Bab 21

Mystery & Detective Series 16877

Bab 21

“Hello, siapa ni?” sapa Hani lembut.

“Tak kenal aku dah ke?” balas pemanggil tersebut.

Hani seperti mengenali pemanggil ini. Farah. “Kau nak apa?”

“Kenal lagi aku rupanya. Aku nak jumpa kau. Boleh?”

Minah ni tak tahu ke yang Hani tak boleh buat keputusan apa-apa.

“Oops, aku lupa. Kau kan jambu Datin Sue. Mesti kau kena tanya dia dulu, kan.”

“Apa masalah kau sebenarnya?” tebak Hani. Sangkaannya ialah minah ni sekarang sengaja nak mencari pasal dengannya.

“My problem is you, Hani. Siapa kau sebenarnya?”

Siapa aku sebenarnya? Soalan apa ni?

“Aku nak kau sneak out dari banglo tu. Aku tunggu kat tepi simpang. Aku ambik kau. Faham?”

Hani malas hendak menjawab. Kalau muka pun dia menyampah nak tengok, inikan pulak orangnya. Setiap kali Farah ni datang ke rumah Datin Sue, setiap kali itulah Hani ni akan mengelak daripada bertentang mata dengan gadis itu. Menyampah dan annoyed.

“Kau dengar tak ni?”

“Aku dengar tak semestinya aku nak ikut. Tolonglah, Farah.”

Kesabaran Farah sedikit teruji. Hani ni macam sengaja nak main api dengannya rasanya. Memang silap oranglah.

“Kau memang dasar tak tahu diuntung, kan. Ikut jelah aku.” Farah meninggikan suaranya. Farah ni tak tahu ke yang hidup dia pun sebenarnya bergantung 30% kepada Hani. Andai kata si Hani ni report kat Datin Sue, memang hilang kerjalah dia jawabnya.

“Okey. Lagi setengah jam aku siap.” Hani membalas juga. Malas nak cari gaduh.

“Bagus,” jawab Farah sepatah sebelum mematikan talian. Dasar perempuan bangsat!

Selepas bersiap ala kadar, Hani keluar daripada biliknya. Tangga yang menuju ke bilik Datin Sue dipandang. Memerhatikan kalau-kalau Datin Sue turun ke. Tapi rasanya tiada. Terjingkit-jingkit Hani berjalan turun di tangga.

Di tingkat bawah, sekali lagi Hani memerhatikan sekiranya ada yang berada di situ. Boleh terencat rancangannya sekiranya ada orang di situ. Waima Kak Chah sekalipun.

Selepas pasti tiada sesiapa yang dikehendaki berada di tingkat bawah, Hani perlahan-lahan melangkah ke pintu depan. Wedges dipakainya. Nak mampus pakai heels, kat depan pintu pagar nanti dah kantoi.

Tiba di tempat yang dimaksudkan, Hani memandang sekeliling. Mana tahu, sekali Dannylicious muncul. Mahu tergagap-gagap juga Hani dibuatnya. Apa nak dijawab?

Tidak lama selepas itu, baru kelihatan Honda City biru milik Farah dari jalan besar. Gadis itu memberhentikan kenderaannya betul-betul di hadapan Hani. Selamba Hani membuka pintu belakang dan duduk like a boss.

“Kau fikir aku driver kau ke?”

“You are my driver. Tangan kau kan kat stereng tu,” balas Hani mencurah minyak ke dalam api.

Farah menahan geram. Perempuan ni makin naik lemak nampaknya. Menempah sangat nak kena maki.

Farah memandu hinggalah tiba di Starbucks Damansara. Mereka berdua kemudiannya turun daripada kereta. Masing-masing memesan minuman dan memilih tempat yang tersorok untuk memulakan ‘Perang Saraf’.

“So, apa hal kau nak jumpa aku ni?” Hani memulakan mukadimahnya.

“Aku nak tahu apa sebenarnya hubungan kau dengan Datin Sue? Kenapa dia baik sangat dengan kau bukannya aku? Padahal aku yang kenal dia lebih tiga tahun berbanding dengan kau yang entah siapa-siapa.”

Hani tersenyum sinis. Ini kes cemburu namanya. Awak ni cemburu sebenarnya, Cik Farah Maria.

“Jawablah, sial! Kau senyum tu ingat lawa sangat ke.” Farah sudah hilang kesabarannya.

“Kau jealous, kan. Betul tak, Farah?”

Farah terdiam sejenak.

“Dan kau cemburu aku dengan Danny?”

Okey, bahagian ni bukan. Farah sememangnya tak pernah cemburu pun atas hubungan Danny dengan Hani. Tak dinafikan yang Danny tu handsome tapi tiada sekelumit pun perasaan Farah terhadap budak tu.

“Memang taklah. Cuma aku pelik. Mustahillah kalau kau setakat girlfriend Danny tapi kau dilayan macam anak raja. Aku tahu yang Datin Sue bayar kau RM 5000 sebulan. Siapa kau?”

“Farah, jangan jadi budak kecik boleh tak. You act like a five years old girl yang cemburu kakak dia dapat gula-gula lebih.” Hani menyindir. Memang padan pun.

“Aku takkan cemburu kalau kau just girlfriend Danny. Tapi kenapa kau dapat treat kalah anak raja. Mesti kau ada satu hubungan dengan Datin. Bagitau jelah, Hani.”

Hani malas nak melayan. Betina macam ni bukannya boleh dilayan sangat kepala otak si Farah ni.

“Ke kau ni lesbian? Dan kau gunakan Danny tu untuk cover kau punya skandal dengan Datin Sue? Betul?”

Hani terkucam. Bibirnya termati kata. Ya, dia memang tidak reti menipu. Sebab itu dia bencikan suasana yang memaksanya untuk menipu.

“Betullah tu, kan?” Farah menjongket kening. Satu kebenaran sudah diperolehinya. 1-0.

“Farah…”

“Yes. Nak aku rahsiakan?”

“Kau tak nak tengok Datin Sue mengamuk kalau dia dapat tahu pasal benda ni, Farah. Kau hilang kerja nanti,” rayu Hani. Farah makin gembira. Kemenangan sudah terasa.

“Hani, aku dah lama bersabar sebenarnya dengan Datin Sue tu sebenarnya. Tapi dia layan aku tak ubah macam aku ni anjing. Kau faham? Macam anjing, Hani. Macam anjing!”

Barulah Hani tahu kenapa si Farah ni cemburu bagai nak mampus. Dia sendiri pun akan cemburu rasanya kalau dia berada di tempat Farah. Tapi Farah tiada hak untuk memarahi dirinya. Dia sendiri pun terperangkap.

“Well, you can go home. Both of you such a bitches, you know. Pasal skandal kau dengan Datin tu, aku fikirkan dulu sama ada nak rahsiakan ataupun nak kecohkannya. Rahsia besar tu. Boleh kecoh satu Malaysia kalau dapat tahu. Well…” Farah bangun daripada kerusinya.

“Kau takkan menang, Farah.” Hani berkata perlahan sahaja bunyinya.

“Aku dah menang pun, Hani. Cuba kau bayangkan kalau Dato’ Hisyam dapat tahu pasal benda ni. And macam mana kalau Danny pun dapat tahu. Agaknya apa yang akan jadi kat kau, kan? Baliklah merempat kan. Nak mintak kerja balik dekat Megah Holdings, bapak takde maruah doh kalau buat macam tu. Tapi kau memang takde maruah pun…”

“Tutup mulut kau, Farah,” jerkah Hani sekuat boleh suaranya. Mujur tidak ada orang sangat di dalam Starbucks tu masa tu.

“Kenapa aku kena diam? Sebab kau dah sakit hati. Pelik kau ni, Hani.”

“Kalau betul pun yang aku ni lesbian dengan Datin Sue tu, apa masalahnya dengan kau. Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku? Dengan Datin?”

“Memang aku tak puas hati dengan korang berdua. Aku benci Datin Sue. Dia tak pernah appreciate aku sebagai PA dia. Tiga tahun aku jadi babu dia. Sikit pun dia tak nak hargai. Semua yang aku buat salah di mata dia. Aku memang tak kisah kalau kau nak bercinta dengan dia sekalipun tapi aku nak juga rasa disayangi bos macam kau. Kau tak pernah kena jadi kau tak faham, Hani.” Bukan main panjang Farah meluahkan perasaannya.

“Jadi, sekarang ni aku dah tak tahan. Aku nak buat sesuatu untuk hancurkan si bongkak tu. Dia perlu seseorang untuk sedarkan dia. Dan kau pulak muncul untuk menyenangkan lagi aku menghancurkan hidup perempuan tu. Aku rasa aku sepatutnya say thank you pada kau, Hani.”

“You’re such a daughter of a bitch, you whore,” sumpah Hani terketar-ketar.

“Katalah apa yang kau nak kata, Hani. Apa yang kau cakap ni just 1/10 je daripada apa yang aku selalu dengar daripada Datin Sue tu. Katalah Hani, but remember one thing. Apa yang kau tahu, aku tahu. Dan aku tahu apa yang kau tak tahu.” Farah terus beredar daripada situ. Meninggalkan Hani yang menangis seorang diri.

Dan pada ketika itu jugalah, Hani terasa mual. Perutnya juga terasa amat sakit.

Danny masuk ke dalam banglonya. Dia perasan kasut Hani ada jadi mesti gadis itu ada di dalam rumah. Mamanya sedang berada di ruang tamu membaca majalah. Makin cantik mamanya dari sehari ke sehari apabila diperhatikan. Pakai botox ke apa?

“Mama, Hani kat mana?” tanya Danny sambil menjengah ke tingkat atas.

“Kat atas kut. Pergilah makan dulu kut ye pun.”

Danny tersengih. Dia naik ke biliknya dan mandi. Sehelai jersi Man U disarungnya dan seluar trek. Tombol pintu bilik Hani dipulas. Berkunci. Barangkali gadis itu sedang tidur agaknya. Jadi Danny memutuskan untuk tidak mengacaunya seterusnya melangkah ke tingkat bawah.

“Kak Chah masak apa hari ni, mama?” Danny bertanya sambil menuruni tangga.

“Asam rebus ikan. Pergilah makan. Mama dah makan dah tadi.”

Danny masuk ke dalam dapur. Lauk-pauk masih terhidang di atas meja. Nasi dicedok ke dalam pinggannya dan lauk dicedok juga. Sedap juga masakannya. Bab masak, Kak Chah memang dabest.

Semasa sedang makan, Danny tertanya sendiri kepada dirinya. Benarkah dia ikhlas mencintai Hani Widara? Mencintai gadis yang sembilan tahun lebih tua daripadanya. Sedangkan ramai lagi rasanya gadis di luar sana yang beratur berkehendakkan dirinya.

Perempuan terakhir yang Danny benar-benar cinta adalah Natasha. Gadis itu tua tiga tahun daripadanya. Gadis yang sanggup memberi semua yang dimilikinya kepada Danny. Sampai Natasha sanggup menerbangkan tudungnya apabila Danny memberitahunya dia tidak suka wanita bertudung. Tapi kerana dicabar oleh rakan-rakannya, Danny meninggalkan Natasha. Sampai teruk keputusan SPM Natasha itu dibuatnya.

Hani Widara. Setakat ini, tidak pernah lagi gadis itu mengemis waima sesen pun daripadanya. Mengemis ‘banana milkshake’, itu banyak kali. Sampai pernah dalam satu malam, lima round mereka dapat. Tak sekolah terus Danny keesokkan harinya kerana kepenatan.

Kedua-dua mereka ada satu persamaan. Dicintai Danny sepenuh hati. Cuma Danny yang perlu bijak memilih. Mana satu permata, mana satu kaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience