Bab 15

Mystery & Detective Series 16877

Bab 15

“Hani Widara…” Giliran Hani pula dipanggil. Penuh debaran, Hani bangun dan melangkah.

“Good luck,” ucap Zahin sambil mengenyit mata. Hani hanya membalasnya dengan senyuman.

Hani dapat merasakan jarak antara kerusi yang didudukinya dan pintu ke bilik temuduga itu berbatu jauhnya. Padahal tak sampai beberapa meter je pun. Kalau hati dah nervous, apa-apa yang jadi semua rasa terbalik dengan perkara sebenar.

Hani menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum memasuki bilik temuduga itu. Pintu diketuknya hormat sebelum dibuka perlahan. Semasa dia melangkah memasuki bilik itu, kesejukan air-cond sudah tidak terasa. Bahang gementar dan debaran melampau yang makin dirasakan.

“Silakan duduk,” ujar seorang panel wanita. Di sisinya terdapat dua orang lagi panel penemuduga lelaki. Overall, tiga orang ajelah. Okeylah tu. Kalau ramai, lagi nervous dibuatnya.

Hani duduk di atas kerusi yang disediakan. Tapi rasa gementar membuatkan dia rasa hilang keseimbangan sekaligus dia merasakan yang dia masih lagi berdiri. Wajah ketiga-tiga penemuduga itu dipandangnya kosong. Tidak mahu terlalu berharap.

“Sila kenalkan diri awak secara ringkas,” arah seorang penemuduga lelaki di sebelah wanita tadi.

Hani menarik nafas dalam-dalam. “Nama saya Hani Widara binti Haikal. Saya berumur 24 tahun. Saya merupakan lulusan jurusan kesetiausahaan daripada UiTM. Saya pernah bekerja selama setahun tiga bulan dengan syarikat Megah Holdings …”

“Boleh saya tahu kenapa awak berhenti?” tanya seorang penemuduga lelaki seorang lagi. Saifullah, siapa lagi.

Hani mula cuak. Peluh mula merenik di dahi licinnya. Bapak menjerat soalan dia siot!

“Sebab…”

Saiful tersenyum. Betullah agaknya apa yang diberitahu oleh Datin Sue tadi.

“Sebab saya nak cari pengalaman di tempat yang baru,” jawab Hani perlahan dan sangat kurang keyakinannya.

Ketiga-tiga penemuduga itu memandang antara satu sama lain. Hani bencikan itu berlaku. Ini menunjukkan bahawa dia akan ditembak oleh 1001 lagi soalan yang langsung tidak masuk dek akal. Sumpah Hani bencikan situasi seperti ini.

“Kami terpaksa berlaku jujur, Cik Hani Widara…”

Hani sudah menelan liur.

“…Sebenarnya kami ada mendapat panggilan daripada seorang wakil daripada Galena Holdings baru-baru ini. Wakil tersebut mengatakan yang Cik Hani pernah melakukan sesuatu yang melanggar etika semasa bekerja dengan mereka…”

Sejak bila pulak dia bekerja dengan Galena Holdings? “Encik…”

“Ya, Cik Hani.”

“Saya tidak pernah berkerja dengan Galena Holdings.”

Saiful tidak mempercayai kata-kata Hani. Alah, sesiapa sahaja boleh berkata sebegitu ketika temuduga. Mustahil Datin Sue ingin menipunya pula. Dia dulu pun berhenti daripada Galena Holdings kerana ditawarkan pangkat dan gaji yang lebih tinggi di Cempaka Wangi Holdings.

“Kalau betul, kenapa awak berhenti daripada syarikat yang awak bekerja sebelum ini?” provok Saiful.

Hani mulai rasa semua darahnya yang berada di dalam tubuh badannya mengalir ke atas kepala. Sungguh stres dirasakan.

“Biar saya teka. Awak ada mencipta masalah di situ?”

Hani mengetap bibir. Sungguh dia tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku. Dua orang penemuduga yang lain itu hanya menyaksikan sesi soal jawab antara Saiful dan Hani itu berlangsung. Sedikit pun tidak masuk campur. Mereka pun tidak tahu apa yang sedang berlaku sebenarnya.

“Maafkan saya, Cik Hani. Awak gagal. Biasanya kami jarang memberi keputusan on the spot tapi awak kami rasakan langsung tidak berkelayakan.” Saiful memberi kata putus.

“Apa sebabnya? Untuk pengetahuan encik, saya tak pernah berkerja dengan Galena Holdings atau mana-mana syarikat lain selain daripada Megah Holdings. Jadi saya tak tahu kenapa dan siapa yang mereka cerita ini. Saya tak kisah kalau encik tolak saya sebab saya memang tak berkelayakan tapi kalau kerana ini, saya tak boleh terima,” lawan Hani. Sungguh dia berasa cukup terhina.

Saiful tidak menjawab apa-apa. Keputusan muktamadnya tadi kini menjadi 50/50 pula. Tapi Hani masih tidak menjawab soalannya yang tadi. Sedaya upaya dia menyembunyikan perasaan simpati kepada gadis jelita itu.

“Apa jaminan awak yang awak boleh membuktikan semua yang Encik Saiful katakan tadi itu hanyalah fitnah semata-mata?” celah penemuduga wanita tadi setelah melihat keadaan menjadi semakin tegang.

Hani menelan air liur. Dia dapat merasakan bola histeria semakin membesar di dalam tekaknya. Belakang tengkuknya dapat dirasakan cukup tegang. Perlahan-lahan, Hani cuba juga menjawab.

“Memang saya tak ada sebarang bukti yang kukuh…”

Ketiga-tiga penemuduga itu sudah mula memberi senyuman sinis kepada Hani.

“Tapi saya hanya boleh katakan yang semua itu satu penipuan…”

“Cik Hani, cukuplah itu,” potong lelaki di sebelah kiri sekali. “You know, action speaks louder than words. Kalau ikutkan apa yang awak cakap, kami pun boleh katakan yang kami merupakan syarikat terhebat di dalam Malaysia. Beginilah, Cik Hani. Rezeki awak di tempat lain, bukan di Cempaka Wangi.”

Hani keluar daripada bilik itu dengan perasaan yang sebal. Sedaya upaya dia menahan air matanya agar tidak tumpah. Sakit sungguh hatinya ketika itu. Semasa dia berjalan merentasi calon-calon yang lain, dia berasa cukup terhina.

Sebelum pulang, Hani masuk ke dalam tandas. Dia hendak meluahkan segala apa yang dirasakan. Cermin yang dipandang bagai mengejeknya kembali. Matanya bagai memantulkan semula kekecewaan yang dialaminya. Tekaknya berasa perit. Seperit apa yang dirasakannya sekarang.

Dan pada ketika itu jugalah, tandas itu dimasuki oleh Zahin. Hani kaget. Berani sungguh mamat ini masuk ke dalam tandas perempuan.

“Eh, Zahin. Ni kan tandas perempuan. Mana boleh masuk.”

Bibir pemuda itu merekah dengan senyuman. Eh, eh mamat sorang ni. Orang tengah down, dia boleh senyum pulak.

“Sini tandas uniseks ya, Cik Hani. Takkanlah I ni gila sangat nak masuk tandas perempuan. Tapi kalau you yang masuk tandas lelaki I tak pelik because mata you I rasa memang dah blurred. Kenapa you nangis?” Zahin bertanya santai. Tidak terlalu memaksa, nadanya.

“Not a perfect time, Zahin.”

Zahin memuncungkan bibir. “Well, if you don’t mind, I nak ajak you lunch sama. Okay with it?”

Baru first time jumpa dah ajak lunch. Mamat ni memang jenis berani mati punya. Boleh je kalau boyfriend Hani ni sergah Zahin ni.

“Boleh jugak.” Hani mengangguk.

Zahin tersenyum senang. Dia tahu yang Hani perlukan seseorang untuk bercerita ketika itu. Dan orang itu mesti dicari secepat mungkin. Jadi apa salahnya kalau dia menghulurkan bantuan.

Datin Sue tersenyum melihat kertas yang mengandungi senarai pendek di atasnya. Itulah senarai syarikat-syarikat yang akan Hani pergi untuk ditemuduga. Kalau nak diikutkan daripada kelayakan si Hani ni, memang totally dia akan dapat punya. Sebab itu Datin Sue tidak mahu mengambil risiko dengan melakukan apa yang dia sedang lakukan sekarang.

“Hello, ini syarikat Tempa Bina Holdings ke?” sapa Datin Sue penuh protokol.

“Ya, boleh saya bantu puan?” sahut suara penyambut panggilan itu. Sungguh sopan nadanya. Betul-betul memenuhi etika.

“Nama I Datin Suraya. Tolong connectkan I dengan pegawai yang bertanggungjawab menemuduga setiausaha baru itu.”

“Baiklah, tunggu sebentar ya, Datin Suraya.”

Sementara menunggu talian disambungkan, Datin Sue merangka ayat-ayat yang boleh digunakan untuk digorengkan nanti. Sesekali dia tersenyum sendiri.

“Hello, apa boleh saya bantu, Datin Suraya?”

“Well, I ni wife kepada Dato’ Hisyam, pemilik Galena Holdings…”

“Oh, Datin Suraya Afiqah. Ya, ada apa Datin Sue?” celah pegawai lelaki itu.

“Okay, I was informed that you will be in-charge to pick a new secretary for Tan Sri Jamaluddin. Is it true?”

“Yeah, we’re on the interview now. Datin ada anak buah nak dimasukkan kat sini ke?”

Kalau aku ada anak buah, buat apa aku hantar kat syarikat kau? “No, not really. Actually I ada kenal seorang applicant ni namanya Hani Widara. Have you interviewed her?”

Pegawai lelaki itu kedengaran seperti sedang menyemak sesuatu. Datin Sue hanya menunggu. Yalah, bukan senang menguruskan satu temuduga yang melibatkan ratusan calon.

“Datin Sue, yes we have but she’s only coming at second session which is after lunch. Boleh saya tahu kenapa, Datin?”

“How lucky you guys…” Datin Sue membuat nada bersyukur yang plastik.

“Kenapa ya, Datin?”

“Erm, where to start? Okay. Actually, she’s once worked in Galena Holdings as secretary for Dato’ Hisyam. However, she isn’t a good worker. She always come late, not sending a weekly report, sneaked out during office time. And the worst thing is, she’s flirting with Dato’ Hisyam.” Bukan main Datin Sue mereka cerita.

“But Datin, in her resume, she’s only worked with Megah Holdings. Are you sure she’s that girl?”

Datin Sue sedikit pun tidak merasa cuak. “Takkanlah dia nak letak pulak? She’s only worked with us just for a month. So, it’s up to you lah.”

Pegawai lelaki itu tidak menjawab. Lama jugalah. Datin Sue juga malas hendak menyampuk.

“Okay, Datin Suraya. Thanks for informing.”

“Not a biggie. I pun tak naklah orang lain pun terkena jugak dengan kejelikan dia tu.”

“Okey, terima kasih banyak-banyak, Datin.”

Selepas mematikan talian, Datin Sue tersenyum jahat lagi. Misinya sudah hampir berjaya. Hampir ke? Bukan dah berjaya. Belum lagi. Tunggulah sampai Hani itu melutut berkerja dengannya pula. Ketika itu, barulah misnya benar-benar berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience