Bab 30

Mystery & Detective Series 16877

Bab 30

Tidak lama selepas itu, semua surat khabar di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia menyiarkan satu berita muka depan yang sama.

Datin Suraya Afiqah disahkan membunuh diri.

Hani melemparkan surat khabar yang dibacanya itu ke dinding. Mengarut. Mustahil Datin Sue membunuh diri. Tapi bila dibaca berita yang terdapat di dalam surat khabar, Hani tersenyum sendiri.

Pembantu peribadi Datin Sue dilaporkan hilang selepas dibebaskan pihak polis.

Senyuman Hani mula menyimpul di bibir berlipstick merahnya itu. Farah memang patut dilakukan begitu. Biar dia rasakan apa yang dirasakan Hani selama ini. Sekarang, satu Malaysia akan memandangnya jahat. Semua rakyat akan memikirkan dia ialah pembunuh kerana melarikan diri setelah dibebaskan pihak polis. Sama jelah seperti dia ingin membocorkan rahsia Datin Sue selepas kematiannya.

Hani memfitnah? Tak rasanya sebab ketika disoal pihak polis tentang mengapa Datin Sue membunuh diri, satu soalan tentang Farah tak keluar pun dari mulut polis-polis tu.

Sejak daripada hari itu, Hani sudah mulai rasa tenang. Tapi kadangkala dia rasa diperhatikan. Di mana-mana dia pergi, seperti ada sahaja yang memerhatikan.

“Awak pernah kena ke sebelum ni?” tanya Inspektor Taufiq ketika Hani meminta untuk berjumpanya personally di sebuah kafe.

“Entahlah tapi saya memang rasa macam saya diperhatikan.”

“Danny ada mengadu benda yang sama?”

“Takde pulak. Kenapa, Inspektor?” Hani ingin tahu.

“Well, sebenarnya kami pihak polis pun fikir yang Datin Sue tu bukannya bunuh diri. Dato’ Hisyam yang paksa kami close kes Datin Sue. Dato’ cakap benda macam ni boleh jatuhkan reputasi dia. So kami terpaksa assume yang kes tu as a suicide. In fact, takde langsung bukti yang mengatakan Datin Sue dibunuh atau ditolak jatuh. What I can say is, you dengan Danny kena jaga diri baik-baik. Kalau betul Datin Sue tu dibunuh, tak mustahil pembunuh tu tengah track korang berdua.”

Seriau sekejap Hani mendengar yang nyawanya dan Danny dalam taruhan. Bila-bila masa sahaja dia atau Danny boleh menerima nasib yang sama dengan Datin Sue.

“And saya tak rasa yang Farah tu larikan diri…”

Masuk part ni, Hani sudah mula tidak senang duduk dianya. Janganlah Inspektor Taufiq ni nak cakap yang Farah tu pun kena bunuh.

“I rasa dia just escape dari pembunuh Datin Sue. Good actions but wrong timing. This time is not right for her to escape just like that. Plus, phone dia pun kami tak dapat call. She’s so weird.”

Hani hanya tersenyum kambing. Kambing pun tak senyum macam tu rasanya. By the way, siapa yang tak takut lepas bunuh orang walaupun orang yang dibunuh tu memang sepatutnya dibunuh.

“I hope kalau you ada apa-apa info baru, please bagitau polis ASAP. Every info yang you guys bagi sangat valuable untuk kami.”

Sedang mereka berdua berbual-bual kosong, handphone Hani menyanyi lagu JLO lagi. Call daripada Danny. Inspektor Taufiq menyuruh Hani untuk bercakap di depannya juga.

“Helo, Hani. Papa…” suara Danny seperti sedang menangis.

“Sayang, what’s wrong?” Selamba sahaja Hani memanggil Danny sayang di hadapan Inspektor Taufiq. Mampuslah, kisah pulak dia.

“Papa dah… mati. Dekat office dia.” Perlahan sahaja Danny bersuara.

Pantas Hani menarik tangan Inspektor Taufiq pergi ke keretanya. Lalu dia memandu laju ke Menara Galena.

“Do you recognise this?” Detektif Johan menyoal siasat Danny dan Hani. Sekali lagi, mereka berdua dibawa ke balai polis.

Hani dan Danny memandang bekas ubat yang berada di tangan Detektif Johan itu. Masing-masing menggeleng kepala. Apa benda tu? Kemudian Danny bersuara. “This is not his prescription.”

Detektif Johan hanya tersenyum. Inspektor Taufiq yang berada di belakangnya masih beriak serius.

“Berdasarkan apa yang dimakan oleh Dato’ Hisyam pagi tadi, ia adalah sama dengan di dalam bekas ubat ni. Ini bukanlah ubat yang sering dimakan oleh Dato’ Hisyam. Instead, this is a chemical substance which can makes adrenaline runs faster dan secara tak langsung, meninggikan tekanan darah. As we know, Dato’ Hisyam menghidap hypertension and heart disease. So, this pills just makes it worse. And somehow, Dato’ Hisyam telan lima biji. Sejak semalam.”

Terbeliak sekejap biji mata Danny mendengarnya. Siapa yang gila nak bagi papanya makan benda tu sampai lima biji? Mesti orang tu tahu setiap ubat dan jadual yang tersedia untuk papanya.

“So, Danny. You’re the main suspect.”

Danny mengalirkan air mata lelakinya. Hani mulai rasa simpati. Dalam masa yang sangat singkat, remaja itu kehilangan dua orang yang sangat penting di dalam hidupnya.

“Stop it. This shit just going more stupid. Mustahil dia nak bunuh mak bapak dia sendiri. Please fikir dengan otak sikitlah,” bentak Hani yang sudah hilang sabar.

“Cik Hani, everything is possible, okay. Danny ni tak pernah ada hubungan yang baik dengan papa dia. So, bukti tu ada.”

“Seteruk mana pun hubungan aku dengan orang tua tu, dia tetap bapak akulah, sial!” Danny seolah-olah dengan siapa dia bercakap dan di mana dia berada. Dia tak kisah pun sebenarnya.

“Danny Affendi, please tengok di mana awak berada,” celah Inspektor Taufiq. Dia tidak mahu soal siasat diadakan dalam suasana yang tegang.

Dada Danny nampak berombaknya. Dia menyambung semula tangisnya sambil menekup muka. Budak-budak.

“Joe, stop this crap. Ridiculouslah kau nak tuduh budak kecik ni bunuh bapak dia. Pikirlah sikit. Dahlah mama dia baru meninggal. Janganlah psycho dia sangat.” Inspektor Taufiq pula yang makin teruji kesabarannya.

Selepas itu, Detektif Johan mula berlembut. Nasib mereka baik apabila mereka tidak dimasukkan ke dalam lokap kali ni. Phew!

“Sayang, you nak I temankan?” soal Hani ketika dia menghantar Danny pulang ke banglo itu.

Danny menggeleng. Hani faham itu. Mungkin remaja itu perlukan masa untuk bertenang. Menurut apa yang Hani dengar di balai polis tadi, Danny akan dihomeschoolkan. Lagilah sunyi hidup budak tu.

Hani makin sayu tatkala melihat Danny masuk ke dalam banglo itu. Banglo yang penuh kenangan. Entah apalah yang dirasakan jejaka itu sekarang. Tidak apalah, sayangku.

Dan mengekori Hani, seorang manusia berhoodie hitam, bertopeng Anonymous.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience