Bab 27

Mystery & Detective Series 16877

Bab 27

Datin Sue memandang panorama Kuala Lumpur dengan perasaan yang pelbagai. Suasana daripada kondominium mewahnya itu sebenarnya cantik. Tapi entah kenapa dia merasakan hatinya tidak tertarik dengan kecantikan dan keindahan itu. Baginya, Farah kini sudah mampu ketawa puas. Dia tahu, Dato’ Hisyam melayaninya begitu hambar pasti kerana Farah. Dasar perempuan tak tahu diuntung!

Oleh sebab itulah, Datin Sue melarikan diri ke kondominium ini. Hadiah hari jadinya yang ke-30 tahun. Dia pernah sekali membawa Hani ke sini. Farah tak pernah pulak. Nak buat apa pulak bawak budak tak tahu diri tu? Lebih baik dia bawa Hani.

Tapi kini, dia kembali sunyi. Hani pun sudah tidak sudi melayaninya seperti dulu. Dia rindukan gelak tawa, erangan manja daripada Hani. Dia rindukan setiap bait-bait ayat yang keluar daripada bibir yang tidak pernah tidak bergincu merah itu. Pendek kata, setiap apa tentang Hani dirindui oleh Datin Sue. Dia tidak dapat apa yang diberikan Hani kepadanya oleh sesiapa pun sebelum ni.

Dia masih boleh menerima jikalau Hani tidak sanggup berpacaran lagi dengannya. Tapi dia tidak boleh menerima derita rindu ini. Semakin cuba dilupakan, semakin itu ianya mencengkam. Baru dua hari dia meninggalkan banglo itu, tangkai hatinya digoncang oleh rasa rindu. Macam mana kalau dua minggu? Dua bulan? Dua tahun? Dua puluh tahun? Okey, itu melampau.

Kenapa setiap orang yang disayanginya pergi menjauhinya? Sedangkan selama ni dia setia. Setia mencintai. Dato’ Hisyam, tidak pernah sesekali dia curangi. 18 tahun perkahwinan mereka, 18 tahun itu jugalah hatinya masih tertambat kepada lelaki itu. Cuma Dato’ Hisyam sahaja yang buta mata dan hatinya dalam menilai.

Datin Sue ada juga terfikir. Kenapa dia masih hidup di dunia ini sedangkan semua orang seakan menjadi tuhan kepadanya? Tidak pernah ada yang cuba memahami perasaannya. Semuanya lebih gemar menuduh, menghakimi dan menjadi ‘majistret segera’. Baik mati sahaja!

Datin Sue memandang ke bawah kondominiumnya. Dari tingkat 22, pemandangan di bawah kelihatan seperti semut sahaja. Kalau jatuh, confirm mati punya. Eloklah. Dari terperangkap dalam dunia yang kejam ni. Hidup mati dah macam tiada beza.

Ketika itulah, pintu rumahnya itu diketuk. Bibir Datin Sue merekah senyum. Pasti Hani.

“Masuk jelah, Dara. It isn’t locked.”

Pintu dibuka. Datin Sue tidak berpaling. Sengaja dia ingin berpura-pura merajuk. Kalau orang datang memujuk, kenalah kita jual mahal sikit. Baru kena dengan muka dia tu.

Derapan tapak kaki semakin rapat dengannya. Maknanya Hani sudah semakin dekat. Dari belakang, sepasang tangan menyarung blindfold ke muka Datin Sue. Datin Sue tersenyum. Ada kemajuan Hani ni.

Sepasang tangan mulai merayap di belakang badan Datin Sue membawa ke leher. Datin Sue rasakan seperti ada kejutan elektrik yang mengalir di badannya tatkala merasakan kehangatannya. Tubuh Datin Sue kemudiannya dicampak lembut ke dinding. Blindfold dibuka. Alangkah terkejutnya Datin Sue tatkala melihat siapa di hadapannya.

Seorang manusia berhoodies hitam bertopeng Anonymous.

“Hai, Suraya.”

Datin Sue cuba berlagak neutral. Dia cuba berlari masuk ke dalam tetapi orang bertopeng tersebut pantas menutup pintu sliding itu. Datin Sue terperangkap.

“Apa yang kau nak, Hisyam? Aku tak kacau kau pun, kan.”

“Memang kau tak kacau aku, Suraya. Tapi aku berdendam dengan kau, Suraya.”

“Siapa kau? Aku tak kenal kau. Kalau betul aku ada buat salah kat kau, come on and talk about it. Kenapa kau tutup muka penakut kau dengan topeng hodoh tu. Setakat sorok belakang topeng tu semua orang beranilah.” Datin Sue membalas penuh berani. Padahal tengah takut tu.

“Jangan ingat aku tak tau yang kau banyak menyundal dengan PA kau yang nama Hani tu, Suraya. Perempuan jenis apa kau ni? Sanggup duakan suami untuk kaum sejenis sendiri.”

“Kau tak layak nak cakap macam tu dekat aku macam tulah. Tunjukkan muka kau tu. Kau tak tahu apa yang Hisyam bodoh tu buat kat aku.”

“Kau hidup bertuhankan nafsu, Suraya. You should noticed it.”

“Memang. Memang lust is my God. You know why? Because aku dapat husband macam tuu. Yang siang malam, pagi petang asyik kerja, kerja, kerja. Apa dia fikir bila dia mati, kertas proposal tu ke yang jadi kain kapan dia ke. Hey, siapa kau sebenarnya ni?”

“Mak dengan anak sama je!” Anonymous tersebut menarik tangan Datin Sue dan melemparkan ke railing.

Railing yang pendek itu tidak mampu menghadang ketinggian Datin Sue. Gaun Datin Sue yang licin pula melancarkannya untuk terlepas ke belakang railing. Dia cuba berpaut pada salur paip tapi tidak berjaya. Datin Sue hilang keseimbangan. Dia terus terjatuh dari tingkat 22 hingga menyembah bumi.

Dari atas, Anonymous melihat apa yang berlaku di bawah sana. Dia tersenyum sendiri melihat keadaan wanita itu. Memang itulah balasannya kepada isteri curang seperti itu.

Kemudian, dia keluar daripada rumah itu. Butang memanggil lif ditekan. Punyalah baik nasibnya apabila kedua-dua lif naik serentak. Tapi memandangkan lif di sebelah kanan dibuka dulu, dia masuk yang itu.

“Hisha macam mana sekarang? Sekolah okey?” Entah kenapa malam itu baru Hani teringat untuk menelefon adik bongsunya, Hisha. Baru teringat ada tanggungjawab agaknya.

“Hisha okey je, kak. Akak tu yang Hisha risau. Abang Herman cakap akak dah lama tak call dia. Busy benar kononnya.”

Hani tersenyum sendiri. Adiknya yang seorang ni memang pandai membuatnya tersenyum. Nama dah macam nama perempuan.

“Ada apa akak call Hisha ni?”

“Amboi! Oh, akak sekarang tak boleh call adik akak sendiri ke? Macam tu?”

Hisha yang sedang berada di sekolahnya tersenyum sendiri. Sah budak ni memonteng prep. Bukan dia tak tahu perangai si Hisha tu.

“Takdelah. Mana tahu kan. Hisha bukan boleh cakap kuat-kuat ni, kak. Orang dalam dorm. Teman dormmate sakit.”

“Okeylah. Akak call saja je nak tanya pasal adik akak ni. Sihat ke lagi? Lagipun akak rasa macam selama ni akak tak caring pun pasal korang, kan. Jadi biarlah akak mulakan semula.”

Hisha hanya mendengar dengan setia. Sesekali Hani terdengar yang Hisha seperti berkata ‘janganlah kacau’ ataupun ‘tinggalkan karang’ tapi mungkin rakan Hisha itu sedang mengacaunya. Dia tak naklah berprasangka.

“Okeylah, kak. Hisha hung up dulu eh. Dormmate Hisha ni mengada-ngada pulak. Bye.”

“Yalah, bye.”

Tiba-tiba, Hani berasa cukup rindu untuk bertemu muka dengan adik bongsunya itu. Teringat mukanya yang iras-iras Brenton Thwaites tu. Mujurlah adik sendiri kan. Kalau tidak, jadi macam Dannylah jawabnya.

Ketika itu jugalah, Hani tiba-tiba rasa tidak sedap hati. Terasa hatinya didesak-desak untuk kondominium Datin Sue. Nalurinya kuat mengatakan dia akan berjumpa sesuatu di situ.

Setelah tidak tahan didorong rasa, Hani mengambil kunci keretanya lalu turun dari apartmennya. Marissa tidak ada dan nasib jugalah dia juga tidak memberitahunya apa yang terjadi.

Ketika blok kondominium Datin Sue sudah kelihatan, Hani sudah mula tidak senang duduk rasanya. Kalau keretanya itu ada turbo, dah dipecut sekuat hati rasanya. Setibanya di parking, dia mencari kawasan paling dekat dengan lif.

Butang lif ditekan. Baiknya nasib apabila kedua-dua pintu lif tiba serentak tapi dia masuk di sebelah kiri. Tiba je di tingkat 22, pintu di sebelah kanan baru tertutup. Patutnya dia ikut yang belah itu tadi. Cepat sikit.

Hani risau. Pintu rumah itu terkapang luasnya. Hani melangkah masuk ke rumah itu seraya menutup pintu. TV pun tak on. Lampu ruang tamu bukak pulak. Hani melangkah ke bilik yang biasanya digunakan Datin Sue. Pintu terbuka, lampu tutup. Yang pasti, Datin Sue tiada di situ.

Hani kembali semula ke ruang tamu. Kemudian dia mengambil air di dapur. Air-cond hidup tapi mana orangnya. Mustahil Datin keluar. Dengan pintu pun terkapang gitu.

Akhirnya Hani membawa langkah ke balkoni. Ni pun lagi satu kepelikan juga. Kenapa pintu sliding ni terbukak sedangkan air-cond di dalam terpasang dengan kuatnya. Memang satu keanehan maha aneh ni.

Kardigan hitam Hani tidak mampu melawan kesejukan bayu malam Kuala Lumpur. Dia memandang ke tingkat bawah. Dia melihat begitu ramai orang sedang mengerumuni sesuatu. Tidak kurang juga yang memandang ke arahnya. Baru dia hendak berpaling ke belakang. Dia melihat dua orang anggota polis lengkap beruniform sudah berada di belakangnya. Hani terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience