Bab 10

Mystery & Detective Series 16877

Bab 10

Hani bangun dari tidur. Dia sendiri tidak sedar bila masa dia tertidur. Dikerling ke arah jam di dinding. Lima setengah. Bapak lama dia tertidur. Tidur ke pengsan, itu dia tak nak tahu. Yang pasti, apa yang telah terjadi pada dirinya. Apa yang berlaku? Tadi itu mimpikah atau realiti? Ah!!! Hani tak mahu fikirkannya lagi.

Perlahan-lahan, dia bingkas dari katil. Dia melihat wajahnya di cermin. Tiada apa-apa penambahan atau pengurangan. Legalah sedikit. Cuma satu sahaja yang kurang. Bibirnya sedikit pucat. Lipstick merah bibir diambil dari dalam handbag dan dioleskan ke bibir. Bagi berseri sedikit. Kalau tidak, macam mayat.

Hani mengambil bekas minuman dan menuangnya di dalam sebuah gelas. Air yang diteguknya dirasakan seperti api. Panas membasahi tekaknya. Tekaknya terasa perit.

Selepas itu, Hani berjalan ke pintu. Dari balik pintu, dia mendengar suara Datin Sue bercakap-cakap dengan seseorang di dalam telefon.

“You ni… I dah duduk sorang lama tau. Jangan sampai I cari lain. Putih mata you nanti, Hisyam.”

Hani mencuri dengar di balik pintu. Daripada nada Datin Sue bercakap, rasanya dia sedang bercakap dengan Dato’ Hisyam. Yalah, marah semacam aje. Suara itu kemudiannya menjauh. Mungkin Datin Sue sudah turun ke bawah.

Perlahan-lahan, Hani membuka pintu biliknya. Tiada sesiapa yang berada di laluan tengah itu. Hani berjalan menuju ke tangga. Dia melewati bilik Danny. Dia mengintai sekiranya Danny ada di dalam. Nampaknya, Danny masuk belum pulang.

Ketika menuruni tangga, Hani melihat Datin Sue sedang berdiri menyilang tangan di dada menghadap ke kolam. Marah benar agaknya. Hani tetap meneruskan langkahnya. Farah yang terpandang akan dirinya menggaris senyuman nipis. Hani hanya membalasnya dengan menjongket kening. Rasa jengkelnya terhadap gadis itu masih berbaki.

Hani berjalan ke arah pintu besar. Pintu rumah besar itu dibukanya. Itulah kali pertama dia keluar daripada rumah besar itu selepas tiga hari. Di sebelah rumah itu terdapat sebuah taman kecil. Hani melangkah ke situ. Terdapat gazebo di situ. Hani mengambil tempat di gazebo itu.

Udara yang disedut Hani memasuki ruang trakea Hani terus ke dalam alveolusnya. Diganti pula dengan karbon dioksida lalu disedut keluar. Begitulah proses respirasi yang berlaku dalam tubuh manusia.

“Dasar orang tua ganyut tak sedar diri. Sibuk dengan kerja sampai anak bini tak sempat nak jenguk,” rungut Datin Sue seorang diri. Sungguh dia teramat marah kepada Dato’ Hisyam.

Farah di belakang hanya membatukan diri. Dan adalah satu langkah yang terserlah kekurangbijaksanaannya sekiranya dia menyampuk Datin Sue yang sedang membebel seorang diri itu. Jadi, adalah lebih baik dia menjadi patung cendana di belakang.

“Farah, you call PA Dato’ Hisyam. Suruh dia cakap dekat orang tua tu yang kalau dia tak balik jugak dalam tarikh yang dia bagitau awal-awal dulu, jangan balik ke sini lagi. Faham?”

Farah mengangguk laju. Padahal suara Datin Sue bercakap tadi boleh mengatasi tiga mikrofon dan lajunya kalah Lamborghini. Tapi pengalaman bekerja yang agak lama menyebabkan dia sudah fasih akan ayat-ayat yang dikeluarkan Datin Sue.

“Bagi rokok I kejap,” arah Datin Sue lagi.

Pantas Farah menyerahkan rokok kepada Datin Sue. Kalau dah tahu diri tu tengah tension, pergilah yoga ke hapa. Sembahyang lagi bagus. Ini, rokok jugak yang dicari.

Farah mengambil kesempatan yang ada itu untuk menyemak agenda-agenda dan jadual yang perlu dihadapi oleh Datin Sue. Pelik dengan Datin seorang ni. Kerja model je. Tapi jadualnya mengalahkan jadual Dato’ Hisyam sendiri.

Tidak berapa lama selepas itu, pintu diketuk. Melihatkan Kak Chah yang tiada di dapur, Farah segera menyambut. Pintu dibukanya perlahan. Rupanya Danny yang baru pulang daripada sekolah.

“Oh, Kak Farah.” Danny menegur sambil membuka kasut sukan berjenama Nike yang dipakainya.

“Lambat Tuan Danny balik?”

“Training bola tadi.” Danny menjawab seraya masuk ke dalam banglo itu. Dia berjalan terhincut-hincut kerana kakinya terseliuh semasa sedang bermain tadi.

Datin Sue berpaling ketika melihat anaknya sudah tiba di rumah. “Anak mama dah sampai. Penat, sayang?”

“Mana tak penatnya, mama. Ni dengan terseliuh lagi ni.” Danny mengadu sambil menunjukkan kaki kanannya yang terseliuh. “Hani mana, ma?”

Sampai di sini, Datin Sue agak cemburu. Tapi dia cuba mengawal rasa itu dengan sebaik mungkin. “Kat atas rasanya. Cuba Danny pergi tengok.”

Ketika Danny baru hendak melangkah, Hani masuk melalui pintu depan. Jelas dia terkejut memandang Danny yang sudah pun sampai. Yalah, taman tadi agak tersorok di sebelah rumah manakala tempat parkir kenderaan pula di hadapan rumah.

Bukan setakat Hani, Datin Sue juga terkejut melihat Hani masuk ke dalam rumah. Bila masa pulak Hani ni keluar? Itulah yang berada di fikirannya. Dia menjeling tajam kepada Farah yang tidak memberitahunya apa-apa. Walhal, Farah pun tidak menyedari apa-apa.

“Sayang dari mana? Tak sedar pun I dah balik.” Danny memeluk Hani dengan selambanya. Bukan dia tahu yang Datin Sue cemburu bagai nak mampus tu.

“Dari taman sebelah rumah ni tadi. Cantiklah. Kenapa you tak pernah bagitau I yang dalam rumah you ada garden.”

Danny hanya tersenyum. “Oh, taman. I sendiri dah lupa yang rumah I ada taman tu tau. Tapi you boleh jumpa. Kira hebatlah tu.”

“Nanti kita lepak situ eh, bila-bila.”

Danny mencium pipi Hani. “For you, sayangku. But now, kaki I ni sakit sangat. Urutkan boleh.”

Secara jujurnya, Farah terasa nak muntah menonton drama Slot Akasia TV3 yang terhidang di depan ruang matanya ini. Tak padan dengan baru Form 3, ada hati nak bercinta dengan perempuan berumur 24 tahun. Tapi ya ke setia? Farah ada juga mendengar daripada adiknya bahawa si Danny ni playboy orangnya. Entah-entah si Hani ni dah kena game. Masa tu, baru padan dengan muka dia.

Tapi Hani ni pun ikhlas ke dengan si Danny tu? Entah-entah sebab Danny ni kaya dengan handsome je tak? Perempuan zaman sekarang ni pun boleh percaya sangat. Semua pandang poket. Lantaklah umur lelaki tu berapa sekalipun. Janji semua tu ada.

Tapi bila melihat kepada kehidupan Datin Sue yang begitu rencahnya, Danny ni boleh dimasukkan dalam kategori ‘bagaimana acuan, begitulah acuannya’. Tengok sendirilah Datin Sue tu macam mana.

Hani pulak, Farah masih belum memberi apa-apa kesimpulan tentang dirinya. Kenal pun baru dua hari, takkanlah dah tahu banyak sangat. Tapi Farah tahu. Hani Widara itu bukanlah baik sangat.

“Are you sure you okay?” tanya Hani sebaik menghantar Danny masuk ke dalam biliknya.

“I’m okay, baby. Kenapa ni? Risau sangat ke?” Danny meletakkan jarinya di bibir Hani. Kini, dia sudah duduk di birai katil dan Hani sedang berdiri.

“Nothing. Just risaukan you je. Yalah, my baby sakit kan. So, haruslah I untuk risaukan you.” Hani menanggalkan stokin Danny.

“Harus je. Tak wajib?” Danny berseloroh.

Hani menarik muka muncung. Merajuklah kononnya. Menyampah you. Tapi untunglah ada orang nak pujuk. Important notes! Danny seorang pemujuk terbaik. Lebih-lebih lagi jika anda adalah kawan atau lebih efektif lagi sekiranya anda adalah kekasih hatinya.

“Menang ke tak lawan tadi?” tanya Hani manja.

“Mana ada lawan apa-apa.”

“Tadi you kata latihan bola sepak?” Hani pelik.

“Training je. Bukannya ada match pun. Apalah you ni.” Danny membaling lembut bolsternya sebesar paha kepada Hani.

“Oh, selama ni I ingatkan training bola sepak tu maknanya lawan friendly ke apa. Tak ada lawanlah kiranya.”

Danny menggeleng sambil menahan tawa. Senyuman kacaknya masih terbias. Hani hanya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Malu ada, kelakar pun ada. Nak buat macam mana, Danny. Hadapkan jelah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience