Bab 31

Mystery & Detective Series 16877

Bab 31

Semenjak seorang demi seorang mati, Hani mulai rasa ketakutan apabila bersendirian. Bila dia seorang diri, dia akan mula rasa diperhatikan. Dia seolah-olah diserang paranoia semula.

Macam hari ni, Hani dibiarkan bersendirian semula. Marissa kena buat fashion show di Johor katanya. Tapi dia ambil pesanan daripada Inspektor Taufiq yang menyuruhnya supaya jangan bersendirian dan elakkan daripada kerap mengupdate Moment, Tweet ataupun status.

Hani banyak menghabiskan masanya dengan menonton movie secara online. Habis tu nak buat apa lagi, kan? Itu jelah yang boleh dilakukan untuk membunuh masa yang ada.

Balik pasal perkataan ‘bunuh’ tu, Hani mulai diserang rasa seram sejuk. Satu perkataan kata kerja yang dia sudah melakukannya. Satu dosa besar yang dia lakukan. Semasa sedang mengandung.

Hani meletakkan tangannya di perut yang tidak lama akan ditiupkan roh ke dalamnya itu. Terasa satu rasa lain datang menjengah. Adakah dia akan melahirkan anak ini? Atau dia akan pergi menyusuli Datin Sue dengan membawanya sekali? Semua itu berlayar back-to-back di dalam minda Hani.

Ringtone Hani berbunyi. Hani menjawab. Ternyata itu Andrew.

“Hello, Andrew. Kenapa?”

“I nak ajak you keluar. Nak tak?”

Hani bersetuju. Rupanya Andrew mengajaknya keluar pada waktu malam. So, sempatlah Hani meminta izin daripada Marissa dulu. Malam itu, Andrew membawa Hani makan malam di sebuah bistro milik mamanya di Ampang.

“Kenapa I tengok you sekarang macam mayat hidup je, Hani? Come onlah, dah terang-terang Datin Sue tu bunuh diri.” Andrew cuba untuk menceriakan suasana. Tapi rasanya makin meremuk-redamkan adalah.

“Drew, you faham tak semua ni gila. You percaya ke Datin Sue tu bunuh diri? Semua tu crap, Drew. Orang yang bunuh Datin Sue mesti orang yang sama bunuh Dato’ Hisyam. This means I, Danny even your beloved Marissa dalam bahaya. And you told me to relaxed.”

Tercengang sekejap Andrew mendengarnya. Dia memandang Hani yang sedang mengetap bibir itu dan bertopangkan lengan itu. Dia dapat merasakan ketakutan yang dirasakan oleh gadis itu.

“But, Hani. You nak torture diri you dengan rasa paranoid tu. I faham yang you tengah takut but I tengok Danny tu okey je. Kenapa you stres sangat?”

“Fuck you! You tahu tak I tengok life Danny tu dah macam robot. Dah macam patung. Kak Chah kata hari-hari dia cakap sorang-sorang macam arwah Dato’ and Datin ada lagi. He deny his parents’ death.” Hani meluahkan apa yang terbuku di dada. Sakit sungguh hatinya kali ini.

Andrew malas hendak bercakap apa-apa lagi. Dia tahu tiada gunanya menambah minyak ke dalam api. Mungkin baginya, apa yang dia hendak katakan itu benar tapi salah bagi gadis itu.

“So, sekarang apa yang you nak buat?” Selepas makan, barulah Andrew berani bertanya.

“Menunggu bila si pembunuh tu nak bunuh I pulak. I tak kisah pasal sesiapa dah, Drew. I risau sekali kat Hisha. That killer must be so psychotic. Dia boleh buat apa aje.”

Andrew mengangguk berulangkali. Betul apa yang diperkatakan Hani itu. Ketika nyawa dalam taruhan, tiada sesiapa yang boleh dipercayakan. Ketika itu jugalah, Andrew melihat seorang manusia berhoodie hitam, memakai topeng Anonymous berdiri di luar bistro memandang ke arah mereka berdua.

“Hani, orang tu pandang kita ke?” Andrew menunjukkannya ke arah mereka berdua. Hani pantas berpaling. Setelah si Anonymous itu menyedarinya, dia pantas berlari. Hani berlari mengejarnya. Mungkin itu pembunuhnya. “Hani, you nak pergi mana?”

Hani tidak menjawab. Sebaliknya dia terus mengejar si Anonymous tak guna itu. Tapi sebaik keluar daripada bistro itu, si Anonymous itu sudah menghilang. Hani memandang dari kiri, kanan, depan, belakang. Atas bawah je tak. Tapi takde. Setelah pasti tiada, dia kembali ke mejanya semula.

“Hey, Maris text I lah.” Andrew bersuara tapi suaranya yang ceria tu bertukar menjadi hambar semula. “Apa ni?”

Hani mengambil handphone itu dan membacanya.

Drew, datang JB sekarang. I’m dead.

Tidak sampai lima jam, mereka sudah sampai di Johor Bahru. Bapak laju Hani bawak. Selepas pergi ke balai polis bandaraya, mereka terus ke hotel tersebut. Hani benar-benar rasa tidak sedap hati.

Setibanya di hotel, mereka semua terus menyerbu receptionists. Mujur Hani membawa anggota polis bersama kalau tidak lagi renyah kerjanya. Sekejap saja, mereka sudah tahu di bilik mana Marissa menginap.

Pada mulanya, pintu bilik itu susah untuk ditolak. Seperti ada sesuatu yang maha berat yang menjadi penghadang. Oleh kerana itu, polis terpaksa mengumpil pintu supaya benda berat itu boleh ditolak. Ternyata rupanya almari baju. Melangkah masuk sahaja, bilik itu berada dalam keadaan sangat bersepah. Terlihat Marissa, Hani terus menangis dan melaung sekuat hati.

Marissa dijumpai tergantung di tengah bilik. Kepalanya terpusing ke belakang badan. Isi perutnya terburai membuatkan ususnya kelihatan seperti daun pokok ara. Mata kanan dan lidahnya terkeluar daripada struktur sebenar. Pergelangan tangannya pula dijerut dengan wayar charger.

“Menurut bukti yang ada ni, mangsa mungkin mati pada jam tujuh petang semalam,” ujar seorang pegawai polis.

“What? She’s texting me last night. At nine.” Andrew membantah. Mustahillah pulak kan.

Kemudian seorang pegawai polis memanggil mereka semua. Ada satu nota yang ditulis di atas kertas menggunakan lipstick semerah darah.

Empat dah mati. Lagi tiga. Lepas tu, baru lagi dua.

Meremang bulu roma Hani dan Andrew membaca isi nota tersebut. Hani punyalah terkejut sampai terduduk. Siapa punya kerja ni? Kenapa mesti mereka menjadi mangsa? Kalau benar pembunuh tu berdendam dengannya, bunuh sahaja dia. Usah menyeksa.

“Cik Hani ada sesiapa yang boleh dijadikan suspek?” tanya seorang pegawai polis.

Hani menggeleng kepala dan dengan suara yang parau, dia menjawab, “Takde.”

Andrew juga terduduk dan menangis melihat keadaan Marissa sebegitu rupa. Ternyata yang kini nyawanya juga di hujung tanduk. Bila-bila masa boleh terjatuh.

Di satu tempat yang lain, pembunuh sedang ketawa kejam sambil menggaris nama Marissa dari dalam notanya. Three more peoples to go.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience