Bab 17

Mystery & Detective Series 16877

Bab 17

“Hello, sayangku Dara.” Lembut suara sensual Datin Sue menembusi gegendang telinga Hani.

“Datin Sue, can I ask for your help?” Suara Hani begitu lemah memberi respons.

Datin Sue tersenyum lebih lebar. Terasa misinya sudah ¾ terlaksana sudah.

“What you want? Kalau I boleh tolong, I tolong.”

“I really need an occupation now. Can you help me find some?”

Datin Sue menyeringai kerana tidak tahan menahan senyum. Tidak sangka dalam masa secepat ini Hani akan datang merayu padanya. Bukan datang, menelefon lebih tepat rasanya.

“If you really want it, come to my house.”

Hani tidak menjawab. Dia sudah berjanji bahawa dia takkan menjejakkan kakinya ke banglo itu bersendirian walaupun Danny ada di situ.

“It’s okay kalau you takut. Ajaklah housemate you tu. What’s her name…yeah, Marissa, isn’t it? Ajak jelah dia. At least I can control my lust.”

Bapak straightforward siot! Hani berbisik sendiri di dalam hati.

“Okey, terima kasih Datin Sue.”

“For you, Dara…”

Lantaklah Hani. Asalkan kau dapat kerja.

“Kan aku dah kata yang Datin Sue tu mesti tolong kau punya. Pernah ke aku tipu kau selama ni?” Marissa bertanya soalan yang obvious sekali jawapannya.

“Banyak kali. Nak aku senaraikan?” Hani menjawab dengan mimik muka malas nak layan.

Selepas saja menelefon Datin Sue, Hani terus memecut ke apartmen mereka. Selepas diterangkan yang kononnya Datin Sue ingin berjumpa dengannya, barulah Marissa bersetuju untuk turut mengikut menemani si Hani. Kalau tidak, dalam mimpi pun takkan.

“Marissa, kau boleh tolong aku tak?”

Marissa sudah menjeling semacam. Dia sudah tahu kalau Hani sudah menggunakan nada macam itu, mesti dia nak minta sesuatu yang agak tinggi darjah kesukarannya untuk ditunaikan.

“Kalau Datin Sue offer suruh kerja dengan company Dato’ Hisyam, tolong cakap yang aku tak nak. And cakap sekali yang aku nak pindah sekali.”

“Kenapa pulak? Nanti tak dapat kau nak jumpa Danny.”

“Sebab aku fikir yang aku nak mintak kerja kat Seremban. Dekat sikit dengan rumah aku. Tapi aku pergi ni sebab aku nak jumpa Danny. Tu aje.”

“Bapak garik sial perangai kau,” komen ikhlas daripada Marissa.

Hani hanya tersenyum. Menyembunyikan 1001 persoalan yang menerjah lubuk pemikirannya. Yalah, takkanlah dia nak beritahu juga kepada Marissa tentang hubungan terlarangnya dengan Datin Sue.

Tiba sahaja di hadapan banglo Datin Sue, hati Hani mulai rasa tidak sedap. Perutnya mual semacam. Rasa gementar untuk menjejakkan semula kedua-dua tapak kakinya ke dalam banglo itu.

“Eh, Cik Hani. Masuklah. Datin dah lama tunggu Cik. Tuan Muda pun sama.” Kak Chah menyambut mesra ketika membuka pintu.

Hani melangkah ke dalam banglo itu dengan perasaan yang berbaur. Tekaknya secara tiba-tiba rasa perit semacam. Kelihatan Danny yang sedang duduk membuat kerja rumahnya di ruang tamu. Datin Sue pula duduk di atas kerusi. Siap silang panggung lagi.

“Kak Chah, pergi buatkan air untuk tetamu I ni. You girls nak air apa?”

Belum sempat Hani menjawab apa-apa, Marissa menjawab. “Fresh orange campur carrot for Hani. Saya nak air limau ais.”

Hani menjeling marah kepada Marissa. Dasar tak tahu malu betul anak orang sorang ni.

“You suka air tu ke, sayang?” tanya Danny ingin tahu. Hani mengangguk dengan senyuman manis di bibir.

“Duduklah you berdua.”

Hani dan Marissa duduk di sofa yang bertentangan dengan sofa yang diduduki oleh Datin Sue. Danny pula duduk bersila di bawah sambil bermejakan meja kopi. Tidak lama selepas itu, Kak Chah datang sambil membawa minuman dan sepiring kek yang berisi sepotong Pavlova.

“Makanlah.”

Si Marissa yang bapaklah kulit buaya muka dia mentekedarah macam tak pernah jumpa makanan Itali bernama Pavlova itu. Hani pula masih lagi dengan kekekokannya. Entahlah, kehadiran Danny di situ pun masih tidak mampu menghilangkan rasa itu.

“So, apa tujuan you girls datang sini hari ni?” soal Datin Sue penuh keplastikan.

Marissa menguis bahu Hani dengan bahunya menyuruh gadis itu bersuara. Perlahan-lahan, Hani membuka mulut.

“Datin, saya tak tahu kenapa today is such a bad and kinda shitty day to me. Every company I went for an interview, I’ve been rejected rawly. I feel that I’ve been sabotaged by someone but I don’t want accuse anyone. So, can you help me?”

Dasar anak Melayu zaman sekarang. Suka benar guna kabel kalau ada dalam company besar. Sebab tu hasil produktiviti menurun lantaran pemilihan pekerja yang menggunakan dasar kronisme dan tidak mementingkan kualiti.

“Actually, I’m looking for second personal assistant. For me. Want to try? RM 5000 per month. That’s the basic payment.”

Hani dan Marissa tercengang. Mana nak dapat kau gaji basic RM 5000 kat KL ni? Kerja pulak second personal assistant.

“Kerja you senang. Teman I shopping, pergi party, any treatment.”

Hani dan Marissa saling berpandangan. Okey, ni memang gila. Siapa nak bayar RM 5000 sebulan untuk teman dia sehari-harian. Memang sesuatu yang sangat tinggi darjah kegilaannya.

“But, Datin. Saya nak pindah. Sebab takkan saya nak duduk serumah dengan Marissa. Dahlah sewa rumah dia yang bayar selama ni.” Hani memberikan alasan. Ye ye o je alasannya tu,

“Stay jelah kat sini,” sampuk Danny sambil memandang penuh harap kepada Hani.

Datin Sue sudah tersenyum lebar. Dia memandang ke arah Marissa. Satu kebodohan sekiranya dia menolak tawaran bekerja dengan Datin Sue itu. Dan amat terserlah lagi kebodohannya sekiranya dia memberi alasan lagi.

Hani terperangkap. Pilihan sudah tiada lagi di tangannya. Apa yang boleh dia harapkan kini adalah, semuanya akan berjalan seperti biasa. Tiada lagi jalan untuk keluar. Lantaklah apa Datin Sue nak daripada dia.

“You kan dah ada Farah. Kenapa hired lagi sorang PA?” soal Dato’ Hisyam semasa dia dan Datin Sue berbaring bersama di atas katil untuk tidur malam itu.

“You, Farah I memang dah garang dengan dia daripada dulu. Takkanlah I nak ajak dia pergi shopping dengan I kut. I hired Hani as my social partner. You pun bukannya selalu ada. I sunyi tau.” Datin Sue membalas dengan jawapan yang agak relevan dan diterima akallah jugak.

Dato’ Hisyam tidak memberi sebarang respons. Mindanya sedang berperang antara mengizinkan dan tidak mengizinkan. Yalah, dua orang pembantu peribadi hanya untuk seorang model. Tak ke pelik namanya tu?

“Sayang, please. Next week pun you takde lagi. Tak pernah ke you fikir perasaan I yang duduk rumah sorang ni. Danny pun bukannya sepanjang masa ada kat rumah. I need a friend.”

Dato’ Hisyam memandang ke arah Datin Sue dengan muka serius. Tapi Datin Sue kan ada aura penggoda. Dilirik sikit sahaja matanya, terus Dato’ Hisyam tersenyum.

“Suka hati youlah. I ikutkan aje apa yang you nak. Kesian jugak dekat you kena duduk kat rumah sepanjang masa. Seorang diri pulak tu. Hirelah si Hani tu.”

Datin Sue menguntum senyum. Wajah Dato’ Hisyam dipandangnya penuh kasih sayang dan rasa cinta. Sudah bertahun dia tak dapat merasai nikmat memandang wajah suaminya begitu.

“Can you stop looking at me that way? You freak me out, Suraya,” kata Dato’ Hisyam selamba. Langsung tidak memahami perasaan Datin Sue yang sudah kemaruk berkehendakkan dirinya itu.

“Hisyam, I dah tiga tahun okey tak buat dengan you. Takkanlah you tak fikir apa yang I rasa? Tolonglah faham I ni.”

“Suraya, can you stop being pushy? I penat, okey. Nanti-nanti ajelah,” jawab Dato’ Hisyam dalam nada malas nak melayan.

“Since tiga tahun lepas, itulah alasan you. Tak pernah nak faham perasaan I ni. Cari anak ikan baru tahu. I tinggal you sorang-sorang.” Datin Sue memakai blindfoldnya yang biasa digunakan untuk tidur.

Semasa Datin Sue baru hendak terlena, dia merasakan tali dressnya dileraikan ikatannya daripada belakang. Nafas Dato’ Hisyam yang naik turun tak tentu itu pula jelas kedengaran di belakang telinganya. Gaun tidur Datin Sue dilurutkan ke pinggang. Tangan Datin Sue merentap kemas dan kuat tiang katilnya…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience