Bab 23

Mystery & Detective Series 16877

Bab 23

Sudah hampir seminggu berlalu. Semenjak Hani memberitahu Danny tentang perkara itu, lelaki itu langsung tidak bercakap apa-apa dengannya. Hani sendiri sudah rindu akan belaian manja daripada pemuda itu. Rindu akan pelukan hangat sehangat cinta mereka. Takkanlah kerana peristiwa itu, Danny lansung tawar hati dengannya.

Semasa Hani bangun tidur pagi itu, dia terus mandi dan menukar pakaian. Sehelai t-shirt biru langit dan seluar trek warna hijau dipakainya. Sakai, kan? Tapi kalau cantik sekalipun, Danny tetap tidak akan memujinya. Sungguh dia rindukan pujian pemuda itu.

Ketika Hani melewati di depan bilik Danny, keinginan untuk mengetuk pintu bilik itu membuak-buak. Tapi bila tangannya mula menghampiri pintu itu, dia berfikir dua kali. Dia takut. Takut akan kemarahan lelaki itu. Tapi rasanya dia sedang bersekolah.

“Miss me?” Danny menguak pintu bilik dari dalam. Terjerit juga Hani dibuatnya kerana terkejut. Tetapi perasaan itu hilang dibawa pergi ketika melihat Danny berdiri dengan memakai t-shirt tanpa lengan berwarna hitam.

“Ponteng?” tanya Hani selamba.

Danny mengangguk. Wajahnya masih serius. Sedikitpun tidak senyum. Tapi kekacakannya tetap ada. Please, Danny Affendi Dato’ Hisyam. Smile and light up the world.

“Nak masuk ke?” tanya Danny dengan lagak poyo. Tangannya diletakkan di pinggang dan bahunya disandarkan di dinding.

“You marah I, ke?” Hani menjawab dengan soalan juga. Kalau soalan merupakan serangan dan jawapan merupakan pertahanan, Hani lebih rela memberi serangan balas daripada menahan.

“Masuk dalam, kita bincang.”

Kalau nak ikutkan, rasa nak dipeluk je Danny ni kat situ jugak. Tapi memandangkan emosi lelaki itu yang masih dalam mod ‘it’s complicated’, Hani melupakan perasaannya itu dahulu. Boleh jadi Taufan Katrina kalau diteruskan juga niatnya itu.

Danny melabuhkan punggungnya di atas katil kemudiannya terus berbaring. Hani pula duduk di sebelah pinggangnya. Ketika Hani cuba memegang paha Danny, pemuda itu menepis.

“Anak siapa tu?” tanya Danny walaupun dia sudah pasti akan jawapannya.

“Yours.” Hani menjawab sepatah.

“You pasti?”

Takkan anak Datin Sue pulak? Hani mengangguk.

“Gugurkan.” Danny menyuruh tenang seraya menutup mata.

“I tak nak.”

Danny membuka sebelah kelopak matanya. Hani tidak berani memandang mata Danny ketika itu. Dia yang berada dekat ni pun dah boleh terasa bahang yang tengah membara tu.

“So you nak besarkan anak haram tu sorang? I tahu I tak sanggup,” jerkah Danny sekuat suara.

“Danny, I tak pernah suruh you jaga anak ni. I just nak you tahu. Tahu yang dalam perut I ni ada anak you. You sendiri cakap yang you sayangkan I, kan. Cintakan I.”

“I know, Hani. I pun tak cakap yang I tak cintakan you. You sedar tak dalam masa beberapa bulan lepas ni, perut you tu akan membesar? KL ni bukannya kampung, Hani. Everyone will questioning you about that. Abort it, Hani. Abort!” Danny sudah pun duduk di sebelah Hani.

“I says I don’t want!”

Danny diam. Melihat kolam mata Hani sudah basah, hatinya juga menjadi lembut. Tiada guna melentur buluh yang sudah matang.

“Please. I tak nak.”

“If that what you want, I bagi. Tapi ingat. Rahsiakan.”

Hani mengangguk. Setakat angguk, memanglah senang. Tapi nak melaksanakan apa yang dianggukkan tu susah. Nak rahsiakan yang dia mengandung, susah jugak tu.

“So, kita tak boleh nak buat dahlah lepas ni?” Itu soalan yang ditanya Danny akhirnya. Bukan nak risaukan keadaan cinta hatinya itu. Nak buat macam mana. Budak tak matang.

“Kalau you nak, boleh je. Tapi janganlah henjut kuat sangat. Sakit baby kita ni kena hentak nanti.”

Danny mengukir senyum sebelum meletakkan tangannya di leher jenjang Hani. Dia menggosok-gosok leher itu sekaligus menaikkan nafsu Hani yang sememangnya bergelora itu. Menyedari akan itu, Danny segera mencium leher Hani yang putih itu.

“Sayang…” Nafas Hani mulai naik turun secara tidak tentu. Tangannya memegang kepala Danny yang sedang memberi love bite ke lehernya.

“It’s okay, baby. You makes me want you so badly. I love you, Hani Widara.”

Hani menarik muka Danny supaya bertentang dengan mukanya. Dia menatap muka putih kacak kacukan itu dengan penuh rasa cinta. Dalam masa yang sama jugalah hatinya diserang rasa bersalah semula.

“Sayang, know something special about you?” Danny mengusap rambut Hani.

Hani menggeleng.

“You are a special girl because you are the best among the best girls in the world.”

Dan mereka mengulangi semula apa yang sering dilakukan. Kehangatannya tetap sama walaupun sudah sebulan lebih mereka bersama. Tetap sama. Tidak berubah. Walaupun akan ada penghalangnya.

Malam itu, Danny terpaksa menghadiri kelas tuisyen. Setelah sebulan di banglo itu, baru Hani tahu yang Danny rupanya terpaksa menghadiri kelas tuisyen kerana Datin Sue dan Dato’ Hisyam. Bagi kedua-dua pasangan suami isteri itu, tuisyen itu satu yang berbayar, jadi mesti dihargai setiap sen yang dibayar.

Keluar sahaja daripada dalam bilik, tangan Hani ditarik ke dalam sebuah bilik kosong di sebelah bilik Hani. Dia tidak tahu langsung siapa empunya pemilik tangan itu.

“Anak setan mana dalam perut you ni, Dara?”

Hanya ada seorang sahaja manusia di dalam dunia ini memanggilnya Dara dan orang itu adalah Datin Sue.

“Datin, lepaskanlah saya. Sakitlah.”

Datin Sue melepaskan pegangannya di tangan Hani. Hani memegang tangannya yang masih kesakitan kerana genggaman yang agak kuat tadi.

“Anak siapa tu?”

“Apa Datin cakap ni?” Hani berpura-pura tidak tahu apa yang sedang berlaku.

“Jangan tipu I, Dara. I cukup benci orang yang suka menipu ni. Siapa punya anak haram dalam perut you tu?”

“Kenapa Datin nak tahu sangat? Siapa Datin untuk tahu tentang kisah peribadi saya?” Hani mencabar dinding keegoan Datin Sue.

Datin Sue menyimpul senyuman menahan geram. Sungguh dia tidak menyangka yang Hani mampu menjawab sebegitu biadap. Pembawaan budak agaknya.

“You jangan berlagak dengan I, Dara. You tak tahu apa yang I boleh buat kat you. Jangan riak sangat.”

Hani riak? Memang taklah dia nak berlagak dengan Datin Sue yang sah-sah ada semua yang dia tiada itu. Tapi kenapa sebab dia melawan, dia dituduh berlagak. Datin Sue itu yang sememangnya tiada hak untuk masuk campur ke dalam hidupnya.

“You still mine, Hani. Forever mine. Listen!”

Hani menguak rambutnya ke belakang. Cuba untuk memastikan emosinya tidak terlalu melampau.

“Datin sedar tak kita ni dah salah?” Akhirnya Hani membuka mulutnya yang terketar-ketar.

Datin Sue terdiam. Kemudian dia mengukir senyuman. Sinis sehingga menakutkan Hani.

“You think I don’t know? Even tu anak Danny, you ingat I tak boleh bagitau Danny? Agak-agak apa reaction dia? You tak pernah tengok Danny frust, Hani. Mama dia pun dia boleh benci. Tapi I tak kisah kalau dia benci I, mama dia. Sebab apa hak dia lebih-lebih. Makan pakai dia pun I yang tanggung. Tapi I tak sure tentang you. Boleh jadi dia bencikan you for the rest of his life. Imaginelah macam mana dibenci oleh orang yang you sayang, you cinta.”

Memang Hani tak terbayang dan dia pun tak nak membayangkannya. Membayangkan Danny membencinya bukanlah satu perkara yang mudah. Tambahan pula, Hani seorang yang paranoia. Memang menangis dia dibuatnya nanti.

“Tapi dia akan lebih tak boleh terima kalau mama dia lesbian.” Hani cuba membidas.

“You ingat Danny tu kisah ke pasal parents dia?”

Baru Hani teringat yang Danny pernah memberitahunya yang dia tak pernah kisah tentang ibubapanya. Pasti dia tidak akan peduli sekiranya Datin Sue itu zoophilia sekalipun.

“Jangan sangka you dah menang, Hani. You takkan menang.” Datin Sue memegang dagu Hani. Pantas Hani mengalihkan kepalanya. “Kenapa you ni degil sangat?”

“Berapa juta kali saya nak kena bagitau Datin yang semua ni ridiculuous? Semua ni salah.”

“So yang kau buntingkan anak aku tu betul sangatlah? Tak payah nak berlagak ustazah sangatlah kalau dalam perut kau tu pun ada anak haram. Sekurang-kurangnya, aku tak pernah buntingkan anak orang lain. Main dengan orang lain. Aku tahu lagi harga diri aku yang bini orang ni. Habis kau tu?”

Hani terkucam seribu kata apabila diserang dengan kata-kata yang dihamburkan oleh mulut Datin Sue. Dia dapat merasa lagi akan ada satu bahang api yang akan keluar daripada mulut bergincu merah itu.

“You sendiri pun cintakan I, kan. Jangan ingat I ni bodoh sangat, Hani. Dari gaya you buat dengan I pun, I dah boleh rasa yang you pun ada feeling dekat I ni. Jijik konon. You dengan Farah tu sama bebal jelah.”

Rasa bergoncang dada Hani tatkala mendengar ayat terakhir yang ditengking oleh Datin Sue. Walhal siapa yang memulakan semua ini? Siapa yang mulakan first action dengan menarik mukanya dan bercium? Kenapa asyik Hani dipersalahkan? Kenapa dari awal semua ini terjadi, kelihatan seperti Hani punca segalanya?

Di luar bilik itu, Farah tengah separuh mati menahan tawa. Segala apa yang disebut oleh kedua-dua orang sundal itu sudah direkod sebaik mungkin di dalam handphonenya. Cukup rasanya untuk dijadikan bahan bukti. Tak sabar rasanya nak tunjukkan kesundalan Datin Sue kepada Dato’ Hisyam.

Gambar kedua-dua betina itu bercium, awal-awal lagi sudah diambil menggunakan hidden camera yang diletakkan di dalam bilik Hani. Siap dengan full video lagi. Ada HD lagi tau. Punyalah busuk hati si Farah ni.

Farah turun ke ruang tamu dengan senyuman yang tidak lekang daripada bibir. Hatinya juga turut menyanyi. Macam dah menang je lagaknya. Kau akan menyesal, Hani Widara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience