Bab 12

Mystery & Detective Series 16877

Bab 12

Pagi itu, Datin Sue bangun agak awal. Pukul sepuluh, awallah tu. Biasanya lagi lambat. Yalah, Dato’ pun tiada di rumah. Jadi banglo itu dia punyalah. kalau nak diikutkan, memang dia punya pun. Tapi itu cerita dalam wasiat jelah. Dan itu pun kalau Dato’ Hisyam meninggal dunia dulu sebelum dia. Sebab itu dia tidak menduakan Dato’ Hisyam dan langsung tidak kisah kalau Dato’ Hisyam itu menduakannya sekalipun. Kerana Datin Sue tahu yang semua harta Dato’ Hisyam akan menjadi kepunyaannya.

“Kak Chah, Hani dah bangun?” soal Datin Sue ketika dia turun ke dapur untuk bersarapan. Seperti biasa, makanan pertama yang perlu masuk ke dalam badannya adalah roti, kacang panggang, sosej rebus dan telur hancur.

“Belum lagilah rasanya, Datin.”

“Danny pergi sekolah hari ni?”

“Pergi tadi. Dia kata hari ni cikgu dia nak bagi ujian matematik katanya. Pagi tadi dia sempat bagitau Kak Chah.”

“Kan kaki dia tengah sakit?” Datin Sue terhenti daripada menyuap mulutnya.

“Dia kata lepas urut dengan Hani malam tadi, elok rasanya.”

Datin Sue terdiam. Hani mengurut Danny. Hatinya mulai ditampar kecemburuan. Walaupun dengan anaknya sendiri, dia tetap berasa dengki. Dia takkan membiarkan Hani dengan sewenang-wenangnya terjatuh ke tangan Danny. Dia akan berjuang habis-habisan.

“Siapkan air dalam jakuzi, kak. Saya nak mandi kejap lagi,” arah Datin Sue kepada Kak Chah. Lagipun dalam tiga orang pembantu rumah yang Datin Sue ada, Kak Chah yang paling Datin Sue percaya untuk masuk ke dalam biliknya.

Pantas Kak Chah naik ke bilik Datin Sue. Perintah Datin Sue sememangnya harus dilakukan dengan segera. Kalau tidak, memang menempah caci maki tak bertepilah jawabnya.

Selesai makan, Datin Sue duduk sebentar di sofa ruang tamu. Iphonenya dihidupkan. Langsung tiada mesej daripada Dato’ Hisyam. Datin Sue mulai berasa terpinggir oleh suami sendiri. Mungkin berul dakwaan rakan-rakannya bahawa Dato’ Hisyam mempunyai skandal di luar sana.

“Payah sangat ke you nak percayakan I, Suraya?!”

Datin Sue masih ingat lagi ketika Dato’ Hisyam menengkingnya begitu ketika dia pernah bertanya mengapa Dato’ Hisyam pulang lewat ke rumah. Hati isteri mana yang tidak teruji dengan makian begitu? Sakit hati ketika itu, Tuhan sajalah yang tahu betapa peritnya.

“Datin, air mandian dah siap. Kak Chah dah siap letak sabun sekali. Lagi lima minit, Datin naiklah ya.”

Datin Sue hanya tersenyum manis. Dia mengambil senaskhah majalah hiburan yang terdapat di atas meja kopi di hadapannya. Dia baca majalah hiburan bukannya untuk mengetahui gosip murahan artis tempatan sebaliknya melihat bahagian fesyen sahaja. Tiada kerja benar kalau dia baca bahagian gosip itu.

Selepas lima minit berlalu, Datin Sue naik ke biliknya. Semasa dia melewati di depan bilik Hani, sempat dia mengintai gadis itu. Nampaknya, gadis itu masih lagi tidur. Entah pukul berapalah dia tidur malam tadi. Kalau mengikut kata penerbit Marissa, teman serumah Hani itu akan pulang esok daripada Taiwan. Dan ini menimbulkan kerisauan di hati Datin Sue. Ini bermakna Hani akan keluar daripada rumah itu besok. Tidak sanggup dia kehilangan Hani Widara.

Sampai sahaja dia di dalam bilik mandi, dia membuka gaun kaftan yang dipakainya. Senang kata, semua pakaiannya ditanggalkan meninggalkan tiada seurat benang pun di badannya. Kakinya dimasukkan ke dalam air. Perlahan-lahan satu aroma kenikmatan meresap ke dalam tubuhnya melalui setiap liang-liang roma.

Datin Sue kemudiannya berbaring di dalam jakuzi itu. Kepalanya disandarkan di dinding jakuzi. Butang whirlpool ditekan. Pantas air yang bercampur dengan sabun tadi bercampur mencipta satu kolam buih pelbagai warna. Datin Sue sangat suka keadaan sebegitu. Dia rasa bagaikan dimanjakan oleh dirinya sendiri. Yalah, harap suami sendiri nak manjakan, sampai kiamat pun belum tentu dapat.

Sedang Datin Sue sibuk memanjakan dirinya di dalam jakuzi, satu panggilan masuk ke telefonnya. Dia mengelap tangannya di tuala di dinding jakuzi sebelum melihat nama pemanggilnya. Zahri, setiausaha syarikat Dato’ Hisyam, Galena Holdings.

“Hello, Zahri. Dah jumpa apa yang I suruh semalam?” tanya Datin Sue dengan nada tegas tapi ada lembutnya.

“Hello, Datin Suraya. Apparently, memang takde jawatan kosong yang Datin nak tu. Saya dah cuba cari setiap department tapi memang takde. Saya mintak maaf banyak-banyak, Datin Suraya.”

Datin Sue mulai bertambah risau. “Takde staff yang mintak berhenti ke setakat ni?”

Kedengaran suara Zahri seperti sedang menyemak sesuatu sambil berbicara sendirian. Datin Sue hanya membiarkan. “So far, memang takde, Datin. Saya mintak maaf sekali lagi, Datin.”

“Yang bersalin pun takde, ke?” Datin Sue masih tidak berpuas hati.

Zahri mengeluh perlahan. “Sekejap ya, Datin.” Kemudian sekali lagi, Zahri seperti hilang dari situ. Datin Sue menunggu lagi. Mengharapkan jawapan yang positif akan keluar daripada mulut Zahri. “Ada. Tapi Puan Nasuha tu akauntan. Kelayakan Cik Hani tak sesuai.”

Aduh! Masalah besar ni. Kalau dia tak mendapatkan pekerjaan untuk Hani, ini bermakna itu mungkin akan menjadi kali terakhir dia bertemu dengan gadis itu. Memang taklah Datin Sue nak membiarkan perkara sebegitu terjadi. Walau dalam mimpi pun tidak.

“Takpelah, Zahri. Awak dah buat kerja awak. Kalau dah takde, nak buat macam mana kan?”

“Saya mintak maaf banyak-banyak sangatlah ya, Datin Suraya.”

“It’s okay. Pergi sambung kerja awak. Bye.” Datin Sue mematikan perbualan. Selepas Zahri membalas, dia meletakkan semula telefonnya di dinding jakuzi.

Benaknya mula berfikir. Bagaimana cara dia nak memastikan bahawa Hani tidak akan meninggalkannya? Sudah banyak kali dia memikirkannya namun dia masih tidak menemui jawapannya. Ini yang membuatkannya nak naik darah tinggi jadinya.

Selepas dia memikirkan sementara, baru dia tergerak untuk menelefon rakannya, Datin Aliza yang merupakan pemilik butik Alexa. Dia sudah tidak larat hendak mengharapkan Farah. Reservations yang disuruh buat semalam, akhirnya tak ditempah pun untuk Hani. Alasannya, semua tempahan awal sahaja diterima. Datin Sue tahu yang Farah tidak sukakan Hani tapi macamlah dia itu bagus sangat.

“Hello, Liz. Sue ni,” sapa Datin Sue ketika Datin Aliza menyambut panggilannya.

“Oh, Sue. Kenapa, Sue? Nak tukar dress semalam tu ke?”

“Eh, taklah. I nak tanya. Ada vacancy tak kat butik you? Kalau ada, apa dia?” Datin Sue terus straight to the point.

“I tak surelah, Sue. Kenapa, Sue? Setahu I, anak you Danny tu baru Form 3, kan? Takkan dia nak kerja kut?” Datin Aliza pelik semacam.

“Hisy, you ni. Takkanlah Danny. Ingat tak sepatutnya semalam ada seorang perempuan ikut I sama?”

“That one yang you jumpa kat launching event tu? Yes, I remember.”

“Actually I want to find a job for her. You tahu sendirilah KL sekarang ni. Nak suruh Farah carikan, dia bukannya boleh diharap sangat. Nanti entah kerja apa dicarinya nanti.”

Datin Aliza terdiam sejenak. Memikirkan idea terbaik yang boleh diberikan kepada Datin Sue. “Why not, a second PA?”

Datin Sue pula yang berfikir. Betul juga tapi apa motifnya?

Selepas tidak mendengar apa-apa jawapan yang keluar daripada mulut Datin Sue, Datin Aliza menyambung. “Look, Sue. You sendiri selalu mengadu kat I yang you selalu bosan. Apa salahnya kalau you hire dia untuk jadi kawan you berborak?”

“Farah?” Kesianlah jugak kalau budak ni hilang kerja. Datin Sue masih ada lagi belas kasihan.

“Maksud I macam ni, Sue. You hire Farah as a PA for urusan rasmi. Means like your fashion work or appointment. That Hani girl pulak as a PA for personal stuffs. Kalau you rasa bosan ke ataupun takde kawan nak bawak pergi event, bawaklah dia. As simple as that.”

Datin Sue berfikir lagi. Memang ada betulnya apa yang dicadangkan oleh Datin Aliza tu. Alang-alang, boleh buat part-time lover sekali. Danny? No way! Cari perempuan lain.

“Thanks, Liz. You really helping…” Belum sempat Datin Sue menghabiskan ayatnya, sepasang tangan muncul dengan memegang seutas rantai emas di depan matanya daripada belakang. Datin Sue tersenyum. “Liz, I call you balik nanti.”

“Hai, dah dapat bantuan, terus tinggalkan I macam tu.”

“No, someone want to make joke. Bye, Liz.”

Selepas mematikan perbualan, Datin Sue hanya memandang sepasang tangan di hadapannya. Dia kenal sangat dengan tangan dan pemilik sepasang tangan tersebut. Tangan itu pula kemudian memakaikan rantai emas tersebut ke leher Datin Sue. Datin Sue hanya tersenyum.

“I’m back, baby,” ucap pemilik tangan itu. Romantis dan sensual.

Datin Sue berpaling. Senyumannya bertambah lagi 2 cm apabila memandang pemilik suara itu. Dato’ Hisyam. Suaminya selama lapan belas tahun lamanya. Tapi tolak masa ditinggalkan, rasanya lima belas tahun je kut.

“Kenapa tak bagitau Sue semalam? Tak payah sibuk nak marah abang semalam. Tahu tak free-free je Sue dapat dosa menderhaka dekat suami semalam? Abang ni…”

“Abang sengaja nak test Sue. Meeting abang habis malam tadi. Tu yang abang mintak last flight nak balik daripada Singapore ke KL malam tadi jugak. Kalau tak, tak sampai lagi ni.” Dato’ Hisyam mengucup lembut pipi isterinya.

“Then, rantai ni?”

“Hai, salahkah abang nak bagi hadiah kat wife abang sendiri?”

Datin Sue tersenyum. The very plastic one.

“Lagipun dah 18 tahun kita kahwin, Sue. Biarlah sekali-sekala isteri abang ni dapat hadiah sebab kena tinggal selalu,” ujar Dato’ Hisyam.

Datin Sue tersenyum bahagia. Tidak sangka yang suaminya akan memberinya hadiah secantik itu.

“Cuba Sue tengok loket dia. Boleh bukaklah.”

Datin Sue menurut. Dibuka sesuatu yang berupa seperti pintu pada loket itu. Ternyata apa yang dilihatnya adalah satu ukiran emas yang bertulis SA yang merupakan kepada huruf permulaan kepada nama Suraya Afiqah.

“Sayang, it’s too beautiful. I love you, Hisyam.” Datin Sue mengucup pipi Dato’ Hisyam. “Nak join I mandi sekali?”

“Takpelah. You mandilah dulu. You tu yang busuk. Lagipun I dah mandi dekat Changi tadi sebelum boarding. Just for you, you know.” Dato’ Hisyam menolak. Sebenarnya, awal-awal lagi Datin Sue sudah menjangkanya tapi sengaja dia mengajak. Baru nampak macam isteri mithali.

Selepas Dato’ Hisyam keluar dari bilik mandi, Datin Sue menyambung angan-angannya. Sekarang ni, dia tidak kisah sekiranya Dato’ Hisyam tidak ingin langsung menyentuhnya lagi. Selepas ini, dia akan mengupah Hani sebagai PAnya yang kedua dan juga sebagai ‘suami kedua’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience