Danny. Macam mana pulak Datin ni boleh guna Skype Danny.

“Surprise?” Datin Sue bersuara lagi. Hani semakin takut. “You should look at your weird pale face now, sweety.”

Serius Hani rasa nak tumbuk aje skrin laptopnya sekarang. Tapi kewarasannya masih ada. Kalau ditumbuk karang, laptopnya juga yang jahanam. Wajah Datin Sue yang cantik itu tak akan terjejas waima seinci pun.

“I tak percaya yang you akan cari Danny time-time macam ni…”

Dah tu? Takkan nak cari kau kut.

“Look, Dara. I’m really sorry about last night. I know that I’m being so stupid to did such a stupid thing to you…”

“I can’t love you.” Perlahan suara Hani keluar. Datin Sue terdiam sambil memandang ke muka Hani.

“What do you say?”

Hani tidak terus menjawab. Sebaliknya dia tunduk memandang tilam. Kemudian dia mengalihkan pandangan ke arah perutnya. Perut yang kini sedang mengandungkan cucu kekasih gelapnya.

“I can’t love you,” ucap Hani perlahan mengulanginya ayatnya tadi.

Datin Sue mengetap bibir. Hani tahu apa maknanya itu. Akan ada satu gunung berapi maha dahsyat akan meletuslah tu.

“I love you, Dara. You knew it, right?” Sebaliknya pula yang berlaku. Menyimpang 180 darjah daripada sangkaan Hani.

“I pun sayangkan you, Datin.”

“Setakat sayang, tak guna, Dara.”

Aduh, Datin ni! Gawat sih. Boleh gila Hani melayan perangai perempuan ni. Silap haribulan, boleh meroyan dia dibuatnya.

“Datin, I’m preggy for your son’s kid. Takkan I nak ada relation dengan you lagi. It totally nonsense, Datin. Please, forget about this crap. I tak nak lagi terlibat dalam benda-benda songsang ni.”

“Shut your mouth, Dara! You talking too much.” Datin Sue bertempik. Terangkat sedikit bahu Hani kerana terkejut. “You cakap tak cermin diri sendiri, kan. Please stop thinking that you’re so saint, Dara. You tu sama jijik dengan I, okay. Sama jugak jalangnya.”

Nak menangis Hani mendengar ayat terakhir Datin Sue itu. Seumur hidupnya, dia belum pernah menerima penghinaan sebegitu rupa. Jalang. Sampainya hati Datin Sue menggelarnya begitu. Hina sangat ke dia? Rasanya hina lagi dia yang sanggup pergunakannya sebagai pemuas serakahnya yang tak tahu erti sudah tu.

“You may say everything about me, Datin. But you’ve got to know that I can’t love you like before. We’re trapped in this law. Yes, I love you. But it’s a rule that we don’t have any rights.”

Pandai jugak budak mentah ni nak bercakap pasal undang-undang. Rasanya dia lepasan diploma kesetiausahaan dari UiTM je kut. Ni bukan main petah bercakapnya.

“I don’t care, Dara. But remember. Never thought that you can ever run from me. You will always on my radar.” Datin Sue memberi amaran. Hani yang geram terus menutup skrin laptopnya.

Dia bersandar di kepala katilnya semula. Jarinya digigit. Satu tabiat yang dia biasa buat bila tengah geram. Sungguh sakit hatinya sebab tulah jarinya digigit. Kalau dia tahu semua ni akan terjadi, dia tidak akan menegur Danny langsung ketika majlis itu bulan lepas.

Kenapa? Sebab kerana peristiwa itulah Hani mulai mengenali siapa Danny dan mengikutnya pulang ke rumah kemudian mendengar kisah epik Datin Sue lantas membuatkan Datin Sue obses kepadanya.

Kemudian Hani terfikir satu idea yang agak licik. Dia ingin menelefon Danny. Bukan dengan telefon bimbit Samsungnya kerana setiap panggilan daripada telefon itu mampu ditrace oleh Datin Sue. Sebaliknya dia akan menggunakan handphonenya yang satu lagi. Di mana Danny sahaja tahu mengenainya. Marissa mestilah tahu.

Nama Dannylicious dicari dalam senarai contacts. Contacts dalam phone yang ni taklah banyak mana jadi senang nak jumpa nama Danny. Setelah dijumpai, button call ditekan.

“Hello, baby. You balik pukul berapa?” Tanpa salam, Hani terus bertanya.

“Hello, sweet thing.”

Hani kenal suara ini. Aduh, kenapa perempuan ni asyik ikut aku?

“Danny tertinggal phone dialah. So, dengan mama dia pun boleh.”

Hani mendengar sahaja tawa Datin Sue terletus dengan kuat. Semua ni gila. Datin Suraya Afiqah dah pun gila. Farah Maria dah gila. Casa Paraiso ni pun rumah orang gila. Hani Widara pun dah gila. Semuanya gila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience