Bab 32

Mystery & Detective Series 16877

Bab 32

Semenjak kematian Marissa, hidup Hani berubah 180 darjah. Dari seorang manusia normal menjadi seperti zombi. Semuanya berubah. Tiada lagi Hani Widara yang dulu.

Atas nasihat pihak polis, Hani diminta untuk berpindah ke banglo Datin Sue semula. Tapi tiada maknanya lagi. Danny pun sudah tidak ceria seperti dahulu juga. Dia lebih banyak mendiamkan diri. Membiarkan Hani hanyut dalam rasa ketakutan seorang diri.

“Sayang, who’s next?” Suatu Hari, Danny bertanya.

Hani mulanya tak tahu nak jawab apa-apa. Sesiapa sahaja yang rapat dengan mereka boleh jadi mangsa pembunuh psiko tu sekarang. Even kalau nak diikutkan, Kak Chah tu boleh kena bunuh jugak sebab dia tahu banyak pasal keluarga Datin Sue ni.

“I tak tahu. Maybe me, you or whoever else. Kita tengok jelah apa yang jadi nanti.”

“Senangnya you cakap, kan? So kita nak biarkan je pembunuh tu menang dengan bunuh kita semua? Takkanlah kita tak boleh nak move an action langsung.” Danny meninggikan suaranya. Siapa tak yang rasa nak bunuh balik pembunuh kedua ibu bapanya?

“Then you fikirlah. I dah tak sanggup, you tahu tak. I rasa every steps I take nowadays been watched. Even kalau I tengah mandi pun I rasa insecure. So pleaselah faham.”

“Parents I kena bunuh,” teriak Danny. Hani terkucam. Tidak pernah dia melihat Danny marah sampai mukanya merah. “Siapa lagi yang I ada? I dah jadi anak yatim, Hani. Semua yang I ada, mati di tangan orang yang kita sendiri tak tahu siapa. And now you nak biarkan pembunuh tu menang dengan bunuh kita semua.”

“I didn’t mean that, Danny.”

“So what? Ke you sebenarnya takut, Hani? You nampak tak flow cerita ni macam mana sekarang? At first place, she killed my mum. And then Farah hilang. Next, my dad. Lepas tu your housemate, Marissa. Tak mustahil lepas ni kita, Hani. I tak nak menangkan dia.”

Hani tidak membalas apa-apa. Kemarahan Danny benar-benar sudah mencapai tahap maksimum. Rasanya kalau curah air pun, air itu pun boleh tersejat dalam masa yang pantas.

“I’m sorry, sayang but I can help myself. I’m too scared.”

“It’s okay, baby. I faham perasaan you tu. Bukan I tak pernah kehilangan orang yang I sayang dalam hidup I so I get that feelings. I just harap yang kita boleh selamatkan diri kita.”

Danny bersandar pada bahu Hani. Hani masih dapat mendengar esakan tangis Danny yang masih berbaki. Kenapalah pada usia yang sangat muda, Danny terpaksa melalui dugaan seberat ini?

“I tak nak hidup dah, Hani.” Perlahan Danny menuturkannya. Aik, mana perginya Danny yang tadi?

“You, jangan cakap macam tu. Dalam perut I ni ada anak you. Anak kita. At least let him or her sees their handsome dad first. Then kita besarkan dorang…”

“Sempat ke?” Danny memotong angan-angan manis Hani.

Hani berhenti bersuara. Itulah juga yang difikirnya. Sempat ke dia melihat anaknya itu membesar? Atau lebih tepat, sempatkah dia melihat anak itu dilahirkan? Nyawanya sampai bila pun dia tak pasti.

“We’ll try our best. Kita takkan bagi pembunuh tu menang. Dia takkan dapat bunuh kita atau sesiapa pun lagi.”

Dengan ayat yang diucapkan Hani itu, Danny mula rasa bersemangat semula. Dia mula rasa ingin menyambung hidupnya semula. Perut Hani digosok perlahan. Zuriatnya kini berada di dalam perut itu. Minta-minta, cukuplah dia dapat melihat bayi itu dilahirkan. Selepas itu, nak mati pun matilah.

“My advice is, leave this country.” Itulah nasihat yang diberi Inspektor Taufiq ketika dia datang ke banglo itu petang tersebut.

Tinggalkan Malaysia? Ke mana? Danny dan Hani masing-masing berfikir perkara yang sama.

“Since both of you pun bukan lagi suspek yang dikehendaki pihak polis. So it would better if you leaving this country. This place is not safe for you guys anymore. Ada seorang manusia kat luar tu yang tengah tunggu masa untuk finishing your life.”

Seriau sekejap Hani dan Danny mendengarnya. Tapi apa yang dikatakan oleh Inspektor Taufiq itu memang benar pun.

“Knows everyone who lived oversea?”

Hani mengangkat tangannya perlahan-lahan. “Both my brothers. One at Middle East. Seorang lagi kat Russia.”

Inspektor Taufiq diam sambil benaknya memikirkan sesuatu. “Too far away. I mean like kat Australia ke, Philipines ke?”

Kedua-dua mereka menggeleng. Mana ada kalau kat situ.

“Macam ni. I ada contacts kat Australia. I try to get his helps. Maybe kalau dapat, you guys will moved soon. For Danny, saya akan bagitau dia untuk carikan sekolah. I harap you guys boleh struggle for lived untuk this time.”

Hani dan Danny mengangguk. Maknanya kedua-dua mereka akan meninggalkan Malaysia dalam masa yang singkat. Eloklah pun. Tidak sanggup lagi dia ingin berdepan dengan semua ni. Semua yang gila dan menyesakkan dada ni.

“Tapi ingat. Jangan bagitau sesiapa pasal ni. Semua orang yang ada around korang boleh jadi pembunuh tu. So, keep this as a secret,” pesan Inspektor Taufiq lagi.

Hani dan Danny mengangguk lagi. Siapa je yang nak diberitahu? Kalau semua yang rapat dah mati atau bakal mati.

“Ada dapat any strange phone calls or SMS?” soal Inspektor Taufiq lagi.

Hani menggeleng tetapi Danny tidak memberi apa-apa respon. Dan ini sangat menarik minat Inspektor Taufiq.

“Anything, Danny?”

“Saya tak tahulah kalau benda ni logik ke tak. But saya pernah dapat seorang lelaki rasanya, pakai hoodie hitam dengan topeng Anonymous. Masa tu, saya tengah makan dekat McD Bukit Bintang.”

Lelaki. Hoodie hitam. Topeng Anonymous. Sah, itulah orang yang sama dengan yang dilihat Hani baru-baru ni. Orang itulah yang membunuh semua yang ada di sekeliling mereka.

“Inspektor, saya rasa dia orang yang sama saya nampak sebelum Andrew dapat mesej daripada handphone Marissa.” Hani memberitahu apa yang dia tahu.

“Ini maknanya, orang tu sedang mengintip kamu berdua. Ya, nyawa kamu berdua dalam keadaan yang sangat bahaya. Saya akan cuba untuk mempercepatkan proses perpindahan kamu berdua ni.”

Danny dan Hani saling berpandangan. Ternyata, mereka memang sudah tidak selamat lagi. Boleh jadi pembunuh itu sedang berada di dalam rumah itu dan sedang mendengar butir bicara mereka. Ketakutan pantas menyelubungi setiap inci diri mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience