Bab 7

Mystery & Detective Series 16877

Bab 7

Hani mulai rasa seronok tinggal di Casa Paraiso itu. Casa Paraiso itu adalah gelaran yang diberikan Danny kepada banglo itu. Kalau ditengok dari mata kasar pun, memang seperti syurga di atas dunia pun. Semuanya ada. From bottom to the top, all is perfect.

Kadang-kadang, Hani pelik juga dengan sesetengah rakannya yang datang dari kalangan orang kaya itu. Tidak pernah bersyukur. Itu belum campur yang ada family problem lagi. Jadi si Hani ni pun mintalah pendapat si Danny ni.

“To me, I’m happy with that.”

“You happy bila you tahu papa you ada perempuan lain?” Hani tertinggikan suaranya satu oktaf. Air tropical punch yang disedutnya tersedak.

“Biarlah dorang. Yang pasti, I ada duit. I ada kawan. But tipulah kalau I kata yang I tak kesian dekat mama I tu. She have such a disastrous wedding, indeed. Pity her. Tapi tulah. Tak nak pulak jadi kougar. Dia tu cun, bergetah lagi. Cari jelah anak ikan sorang.”

Okey, this is the first time sepanjang 24 tahun Hani hidup, seorang anak menggalakkan ibunya menduakan bapanya. Pelik tu.

“You tak kisah?”

“Pernah ke orang tua tu kisah pasal I ni? Dari I kecik sampailah I ni besar, it’s so hard to make him talking to me. Easy to say, I’m lack of love from my family. But nevermind. As long as I’m not lack of my money. So, I don’t care about him. Nak jumpa kat rumah pun sikit punya susah. And dia nak I sayang dia? What a lifeless life he had.”

Ayat Danny ni sebenarnya menunjukkan yang dia sememangnya tak gembira dengan kehidupannya. Cuma itulah, bila hidup bertuhankan wang semata. What can we do?

“Malam ni you kena stay kat rumah sorang tau.” Danny membetulkan tuala yang tersarung di badannya. Baringannya di atas kerusi malas itu juga dibetulkan.

“Kenapa pulak?”

“I ada tuisyen. Lapan sampai sepuluh. Sorry, okey.”

Inilah akibatnya bila kita couple dengan budak sekolah. Kena terima bila dorang ada tuisyen or extra class. Macam budak sekolah couple jugak. Ada masa kita kena terima benda-benda macam ni.

Selepas mereka berehat di kerusi panjang itu, mereka terjun ke dalam kolam itu semula. Sekali lagi, mereka berenang bersama-sama. Hani pun sebenarnya bukanlah reti berenang sangat pun. Jadi melihat kekekokan si Hani tu berenang, Danny pun menawarkan khidmatnya mengajar berenang.

“Salahlah sayang kalau buat macam tu. Macam ni baru betul,” ujar Danny sambil membetulkan cara Hani mengapungkan dirinya di dalam air. Sebenarnya Hani sengaja buat-buat salah.

“I tak retilah, you.”

“I dulu pun macam you jugak. Lama-lama nanti okeylah. Okey, ikut macam I ajar tadi. Nanti lama-lama, you bolehlah balance badan you.”

Boleh dikira berapa peratus aje konsentrasi Hani terhadap pelajaran renangnya daripada Danny itu. Sebenarnya, taste Hani memang kepada lelaki yang lebih muda daripada dia. Farid itu pun muda tiga tahun daripada dia. Baginya, younger boys much hotter.

“You, berapa lama you belajar berenang semua ni?” Tergerak hati Hani nak bertanya.

“Since umur I setahun, actually. My parents paksa sebenarnya. Kata doktor family kitorang, kalau nak exposekan baby dengan air, better masa kecik lagi.”

Itu memang undeniable. Abang Hani yang doktor dulu pernah cakap. Katanya, bila baby dah diexpose dengan air in their young age, itu lebih baik. Sebab masa kita dalam kandungan, kita memang dah dalam air. Jadi bila dah jumpa air balik, taklah badan kita terkejut sangat.

“Jadi cita-cita you nak jadi swimmer memang dari kecik lagilah?”

“Tak jugak. I start serius masa I dah sekolah. Sebelum tu, buat hobi je. You, masa kecik dulu, you suka buat apa?”

“I suka buat apa? I suka makeup. But I tak nak jadi model. I lebih suka makeup for my own satisfaction. Payahlah kalau jadi model macam Marissa tu. Attention everywhere till don’t have enough space for be alone.”

Betul juga apa yang dicakap Hani ni, telah hati Danny. Contoh terdekat mamanya. Dari kecik sampailah dia besar, mamanya asyik mendapat perhatian media. Sampaikan perhatian sendiri kepada anak tidak mencukupi. Dari umur awal 20an, sehinggalah lewat 30an ini pun. Mamanya dikenali oleh ramai orang, tapi tidak dikenali oleh anak sendiri.

“You know, my mom. Everyone adores her. Everyone wants to be like her. Yeah, who doesn’t want to be like Datin Suraya Afiqah. The most beautiful Malay Woman in the world. But, bagi I, I tak nak. Masa I kecik dulu, I pernah makan sorang waktu dinner. Cuma bila I dah besar sikit ni, barulah mama dah tak busy sangat.” Danny meluahkan perasaannya yang rasanya dah bertahun dipendam itu. Rasa lega selepas semuanya sudah dicurahkan kepada girlfriend yang baru 24 jam kenal.

Hani hanya mendengar sahaja Danny bercerita tentang kisah hidupnya. Mungkin Danny seorang yang kaya dari segi wang ringgit. Tetapi sangat miskin dalam menerima kasih sayang daripada keluarga. Maka tidak hairanlah sekiranya pada usia sebaya itu, dia sudah meniduri ramai gadis.

“Okeylah, sayang. I masuk dulu. Sejuklah,” pinta Hani sebelum mencium pipi Danny kemudian naik daripada kolam. Dia membalut badannya dengan bath robe yang diberi Kak Chah tadi.

Masuk ke dalam rumah, dia perasan tiada sesiapa yang berada di ruang tamu. Laju dia berlari menuju ke tangga. Bukan apa, baju yang dipakainya tadi masih basah. Tak pasal-pasal banjir pulak rumah Datin ni nanti.

Tuk tuk! Pintu diketuk berulangkali. Langkah Hani terhenti sebelum dia sempat meletakkan kakinya di anak tangga yang pertama. Dia melihat tiada sesiapa yang sedang berjalan dari arah dapur. Mungkin Kak Chah dan orang gaji lain sibuk agaknya. Jadi terpaksalah Hani yang berlari membuka pintu.

“Ya, cari siapa?” Hani membuka sedikit pintu lalu menjengulkan kepalanya. Di hadapannya sedang berdiri seorang wanita yang umurnya lebih kurang dengannya.

“Datin Suraya ada? Kalau ada, cakap kat Datin, Farah dah sampai.”

Hani terpinga-pinga. Nak diajak masuk, takut Datin Sue marah. Nak dibiar je kat luar ni, nanti Datin Sue marah pulak tetamu dia dibiarkan dekat luar aje. Mujurlah selepas itu, Kak Chah datang menyelamatkan keadaan di muka pintu.

“Eh, Farah. Masuklah, Datin dah tunggu daripada tadi. Macam nak marah dah rupanya. Meh masuk,” pelawa Kak Chah kepada Farah. Hani dengan pantas berlari ke biliknya.

Selepas menukar pakaian, Hani keluar daripada biliknya semula. Sempat dia memandang ke arah tangga yang menuju ke bilik Datin Sue. Pintu kecil di kaki tangga itu masih berselak dan berkunci. Mungkin Datin masih belum turun. Jadi Hani turun dengan selambanya.

“Does we ever met?” tanya Farah ketika Hani melabuhkan punggungnya di hadapan TV. “Oh, cik yang borak dengan Datin malam tadi. Cik anak saudara Datin, ya.?”

Pantas Hani menggeleng. Anak saudara? Tinggi benar expectations tu. Kasi rendah sikit. “It’s a long story.”

Farah mengangguk. “Maybe I’ll figure it out later.” Fail di tangannya dipegang kemas.

“Cik Farah ni assistant Datin Suraya, kan?”

Farah mengangguk pantas. Seolah-olah pekerjaan itu pekerjaan itu yang terbaik di dunia ini. Kemudian, dia turut mengambil tempat di sebelah Hani. Dia menghulurkan salam.

“Farah. Farah Maria.”

Hani malu-malu alah menyambut. “Hani. Hani Widara.” Dia tersenyum manis.

“You kawan model semalam tu kan? Marissa Zalira. Kirim salam kat dia, boleh? I really love her.”

“Yeah, she is my housemate. For sure, I will pass your regards.”

Farah menyeringai mempamerkan dua baris giginya yang putih melepak. Mustahillah Datin Sue tak pernah feeling dengan dia ni, telah Hani di dalam hati. Tapi kalau nak dibandingkan, sememangnya Hani Widara lebih cantik. Senyuman Hani yang macam Amanda Seyfried tu memang memukau sesiapa sahaja.

“Farah, lambat datang hari ni?” tegur Datin yang sedang menuruni tangga dari tingkat atas itu. Farah segera berdiri.

“Maafkan saya, Datin. Tadi mak saya suruh saya ambik adik saya balik sekolah dulu. Saya minta maaf banyak-banyak, Datin.”

Datin Sue menyilang lengan di dada penuh angkuh. “You kerja dengan I ke, dengan mak you? Siapa yang bayar gaji you? I ke mak you? You mentekedarah dengan duit I ke, mak you?”

Tercuak juga sekejap si Hani mendengar setiap huruf-huruf yang keluar daripada mulut Datin Sue. Dengan dia, sikit punya baik. Kenapa bila dengan si Farah ni, mengalahkan singa betina yang ada kat Zoo Negara. Silaplah pulak, singa kat situ dah jinak. Mana nak mengamuk sangat.

“Ya, Datin. Salah saya.”

Datin Sue meniup ke atas membetulkan rambutnya yang terjatuh ke depan. Rambut perang yang sangat cantik pada pandangan Hani Widara. Rambut perang yang menjadi ikutan Marissa Zalira.

“So, what my schedule today?”

Dah dekat pukul lima macam ni pun, kau nak aku bacakan schedule kau. Kalau benda tu pagi tadi macam mana? Tapi Farah tidaklah seberani itu nak cakap macam tu. Sebaliknya dia segera membuka buku sebesar buku karangan sekolah menengah itu untuk melihat jadual Datin Suraya Afiqah.

“Today, sepatutnya Datin takde apa-apa…”

“I tahulah tu. Malam ni punyalah. Bodoh,” sumpah Datin Sue sambil meneguk champagne ke dalam tekaknya.

“Malam ni sepatutnya Datin ada party dekat rumah Datin Sara. But Datin Sara just called and she says that the party is cancelled. Oh ya, malam ni, Tuan Danny ada tuisyen. Lapan sampai sepuluh…”

Datin Sue mula hairan apabila Farah diam dan asyik membaca planner itu.

“Hoi, apa lagi?”

“Nothing.” Farah menutup planner itu seraya tersenyum. Senyum yang sumpah terserlahkan kepalsuannya. Sampaikan plastik Tupperware itu pun tak seplastik senyuman si Farah.

“Esok?” Datin Sue mengangkat sedikit bahunya sebagai isyarat.

Farah membuka semula planner tadi. Mencari jadual untuk hari esok. Datin Sue ni memang mulut macam nokharom sikit. Tapi bukan senang tau nak dapat kerja dengan dia ni. Bukan calang-calang orang yang dapat. Dan adalah satu kebodohan yang maha besar kalau resigned. Gaji masyuk. Kemudahan banyak yang boleh dapat. So, bersyukurlah sikit. Setakat kena maki, standardlah tu.

“Esok, Datin ada manicure pukul sembilan setengah dekat Dutamas. Lepas tu hair treatment kat KLCC pukul 12 tengahari. Petang pulak, ada dress-fitting dekat butik Alexa…”

Kening Datin Sue berkerut. “Dress-fitting? For what?”

“Untuk wedding anak Tan Sri Ariffin tu.” Farah menjawab jujur. Datin Sue mengangguk. “Lepas tu, Datin free. But malam, party dekat rumah Datin Sara tu pulak. That’s all.”

Datin Sue mengeluh. Mengeluh dek kesibukan yang menjengah tak kira masa. Tak kenal erti penat. Nak-nak pulak kerja sebagai model macam tu. Lagilah memerlukan komitmen yang tinggi. Silap langkah, jadi macam Marilyn Monroe. Tapi bagi Datin Sue, perlukah dadah itu. Kalau sibuk, carilah jalan yang lebih baik. Yoga ke, meditation ke. Sembanglah. Datin Sue sendiri pernah ambik marijuana masa umur belas-belas lagi.

“Erm, yang manicure tu, boleh you postpone tak? Make it after dress-fitting. Boleh?” Datin Sue beralih memandang ke arah Farah.

“I don’t think can make it, Datin. You know, it’s Miranda Manicure. Always fully booked…”

“You ni kan, Farah. Belum buat any action, you dah kata tak boleh. Call lah dulu ke, hapa ke. Suka naikkan darah I, kan.”

Senyuman Farah hilang dibawa angin kemarahan Datin Sue. Hani yang duduk di situ mula rasa dia tidak sepatutnya berada di situ. Tapi nak dibangun, dia akan melalui satu selat kemarahan antara Datin Sue dan Farah. Jadi, sekali lagi, kesilapan pertama akan mengheret ke satu lagi kesilapan yang lain.

“Kalau boleh, make two reservations. In fact, semua yang tadi tu, make it for two. It’s for me and this girl.” Datin Sue menunjukkan ke arah Hani. Hani sedikit kaget. Farah apatah lagi.

“Are you sure?” Farah meminta kepastian sambil memandang slack ke arah Hani. Siapa je perempuan ni? Itu yang difikir olehnya. Dia tidak tahu yang Datin tu dah feeling bagai nak mampus kat Hani tu. Tunggu masa nak kena ngap je.

“Bila I cakap buat, buat jelah. Nak kena terang berapa ratus kali lagi baru nak melekat dalam kepala otak tu? Bodoh betul, baru tahu.”

Alang sabar, boleh sampai pisau dekat tengkuk Datin Suraya Afiqah ni. Aku yang dah berapa tahun kerja dengan dia, layan macam anak tiri zaman dulu. Si Hani yang entah datang dari mana ni, siap nak belanja buat manicure dengan buat rambut lagi. Life’s cruel.

“Ya, Datin. Maafkan saya, Datin.” Farah meminta maaf berulangkali.

“Maaf. Itulah yang you tahu. Kalau maaf yang you cakap tu duit, negara kita ni tak payah berhutang dengan bank dunia tahu tak. Dah. Tu aje.” Datin Sue berlalu langsung naik ke tingkat atas.

Baru Hani perasan sesuatu yang lain pada muka Datin Sue. Bibirnya merah semacam. Macam pakai… Oh shit! Itu macam merah lipstick dia. Pantas Hani berlari ke tingkat atas lalu masuk ke dalam biliknya. Handbagnya dipunggah habis. Overall, ada lima belas batang lipstick yang dibawanya malam tadi. Dan sekarang, tinggal tiga belas. Kalau satu Datin Sue ambik, satu lagi.

“Looking for this?” Satu suara menegur Hani di muka pintu. Pantas Hani berpaling.

Ianya Datin Sue. Datin itu sedang memegang sebatang lipstick Hani yang berwarna ungu pucat.

“Datin…”

Datin Sue menutup pintu dengan kakinya lalu masuk ke dalam bilik Hani. Dia berjalan ke arah Hani dengan langkah menggoda. Lipstick di tangannya dioleskan ke bibir Hani. Tangannya merayap di bahu Hani. Dia menolak lembut Hani ke atas katil. Dia membuka jubah kaftan yang dipakainya meninggalkan inner berwarna krim yang membaluti badan.

“Datin, tolong…” rayu Hani. Cukup dengan malam tadi. Dia tak sanggup lagi.

“Shh… janganlah bising sangat.” Datin Sue meletakkan jari telunjuk di bibir Hani. “Let’s make it smooth.”

Datin Sue membuka t-shirt yang dipakai oleh Hani. T-shirt itu dilemparkan ke atas lantai. Bibir Hani yang kini sudah berwarna ungu itu dipegang dengan jari telunjuknya. Bibir mereka bertemu. Tangan Hani mencengkam cadar. Semuanya berlalu begitu indah…

“Kak Farah, apasal moody semacam je ni?” tanya Danny. Dia baru sahaja selesai berenang.

“Siapa Hani tu?”

Danny tersenyum. “She’s my girlfriend. Kenapa kak? Wondering?”

Farah pelik. Takkanlah… Alah, dia yang terlalu banyak berangan. Takkanlah… Tapi tak mustahillah kalau benda macam tu jadi pun. But…

“Akak ni macam pelik aje ni. Kenapa kak?” Danny duduk di sebelah di Farah.

“Tuan Danny, kenapa Datin tu macam sayang berlebih je dekat Hani tu. Tengok ni, Tuan Danny. Dia siap suruh akak buat reservations lagi tau. Untuk perempuan tu. Siapa dia dengan Datin tu?”

“Ish, akak ni. Akak nak kata mama tu lesbian? Gitu. Kalau mama tu lesbian, takkanlah Danny ni boleh keluar, kak oi. Pikirlah sikit. Ingat sikit. Akak tu pekerja mama saya. Duit akak makan pakai tu semuanya duit dia. Suka hati nak tuduh.”

Farah sekadar tersenyum tawar melihat Danny yang naik ke biliknya. Tapi dia tahu, ada sesuatu yang tidak kena. Tunggu dan lihat sajalah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience