Bab 14

Mystery & Detective Series 16877

Bab 14

Hari itu hari Isnin. Hani bersiap-siap memakai blaus pink dengan jaket formal berwarna merah. Sebuah fail sarat dengan sijil dan ijazahnya sudah siap disediakan. Tinggal hendak ditunjukkan kepada panel temuduga sahaja nanti. Lipstick semerah darah dioles ke bibirnya yang cantik itu.

“Awal kau bangun. Ada apa?” Marissa bertanya dengan mata terpisat-pisat ketika mendengar suara dentingan cawan dengan sudu. Jelas dia terlupa yang Hani sudah memberitahu tentang temuduga yang akan dia hadiri hari ini.

“Kan aku dah bagitau kau yang aku ada walk-in interview hari ni.”

Marissa mendongakkan kepalanya seperti sedang mengingati sesuatu. Sambil itu, dia menarik sebuah kerusi lalu duduk di atasnya. Dia menghirup teh O malam tadi yang sudah sedia ada di atas meja.

“Dah dapat anak ikan kaya pun nak cari kerja lagi? Cuba jadi macam aku ni. Tak heboh pun,” sindir Marissa sambil menyuap roti ke dalam mulut longkangnya. Mulut ke longkang, Hani sendiri tak pasti.

“So, kau nak aku makan tidur macam kau jelah dalam rumah? Kau kena ingat yang aku ni ada adik-adik yang nak kena jaga. Kau tu lainlah.”

“Apa dia? Adik-adik? Sejak bila pulak kau kisah pasal adik-adik kau tu? Selama ni aku tengok abang kau je yang kisah pasal budak-budak tu. Nak jaga adik-adik konon. Geli tekak aku, doh.”

Hani tersenyum. Betul apa yang dikatakan oleh Marissa tu sebenarnya. Mana ada Hani pernah kisah tentang kebajikan dua orang adik lelakinya itu. Seorang ada di luar negara menyambung pelajaran dan seorang lagi masih bersekolah menengah di sebuah sekolah berasrama penuh di selatan Malaysia.

“By the way, interview kau tu dekat mana?” tanya Marissa.

“Aku ada tiga interview hari ni. Tapi firstly aku nak pergi Cempaka Wangi Holdings. Lepas tu Tempa Bina. Okey kan?”

“Suka hati kaulah, kawan. Bapak tamak nak pergi dua interview dalam masa yang sama. Tapi mana tahu. Rezeki, kan.”

Selepas makan, Hani menghantar pinggan dan cawannya ke dapur. Hantar je, basuhnya jangan harap. Apa guna ada si Marissa tu dekat rumah? Selepas itu, dia menyemak planner di dalam telefon bimbitnya. Interview dekat Cempaka Wangi mula pukul sembilan pagi. Dan sekarang dah pukul lapan. Got to go.

“Okey, Marissa. Wa cau dulu. Kunci pintu. Aku balik lambat sikit kut.” Hani mengambil handbagnya di atas meja makan.

“Kau ingat aku ni budak darjah tiga ke hapa nak pesan macam tu.”

Hani tertawa besar. Memang sengaja memesan begitu. Yalah, KL sekarang ni macam-macam boleh jadi. Kau anak dara ke janda ke, semua disebat kalau dorang nak.

Semasa Hani turun dari rumahnya di tingkat lapan ke ground floor, perasaannya mula berbaur. Gementar, teruja, cuak. Semua ada. Dah macam ABC tapi dalam versi perasaan. Apa benda aku merepek ni?

Masuk sahaja ke dalam kereta, lagilah Hani gementar. GPS dihidupkan. Walaupun kotaraya Kuala Lumpur itu seolah-olah padang permainan baginya, dia masih belum arif tentang selok-belok jalanraya di situ. Itulah gunanya GPS, kan. Cuma kadangkala daripada Global Positioning System boleh menjadi Guna Pun Sesat.

Hani tiba di ibu pejabat Cempaka Wangi Holdings lebih kurang sepuluh minit lagi nak pukul sepuluh. Hani mengambil masa dalam sepuluh minit untuk mendapat parkir di tempat letak kereta ibu pejabat itu. Datang ‘awal’ sangat, siapa suruh.

Sebelum turun dari kereta, Hani sempat menambah bedak yang sedia ada ke mukanya. Beautiness is key. Itulah moto hidupnya. Biarlah papa sekalipun, asalkan kecantikan masih miliknya.

Hani melangkah menuju ke tempat temuduga dengan jantung yang berdegup lebih laju daripada roket. Semua persoalan menerjah mindanya. Kelayakan, kecantikan, pengalaman, penampilan. Semua bercampur untuk menyesakkan dadanya. Di depan kaunter pertanyaan, beratur gadis-gadis lain yang ingin mengambil borang kehadiran temuduga.

Hani mula risau. Rata-rata yang hadir mempunyai penampilan yang lebih menarik daripadanya. Dapat ke tak kerja ni nanti? Setelah mengisi borang pengesahan kehadiran, Hani memilih tempat duduk yang agak hujung juga kedudukannya. Di sebelahnya terdapat seorang pemuda yang berusia dalam lingkungan umurnya juga.

“Apply secretary ke?” sapa pemuda itu.

Hani yang sedang bermain telefon bimbitnya memandang seraya mengangguk. Tak boleh pandang lama-lama, nanti tergugat iman.

“I rasa awkward pulak bila I sorang je lelaki kat sini. Receptionists tu pun tadi pandang I semacam je.”

Ada orang nak ajak borak rupanya. Cakaplah awal-awal. Hani sedia menemani. “Yeah, ya ke. You apply position apa?”

“For sure, yes. Kan memang hari ni interview for new secretary. You tengok. I sorang je lelaki. By the way, I’m Afi. Or nama dalam i/c, Zahin Afifie.” Pemuda bernama Zahin Afifie itu menghulurkan salam.

“Hani. Hani Widara.” Hani menyambut salam pemuda itu. Lembut tangannya. Tapi muka macho habis. “Kenapa you apply secretary? I mean, banyak lagi kan job lain. Kenapa job ni jugak yang you apply?”

Pemuda bernama Zahin Afifie itu mengeluh berat. Bapak handsome siot! Tak boleh. Danny still in my heart. “Hani, dalam hidup ni, kita tak boleh memilih sangat tau. Memang I ada degree in accountancy but dah dekat setahun I’ve been unemployed. So, better I grab je apa-apa kerja yang dah sedia ada depan mata.”

So true! Terutama dekat KL ni, kerja is something you can’t bargained sesuka hati. Kalau dah dapat, better stay je. Jangan jadi bodoh macam Hani ni dulu. Disebabkan mengejar cinta yang palsu, hilang kerja terus.

“What should I call you? Zahin or Afifie or Fifi?”

Pemuda itu tertawa kecil ketika Hani menyebut Fifi. “Just call me Zahin. And please stop call me by name Afifie.”

Hani pula yang ketawa. Rasanya Zahin ni dah bosan agaknya sebab tu dibawak borak dengan Hani ni. Yalah, Hani ni pun orangnya pendiam tapi cepat mesra. Setakat kawan, rasanya tiada apa-apa agaknya.

“May I get your number? You know, takkan our relation sampai sini je. Kalau one of us dapat kerja ni, mesti kita tak dapat jumpa lagi dah.”

Mulanya, Hani agak berat untuk memberi nombor telefonnya tapi setelah Zahin juga sanggup memberi nombor telefonnya, melampaulah kalau Hani tetap jual mahal.

“You cantiklah, Hani. Mesti boyfriend you ni handsome orangnya.”

Hani tersenyum menahan malu. Padahal muka dah blushing gila. Yalah, Zahin ni not bad jugak orangnya. Masih berada dalam taste Hani jugak.

“You tak payah risau yang I nak mengorat you, I pun tunang orang jugak.”

Zahin ni pandai je buat Hani ketawa sendiri. Atau memang lumrah, gadis akan ketawa apabila dipuji oleh lelaki. Ada juga kemungkinan tu.

“I wish you were my first love…” ringtone Hani berbunyi.

“Lagu JLO, you,” usik Zahin.

Hani tersenyum sambil memandang ke skrin handphonenya. Nama pemanggil itu membuatkan senyuman Hani memudar langsung mati. Agak-agak siapa? Siapa lagi kalau bukan Datin Suraya Afiqah itu. Hani tidak menjawab.

“Tak jawab?” tegur Zahin. Boleh tahan busybody mamat ni.

Hani menggeleng sambil memasukkan telefon bimbitnya ke dalam handbagnya semula. Sempat dia menetapkan mod telefon bimbit itu kepada senyap. Zahin tidak lagi bertanya. Fahamlah dia.

“Zahin Afifie,” panggil seorang gadis dari bilik temuduga. Pantas pemuda kacak itu bangun.

“Good luck,” ucap Hani. Eh, good luck. Macam mana kalau dia dapat?

Selepas Zahin masuk ke dalam bilik temuduga itu, Hani membuka telefon bimbitnya. Dalam masa lima minit, sepuluh missed call daripada Datin Sue. Bahaya ni. Belum sempat Hani hendak menutupnya, masuk lagi panggilan. Datin Sue juga.

“Hello…” Hani menjawab juga.

“Hello, sweet thing…” Suara sensual Datin Sue menerjah masuk menembusi gegendang telinga Hani. “Where are you?”

Nak jawab apa eh? Ah, chong ajelah. “Err… Datin. Saya dekat klinik ni. Sakit perut sikit.”

Jelas di telinga Hani, dia terdengar suara Datin Sue ketawa terkekeh-kekeh. “Hani Widara, please telling the truth. I know that you aren’t in clinic. Jangan sampai I upah spy suruh ikut you, Dara.”

Hani menelan air liur. Air liur yang ditelan itu rasanya tak ubah seperti bara api yang membakar setiap rongga esofagusnya.

“You dekat interview, kan?”

Hani mulai memandang keliling. Mencari kalau-kalau ada yang mencurigakan. Ketika itulah, jantung Hani mulai berdegup tidak tentu halajunya. Bahaya Datin seorang ni.

“Malaysia ni dah moden, Dara. You expect I cari spy ke suruh ikut you. I kan ada phone number you…”

Hani mengalirkan air matanya. Dia tidak peduli yang orang kelilingnya sudah memandangnya semacam. “Datin, please jangan buat macam ni,” rayunya perlahan. Mulutnya menekup bibirnya agar suaranya tidak begitu kuat.

“Well, let me think. Erm… I need time, honey. You’re too beautiful to be forgetting. Sorry sayang.”

Hani mengetap bibirnya serapat mungkin. Menahan ketakutan dan kebimbangan yang bersidang di dalam hatinya. Tipulah kalau dia kata dia tidak takut. Memang haruslah untuk dia takut.

“Anyway, good luck in your interview. Bye.” Datin Sue mematikan perbualan.

Hani masih memegang telefon bimbitnya di telinga. Punyalah lama sehingga Zahin kembali ke tempat duduknya. Selepas Hani menyedarinya, pantas dia mengelap air matanya.

“Are you okay?” tanya Zahin prihatin. Prihatin kononnya.

Hani mengangguk sambil menjawab “Okay,” yang rasanya hanya dia sahaja yang mendengar.

Datin Sue tersenyum puas. Dia menyemak semula kedudukan Hani melalui phone tracker di dalam Iphonenya. Cempaka Wangi Holdings. Rasanya dia ada contacts kat situ. Pantas dia mencari kalau-kalau ada.

“Hello, Saiful.”

“Hello, Datin Suraya. Ada apa? I busylah.” Penerima panggilan bernama Saiful itu menjawab.

“Alah, kau ni. Kau ada tahu apa-apa tak pasal interview nak cari secretary tu?”

“Macam mana pulak saya tak tahu, Datin. Saya yang in-charge.”

Senyuman Datin Sue makin meleret. Berguna juga bekas pekerja suaminya ini. “You dah interview applicant nama Hani Widara ke belum?”

“Erm, belum. Kenapa ya, Datin?”

Datin Sue tersenyum lebih panjang. “Great. Cancelkan nama dia.”

“Haa… Kenapa?” tanya Saiful pelik.

“Just do it. Better you ambik orang lain. I heard that ada lelaki, eh? Apa kata ambik dia?”

Saiful diam. Biar benar Datin seorang ni?

“Sebelum tu boleh saya tahu kenapa, Datin?”

Apa yang aku nak gorengkan eh? Takkan aku nak cakap yang dia tu aku dah booking? Nampak sangat macam dah caras job dia.

“Actually, she’s once mintak kerja dekat Galena Holdings. But apparently, she isn’t a good worker. Cuba you tengok, qualification dia pun bukanlah baik sangat. So, better you pick others yang lebih baik daripada dia.”

“We’ll try, Datin Suraya. Anyway thanks because inform to us earlier. Actually, in our impression, she will makes a good secretary…”

“No, for sure. She once flirting with Dato’ Hisyam, okay.” Datin Sue menabur fitnah lagi. Punyalah psiko nakkan si Hani ni kerja dengan dia.

“It’s okay, Datin Suraya. Thank you. Kirim salam dekat Dato’ Hisyam and Tuan Danny. Lama tak jumpa anak Datin tu. Mesti dah handsome macam Dato’ Hisyam jugak kan.”

Datin Sue ketawa kecil. “You ni ada-adalah, Saiful. Jangan lupa apa yang I pesan tu. She’s dangerous, okay. Take that note.”

“Ya, Datin Suraya. Thank you for your information. Bye.”

Datin Sue mematikan perbualan. Kedua-dua belah tangannya ditepuk. Hatinya cukup puas. Hani Widara. Kau takkan dapat lari daripada aku, Suraya Afiqah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience