Bab 18

Mystery & Detective Series 16877

Bab 18

“Thanks Liz. You’re really helping me a lot. Aku tak tahu kalau kau tak tolong aku buat keputusan macam tu. Thanks a million, Liz.” Datin Sue menelefon Datin Aliza pada pagi itu. Rasa berterima kasihnya kepada Datin itu sangat tinggi.

“It’s okay, Sue. Lagipun kita kan kawan dah lama. Takkanlah I tak tolong kawan I sendiri. Youlah hari tu lepas I tolong, terus letak phone. Tinggal terus I sorang.” Datin Aliza seolah merajuk dengan Datin Sue.

Datin Sue ketawa sendiri. Alahai Datin seorang ni, ada hati pulak nak merajuk dengan aku. Tak padan dah 40 lebih umur tu.

“Know what, Liz. After this recent three years, for the first time, Hisyam make love with me. It happened last night. I can denied that it just exactly like our first night. I just missed it happened.”

“Seriously? You pakai baju apa hot sangat? You memang handallah, Suraya. I memang salute you kalau seducing.”

Datin Sue ketawa dengan lebih kuat. Handal? Kalau dia ni handal, tak payah nak menunggu sampai tiga tahun nak mendapat.

“Anyway Liz, I loved it. I love his stamina. I didn’t waste any time waiting for it to happened. I love it. If only I can’t turned back time into last night.”

“Sabar Sue. You ni gelojoh jugak, kan. You tu still hot, Sue. Laki mana yang tak gila tengok you? Even anak buah I umur 18 tahun pun kata dia berkenan tengok you.”

Datin Sue masih menghabiskan tawanya yang berbaki. Pujian sebegitu bukanlah asing lagi bagi seorang Datin Suraya Afiqah. Sebaliknya sangatlah ruji dari dia mula-mula bergiat di dalam bidang peragaan.

“So, bila budak tu pindah rumah you, Sue?” Datin Aliza bertanya soalan yang tak perlu pun dia tahu rasanya.

“Katanya, petang nanti dia datanglah.” Datin Sue menggigit lagi epal yang sedang dimakannya.

“Hisyam tu tak kisah ke budak tu pindah rumah you?”

“Malam tadi dia ada tanya I jugak. Tapi I rasa dia pun suka. Yalah, lelaki kan. But as long as harta dia akan jatuh kat tangan I, lantaklah dia nak pasang skandal banyak mana pun.”

“You jangan, Sue. Perempuan muda zaman sekarang bukan macam kita dulu. Tergelejat dorang lain macam tau. Silap haribulan, Hisyam tinggalkan you sorang.” Datin Aliza menyambung lagi.

“Chup, kalau you nak cakap yang kita ni dah tua, there’s a correction. Yang tua tu you. I still muda, okey. And I bet, Hisyam takkan tinggalkan I untuk budak Hani ni.”

“Suka hati youlah, Suraya. You tu memang degil. I nasihatkan je.”

Datin Sue berfikir sejenak. Hani nakkan Dato’ Hisyam. Kalau pada Danny, itu masih boleh diterima. Dia akan merebut juga Hani daripada Danny, anaknya sendiri.

“Okeylah, Sue. I’ve got to go. Bye, Sue.”

Setelah talian dimatikan, Datin Sue menyambung angannya sambil memandang ke arah kolam renang. Secara spontan, bibirnya menguntum senyuman yang cukup jelita. Bahagianya jika cinta hati kita akan berpindah ke dalam rumah yang sama.

“Untung ah dapat duduk serumah dengan bae.” Marissa menyuarakan kecemburuannya.

“Tu mulut ke jamban?!” Hani memberi respon bernada geram.

“Kau ni dah kenapa? Nak marah aku tiba-tiba.”

Hani menutup zip begnya dengan sangat kasar. Benaknya asyik memikirkan apa yang akan terjadi apabila dia berpindah ke banglo setan itu. Nak mintak sebilik dengan Danny, obvious sangat yang dia nak melarikan diri daripada Datin Sue.

“Hani Widara Haikal, apa pun yang ada dalam kepala hotak kau tu, sila dengar nasihat aku ni. Think positive. Kerja kau just teman Datin tu buat apa yang dia buat and kau dapat RM 5000 per month. Kau tak payah nak risau tentang sewa rumah or bills or other monthly expenses. Kira okeylah tu.”

Sebaliknya Hani merasakan yang pekerjaannya kini tak ubah seperti seorang pelacur kelas atasan sahaja. Dibayar, ditaja untuk memuaskan serakah Datin Sue yang tak cukup-cukup itu. Kalau untuk Danny tu okey jugak.

“Nanti selalu-selalulah balik sini. Janganlah terus lupakan aku ni. Ingat susah senang kita bersama,” ujar Marissa dalam nada hendak tergelak.

“Sejak bila kita ni pernah rasa susah dalam hidup? Sepanjang tiga tahun aku hidup berdua dengan kau, rasanya tak pernah lagi aku makan nasi dengan garam je. So which part kau nak kata kita ni pernah rasa susah senang bersama?” Hani pula yang tersenyum.

“Ada apa. Masa kau temankan aku gi lima uptown dalam masa satu malam masa aku break dengan Helmi. Masa aku temankan kau pergi first interview yang kau kena reject dulu tu. Masa …”

“Dah. Nak menunggu kau habis bercerita, alamatnya takkan siaplah aku nak packing barang-barang aku ni. Why not kau tolong kawan kau ni?”

Marissa hanya tersengih mempamerkan dua baris gigi putihnya yang putih melepak bak gigi Fazura dalam iklan Colgate Optic White itu. Cantiklah kononnya. Hani ni pun lawa jugak, cuma malas nak jadi model macam Marissa tu je. Kalau apply, dah lama dapat.

“Kau tau yang Danny tu pun model jugak?” Marissa sengaja membuka topik.

Hani mengangguk.

“And dia pernah buat photoshoot dengan aku?”

Hani memandang wajah Hani seperti tidak percaya. “Tu aku tak percaya. Sengaja nak cemburukan aku.”

Marissa tersenyum. “Seriuslah. Tapi bukanlah in the same picture. Cuma in the same mags je.”

Hani mencemik muka. Minah sekor ni suka benar perasan. Nak buat orang cemburu tak reti, tapi ada hati nak buat jugak.

“Babe, nanti kau dah duduk situ…”

“Marissa Zalira, FYI dari malam tadi kau asyik kata ‘nanti kau dah duduk situ’ dekat 50 puluh kali tau. Annoying doh. Apa lagi kau nak? Nak aku tacklekan Dato’ tu untuk kau?”

Marissa menggaris senyum.

“Marissa Zalira, jangan nak mengada.”

“Okey jugak tu. Boleh aku bermadu dengan idola aku sendiri.”

Hani mempamerkan muka jijik. Marissa pula terletus tawanya. Memang taklah dia nak dengan Dato’ Hisyam yang sudah layak dipanggil ‘pakcik’ itu. Nak campak mana Andrew kesayangannya itu?

“Serius? Nak aku tanyakan?” Hani membuat muka serius.

“Kau jangan. Aku buat lawak je.”

“Lawak. The most lamest joke I’ve ever heard.” Hani menyilangkan tangan di dada.

“Kau ni. Sejak dah couple dengan anak Dato’ yang gila handsome nak mampus, langsung dah tak nak gelak bila aku buat lawak.”

Masalahnya, lawak yang kau buat tu langsung tak berasas dan langsung tak lawak pun. Jadi tolong bagitau which part yang nak gelak. Sebab tak nampak langsung kelawakannya.

“So, kau nak gerak dahlah ni?” tanya Marissa apabila melihat Hani sudah mengeluarkan bagasinya ke ruang tamu.

“Hai, tak sabar benar nak perambat aku. Suka ke aku pindah?” usik Hani sengaja menguji Marissa.

“Fine. Aku tak nak cakap apa-apa. Aku cakap salah, tak cakap pun salah. Fine.” Marissa berpura-pura merajuk. Bapak geli sial!

“Merajuklah. Kisah lak aku nak pujuk. Duduk sorang, eloklah merajuk. Nanti benda lain datang pujuk.”

Menyedari hakikat itu, Marissa kembali senyum. Pandai juga best friend merangkap bekas housematenya dalam masa beberapa minit ini membuat lawak hambar.

“Miss Hani Widara, one more time. Kau dah nak gerak ke?” tanya Marissa sekali lagi untuk meminta kepastian.

Hani mengerling jam tangan Rolex berwarna gold yang tersarung di tangannya. Waktu dah pun dekat pukul empat. Dah boleh, rasanya.

“Yelah, kut. Nanti aku dah sampai, aku call kau okey.”

Marissa menggaris senyuman nipis. Setelah tiga tahun tinggal berdua, masakan tiada langsung perasaan sedih di dalam hati. Sedikit sebanyak kenangan manis pahit mesti akan bertandang jua.

“Take care, babe. Apa-apa, call aku,” pesan Marissa lagi sebelum Hani masuk ke dalam keretanya.

“Siallah kau. Janganlah buat aku nangis. Nanti jadi air terjun kat apartmen kau ni.” Hani mengempang air matanya daripada tumpah mengalir.

Marissa tersenyum ceria menahan kesedihan yang berbaki. Ini baru nak pergi, belum malam nanti.

“Nanti kau carilah housemate baru. Mana tahu, ada yang lagi bagus daripada aku ke.” Hani memberi cadangan kepada Marissa.

“There’s no two Hani Widara in the world. Sakai-sakai kau pun, kau still housemate yang dabest aku pernah ada.”

Hani tersenyum lagi. Daripada apartmen mewah empat bilik, ke banglo mewah yang menjadi idaman semua orang. Daripada makan nasi bungkus saban hari, kepada makanan yang harganya ratusan ringgit sepinggan.

“Janganlah lupa jengah aku kat sini nanti.”

“Kesialan kau memang tak pernah nak habis ke? Ada tak jadi aku nak pindah ni nanti. Dahlah tu.” Hani mulai rasa jengkel. Atau lebih tepat jengkel dengan sedih. Siapa yang tak annoyed kalau macam tu?

Marissa menutup pintu kereta Hani dengan perlahan. Semasa Hani mengundurkan keretanya, Marissa mula mencipta ‘air terjun’nya lagi. Elok sahaja kereta Hani sudah tiada di penglihatan, Marissa mulai melangkah naik ke atas dengan air mata yang tidak putus-putus jatuh.

Di dalam kereta, fokus Hani tidak 100% tertumpu pada tar berwarna hitam itu. Sebaliknya mindanya banyak menerawang kepada hal-hal yang akan terjadi apabila dia berpindah ke banglo itu. Paling penting, bagaimana untuk menyembunyikan kisah cintanya dengan Datin Sue dari pengetahuan Dato’ Hisyam dan Danny.

Pening juga kepala Hani memikirkannya. Pelbagai perkara boleh terjadi. Tapi Hani sudah tidak dapat menidakkan perasaannya terhadap Datin Sue. Dulu memang dia tidak sanggup, tapi bila berjauhan, dia mulai rasa sayang dan rindu.

“KU TUNGGU DIRIMU ITU, SAYANG!!!”

Suara itu berbisik lagi di pendengaran Hani. Tapi reaksi Hani kini berbeza. Bibir merahnya mula mengukir senyum. Datin Suraya Afiqah, here I come…

Dan kereta Hani laju meluncur ke banglo tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience