Bab 35

Mystery & Detective Series 16877

Bab 35

Kepulangan mereka disambut dengan tiga biji kereta polis di hadapan perkarangan banglo. Hani dan Danny kaget. Masak! Bala apa pulak yang nak datang ni?

Danny dan Hani turun dari kereta dengan 1001 perasaan di dada. Banyak kemungkinan yang boleh terjadi. Di satu sudut, mereka melihat Detektif Johan sedang menyoal siasat Syamirul. Syamirul pula dari riaknya nampak ketakutan. Kemudian mereka melihat Inspektor Taufiq berjalan ke arah mereka. Polis muda itu hanya menggeleng kepala.

“Ke mana kamu berdua pergi tadi?” tanyanya kepada Danny dan Hani yang sudah pucat tu.

“Tadi petang kami pergi apartmen lama saya dekat Damansara.” Hani menjawab terketar-ketar.

“Kamu tahu apa dah jadi?”

Mereka berdua serentak menggeleng.

“Ikut saya,” arah Inspektor Taufiq. Mereka berdua kemudian berjalan membuntuti polis tersebut. Mereka melewati seluruh rumah yang dah berselerak gila baban. Sampai di dapur, Inspektor Taufiq bersuara. “Tengok ni.”

Danny dan Hani memandang apa yang berada di lantai dapur. Kak Chah yang terlentang dengan dua bilah parang di kanan dan kiri lehernya. Kedua bola matanya dikeluarkan dan dicucuk seperti sate di telapak tangannya. Di dadanya pula terdapat paling kurang 14 bilah garpu yang ditikam sehingga tidak nampak lagi bilah tajamnya.

Hani menekup muka sementara Danny terus tercengang. Seorang lagi mangsa yang terkorban. Dan langsung tidak bersalah. Kak Chah je kut. Pembantu rumah Datin Sue dan Dato’ Hisyam. Bukan sesiapa pun.

“Menurut Syamirul, Kamsah dikatakan menjerit meminta tolong lebih kurang jam enam petang. Ketika itu, semua pembantu rumah yang lain sedang mengemas bilik dan ruang tamu. Ketika dia hendak berjalan ke dapur, dia melihat kelibat lelaki berhoodie hitam bertopeng berlari di tepi kolam renang. Dia hilang fokus dan mengejar lelaki itu. Tapi kepantasan lelaki itu meninggalkannya membuatkan dia kembali ke dapur. Dan dia sudah terlambat. Kamsah sudah tidak bernyawa.”

Naik luruh jantung mereka berdua mendengar apa yang baru keluar daripada mulut Inspektor Taufiq itu. Maknanya kini pembunuh itu sudah berani memasuki kawasan rumah mereka. Dan tidak mustahil sekiranya mereka sudah tidak selamat lagi di situ walaupun banglo itu kini sudah diawasi oleh lima orang pengawal keselamatan.

“Korang jaga diri, eh.” Inspektor Taufiq menepuk bahu Danny seraya berlalu dari situ.

Hani terus terduduk di atas lantai. Kemudian tawa terletus dari bibirnya. Tawa yang sumpah bapak psiko gila.

“Kenapa dengan you ni?”

Hani mula masam sekali. “I tak tahulah, Danny. I dah macam gila. I dah rasa macam… hahaha.”

Danny mula rasa cuak. Siapa yang tak cuak kalau tiba-tiba je jadi macam tu?

“Sabar, Hani. Calm down.” Danny cuba menenangkan.

“Calm down kepala bapak you. Semua dah takde, Danny. Everything just going out of control. Apa lagi yang kita boleh buat? Useless je kalau kita main lari-lari je. Kita tengok, kalau betul kita ni dia nak sangat, biar je dia bunuh kita. I penat, Danny.”

Danny menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sah, ada setan yang sedang mengaruk si Hani ni. Tidak pernah dia jadi macam ni.

“Sayang, kita naik bilik, okey.”

Danny memapah Hani yang sudah kelihatan seperti zombi itu ke bilik tidur kekasihnya itu. Peliknya disini adalah, macam mana pintu bilik itu boleh terkapang luasnya dibuka.

Mereka melangkah dengan perasaan seram sejuk. Mana tahu ada yang buat serangan gerila ke dari belakang. Boleh mati terkejut mereka berdua. Mata Hani kemudian tertancap pada sehelai nota yang ditindih dengan lipsticknya di atas meja solek. Tapi lipstick itu sudah dipatahkan. Nota itu diambil dan dibaca Danny.

Taklah susah sangat nak sneak out dalam banglo buruk ni. By the way, Hisha’s next, okay. Lepas tu baru kita fikir siapa antara korang yang kena pulak.

Danny ragu-ragu sama ada relevan atau tidak memberikan Hani yang sedang diserang hallucination ni baca nota tu. Melihat Hani yang sedang bercakap seorang diri ketika itu, risau juga. Bimbang menerukkan keadaan.

Tanpa amaran, Hani merentap nota itu dari tangan Danny. Semasa baca ayat pertama, Hani cuma terkejut. Masuk ayat kedua, Hani terus pengsan.

“Hani macam mana?” soal Inspektor Taufiq ketika dia datang ke rumah itu keesokkan harinya. Selepas diberitahu pasal nota itu semalam, semalaman dianya pun tidak lena. Sebab kemungkinan dia menjadi mangsa itu ada.

“Entahlah, Inspektor. Saya pun tak dapat tidur malam tadi. Dia asyik meracau-racau. Risau saya, Inspektor. Dia sayang Hisha tu, Inspektor.”

“Siapa Hisha tu?”

“Oh, her youngest brother. But I know nama dia kelakar. She loves him so much.”

Inspektor Taufiq mengangguk-angguk. Yalah, siapa tak sayang adik kan?

“Actually, saya dah telefon my friend kat Australia tu. They said that korang boleh depart lagi dua hari. Tapi, there’s a condition to obey.”

Danny membetulkan duduknya menandakan dia sudah bersedia mendengarnya.

“Korang tak boleh stick together. You have to follow my friend named Leo and Hani akan duduk dengan another one named Winnie. Kurangkan meeting but keep in touch. Safety sake.”

Danny mengangguk memahami. Dia perlu memahami keadaan seperti ini mestilah dipertimbangkan mengikut logik dan bukannya nafsu. Kalau ikut hati mati, ikut rasa binasa.

“Tengok-tengokkanlah Hani tu. Jangan bagi dia stres. She needs so much rest. In fact, dia kan mengandung.”

Aik! Mana Inspektor Taufiq ni tahu Hani mengandung?

“Curious? Mestilah saya tahu. We are well-trained, okay. Kat Australia nanti, raise the baby nicely.”

Selepas menghantar Inspektor Taufiq pulang, Danny naik ke bilik Hani. Hani masih sedang tidur. Dia duduk di sebelah Hani sambil meramas tangan wanita itu. Perut Hani juga dipegang. Dalam hatinya berharap agar biarlah nyawa mereka dan Hisha dapat sampai ke dua hari lagi. Tadi Inspektor Taufiq kata, dia sendiri yang akan menghantar mereka ke KLIA. Eloklah rasanya.

Bab 35

Hari yang dinanti sudah tiba. Setakat ini, masih tidak ada apa-apa nota atau berita tentang Hisha atau sesiapa sahaja. Berita kematian tu memanglah banyak sebab setiap saat, ribuan nyawa ditarik.

Ketika mereka sudah siap membawa bagasi masing-masing turun dari tingkat atas, Danny bertanya.

“You dah telefon Hisha?”

Hani menggeleng. Dia kalau boleh tidak mahu Hisha kerisauan.

“Call jelah. At least dia tahu kakak dia kat mana.”

Hani akur dengan perintah Danny. Menggunakan nombor yang baru dibeli semalam, Hani cuba menelefon Hisha.

“Helo, Hisha Wahyudi bercakap. Siapa di sana?”

Lega hati Hani tatkala mendengar suara ceria itu menerjah gegendang telinganya. Maknanya mesti adiknya itu dalam keadaan yang sihat bahagia.

“Hisha, ni akak.”

“Oh, akak. Nombor baru ke ni?”

“Ha’ah. Hisha okey ke?” Hani bertanya straight to the point. Bukan masa untuk terlampau berkias.

“Okey je. Cuma sekarang ni, banyak kes budak terserempak dengan lelaki pakai topeng Anonymous tulah. Hisha risau jugaklah. Sebab hari tu ada junior nampak dia masuk dorm Hisha. Banyak kali, kak.”

Hati Hani diterpa ketakutan. Bimbang jika ketika dia di Australia nanti, adiknya akan diapa-apakan. Mintak-mintaklah selamat.

“Hisha, akak nak pergi Australia ni.” Perlahan sahaja Hani menuturkannya.

“What? Seriously? Kenapa? Dengan siapa?” Macam mesingan Hisha bertanya.

“Akak nak sambung belajarlah, dik. Adik janganlah risau.” Sudah lama rasanya Hani tidak memanggil Hisha dengan panggilan ‘adik’. Terasa mesra semacam pula. Tapi dia membohong sebab dia ke Australia tu.

“Oh, Abang Herman dengan Hairi dah tahu?”

Oh ya, Abang Herman dengan Hairi. Ah, lain kali jelah.

“Dah,” bohong Hani. Dia terpaksa kalau tidak berjuta soalan maha mengarut akan keluar.

“Okey, wish you the best.”

“Hisha, ingat pesan akak tau.”

“Pesan yang mana satu ni, kak? Banyak akak pesan.”

Ish, budak bertuah ni! “Apa-apa yang buruk jadi kat Hisha, akak nak Hisha tau yang akak dah seboleh-bolehnya untuk bagi tak jadi. Jangan duduk seorang diri. Stay alert bila ada dalam situasi cemas. Jaga diri ya, dik.”

Hisha membiarkan sahaja kakaknya berpesan. Yalah, lepas ni payahlah dia hendak mendengarnya lagi.

“Last message is, akak sayang Hisha.”

Hisha terharu. Tidak pernah dia mendengar pengakuan sebegitu keluar daripada mulut kakaknya. Selama ni, kakaknya lebih gemar bergurau dengannya dan bukannya serius seperti sekarang.

“Okeylah, kak. Hope you in a fine condition. Selamat menyambung belajar.”

Air mata Hani menuruni pipi. Selepas mematikan perbualan, Hani diterpa rasa sebak. Andai katalah itu kali terakhir dia mendengar suara adiknya, dia rasa dia sudah menyudahkan tanggungjawabnya sebagai kakak.

“Dahlah tu, sayangku. Everything will be fine. Don’t have to worry.” Danny menggosok lembut bahu Hani. Dia tahu bagaimana rasanya kehilangan orang yang tersayang.

“I hope so. Eh, flight kita pukul berapa?”

“Pukul dua. Ni I pelik. Mana Inspektor Taufiq ni?” Danny mengerling jam tangannya untuk kesekian kalinya. Dah dekat pukul sepuluh suku tapi langsung tak nampak kereta pegawai polis itu.

Hani mulai risau. Aduh, apa yang jadi ni? Janji semalam pukul sepuluh. Rileks, maybe jalan jam agaknya.

Setelah masing-masing sudah resah dan gelisah, barulah nampak Proton Preve polis tersebut datang ke arah mereka. Inspektor Taufiq nampak sungguh kacak dengan t-shirt Polo hijau dan seluar jeans. Misi undercover, kenalah menyamar.

Mereka masuk ke dalam kereta tersebut setelah memasukkan barang masing-masing ke dalam bonet. Danny duduk di hadapan manakala Hani duduk di tempat duduk belakang Danny. Melampaulah kalau dua-dua duduk belakang. Dah macam driver pulak Inspektor Taufiq tu.

Danny memandang ke arah rumahnya buat kali terakhir. Entah bilalah agaknya dia akan dapat menjejakkan kakinya ke situ lagi. Serta-merta hatinya diserang kesedihan. 15 tahun dia menetap di situ dan kini akan berpindah ke tempat baru. Seorang diri. Tanpa mama papa yang selama ni dirasakannya dysfunctional. Baru sekarang dia rasa rindu kepada mereka.

“Takde apa yang tinggal ya?” tanya Inspektor Taufiq ketika mereka keluar daripada kawasan perumahan tersebut. Hani dan Danny serentak menggelengkan kepala.

“Just memories.” Spontan ayat itu terpacul keluar daripada bibir Danny.

Inspektor Taufiq tersenyum. Biasalah, sesiapa sahaja akan berfikir perkara yang sama.

“Inspektor, kenapa Inspektor beriya-iya sangat tolong kami berdua?” tanya Hani ingin tahu.

“Sebab satu daripada tanggungjawab saya sebagai polis untuk membantu rakyat Malaysia. Kedua adalah korang berdua adalah mangsa keadaan. Korang pun bukanlah penjenayah yang polis cari. Dan saya tahu yang kalau saya tak tolong, korang akan hilang arah tuju. Jadi baiklah saya tolong korang berdua.”

Hani berpuas hati dengan jawapan tersebut. Semua yang dikatakan itu sememangnya betul. Tidak terbayang apa nasib mereka sekiranya tiadanya Inspektor Taufiq itu menghulurkan tangan pembantu.

“By the way, korang ada duit tak ni?”

Hani dan Danny saling berpandangan. Aduh, sekarang barulah Danny tahu bagaimana rasanya ketiadaan wang. Semua wangnya di dalam bank tidak boleh dikeluarkan atas dasar keselamatan. Hani pula sememangnya tiada menyimpan apa-apa wang. Cuma ada RM 5000 di dalam genggamannya. Memang tidak cukup untuk memulakan hidup baru. Tapi mujur Danny mempunyai simpanan RM 20000 di dalam bank cuma perlu tunggu lagi tiga bulan untuk mengeluarkannya.

“Ada, Inspektor,” bohong Danny dengan rasa serba salah.

“Danny, akaun kamu kan freeze sampai lagi tiga bulan. Janganlah tipu kata kamu ada duit.”

Danny menahan malu yang teramat sangat. Hani pula yang rasa kesian melihatnya. Seorang yang sudah biasa dengan kemewahan terpaksa hidup secara bersusah-payah.

“Macam ni, awak guna saya duit saya dulu RM 5000 yang nanti saya masukkan dalam akaun Hani. Kalau awak rasa kewangan awak dah stable nanti, awak bayarlah balik. Hani, awak tanyalah Winnie tu kalau-kalau ada kerja yang sesuai kat Australia nanti.”

Hani mengangguk tanda memahami. Malunya hanya Tuhan sahaja yang tahu rasanya. Orang yang baru sahaja dikenali sanggup membantu mereka sejauh ini.

Tidak lama kemudian, mereka tiba di KLIA. Inspektor Taufiq membantu mereka menguruskan pendaftaran dan membeli mereka beberapa keperluan yang perlu ditambah. Sampai kat Australia nanti, bimbang semuanya akan mencanak naik harganya nanti.

“Sampai sinilah je saya boleh tolong kamu berdua. Jaga diri, okey. Pasal Hisha, saya akan inform pada pihak sekolah dia dan IPD kawasan tersebut untuk mengetatkan kawalan dan mengerapkan rondaan.” Inspektor Taufiq berkata ketika panggilan pertama penerbangan ke Australia dipanggil.

“Saya ucap terima kasih banyak-banyak kepada Inspektor dan pihak polis kerana banyak membantu kami berdua. Kami akan cuba untuk bayar balik jasa budi yang Inspektor bagi kat kami berdua ni.” Hani merakamkan jutaan terima kasihnya kepada polis tersebut. Rasanya tak terbayar budi lelaki itu.

“Jangan ucap macam tu pada saya. Syukurlah pada Allah yang Satu tu. Dia yang mencipta saya untuk membantu kamu berdua.”

Hani dan Danny tertunduk malu. Selama ni, mereka terlampau lalai kepada Pencipta mereka.

“Okeylah, pergilah. Nanti tertinggal pula.”

Selepas bersalaman, Danny dan Hani berjalan berpegangan tangan ke balai berlepas. Bila boarding sahaja, air mata masing-masing menitis menuruni pipi.

Cukuplah semua derita ini. Maka tertinggallah semua kisah hitam itu di Malaysia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience