Bab 25

Mystery & Detective Series 16877

Bab 25

Farah duduk menunggu kedatangan seseorang yang akan dibongkarkan segala rahsia tentang Datin Sue dan Hani kepadanya di Restoran Prima. Lima hari selepas peristiwa malam itu, Hani mengumpulkan semua eviden yang dia ada. Biar padan dengan muka kedua-dua manusia itu.

Tidak lama juga Farah menunggu, orang tersebut tiba. Dengan kacak bergaya, lelaki yang memakai tuxedo itu melangkah ke arahnya. Sempat Farah melemparkan senyuman kepada lelaki tersebut.

“Farah, ada apa hal awak nak jumpa saya kat luar ni? Tak boleh jumpa kat rumah je ke?”

Farah menggeleng perlahan tanpa mengeluarkan suara tatkala lelaki itu melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

“Memang tak boleh, Dato’. Saya harap apa yang akan saya katakan sekejap lagi ni, Dato’ boleh terima dengan hati yang tenang.”

Bagai nak memberi keputusan kepada pesakit kanser tahap empat sahaja nada Farah bercakap. Tapi Dato’ Hisyam setia sahaja mendengarnya. Ini mesti pasal kes Suraya punya.

“Apa halnya, Farah?”

Farah tersenyum sinis. Mata Dato’ Hisyam yang berkaca mata itu direnungnya dalam-dalam. Memikirkan betapa kesiannya Dato’ sehandsome itu mendapat isteri seperti Datin Sue. Harapkan cantik sahaja.

“Dato’ expect kenapa Datin hired that Hani to worked with her? Padahal saya dah ada kut.”

Sebenarnya itulah soalan yang dah lama berlegar-legar dalam benak Dato’ Hisyam. Kadangkala dia tertanya mengapa dan kenapa Datin Sue mengambil PA kedua. Tapi setiap kali soalan itu diajukan kepada Datin Sue, jawapannya hanyalah satu. Iaitu “I bosan okey. You kena faham tu.” Even anaknya ada je untuk menemani.

“She always says that she feels very lonely. So that’s why she hired Hani. Saya pun kesian jugak kat dia kadang-kadang bila asyik kena tinggal je. Tapi I tengok sekarang dia happy je even bila I takde. Maknanya Hani tu makes a great companylah jugakkan.”

Sekali lagi nak bernanah telinga Farah mendengar ayat terakhir Dato’ Hisyam. Dahlah hari tu Dato’ Nasrul puji melangit lagi si Hani tu. Manusia mana dalam dunia ni yang suka musuh dia kena puji? Tapi kes Farah ni bukan benci. Dia cemburu je lebih.

“Kesian Dato’. Tak nampak keburukan Datin Suraya.” Farah tertawa sinis.

Dato’ Hisyam memandang slack kepada Farah. Siapa tak sakit hati bila bini kena kutuk free-free je, kan? Sedikit sebanyak terkesan jugak even taklah sayang mana pun.

“What do you mean, Farah? Apa yang Suraya buat bila saya takde?”

Farah sudah bersorak sekuat-kuatnya di dalam hati. Selangkah lagi untuk memastikan hidup Datin Sue hancur selama-lamanya. Tak sabar menantikan detik itu tiba.

“Dato’…” Farah mengeluarkan beberapa keping gambar daripada failnya. “Do you recognise woman in this pic?”

Dato’ Hisyam menyambut gambar-gambar yang disuakan oleh Farah. Cermin matanya dibetulkan letaknya sebelum melihat gambar-gambar itu. Alangkah hancur hati seorang suami tatkala melihat gambar-gambar kecurangan suaminya. Dadanya mula terasa mencengkam. Terasa kehebatannya sebagai seorang lelaki punah melihatkan isterinya memilih insan yang lain. Tambah memalukan, insan itu adalah kaum sejenis isterinya.

Farah masih tersenyum melihat Dato’ Hisyam yang terkejut beruk melihat gambar isterinya bercium dengan Hani. Puas sungguh hatinya. Kalau Dato’ Hisyam itu mati di hadapannya sekarang pun dia tidak kisah. Janji dia sudah berjaya membongkarkan kesundalan Datin Sue.

“Anymore?” Suara Dato’ Hisyam bernada getir.

Dah sesak nafas pun nak tengok lagi? Boleh je. Farah menunjukkan video di mana Datin Sue dan Hani bersenggama di bilik Hani yang dirakamkan oleh kamkodernya.

Istighfar panjang Dato’ Hisyam dibuatnya apabila menonton video tersebut. Sungguh dia tak menyangka ini balasan yang diterimanya kerana mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami. Terasa dirinya sangat rugi dan berdosa.

“One more, Dato’…” Farah mengeluarkan handphonenya pula. Pantas jarinya mencari rakaman suara yang mengandungi pertengkaran antara Datin Sue dan Hani.

Pucat sekejap muka Dato’ Hisyam mendengar segala isi pertengkaran itu. Sungguh dia tidak menyangka yang anaknya sudah mengandungkan Hani.

“So Dato’, what can I say. Saya bukannya nak memecah belahkan rumah tangga Dato’…” walaupun hakikatnya ya. “Tapi saya nak Dato’ tahu kebenarannya. Datin Sue is a bisexual person. This is the proof. Hani tu pemusnah rumah tangga Dato’. Takkan Dato’ tak nampak lagi?”

Bukan main lagi Farah mengapi-apikan suasana dan keadaan. Baginya, selagi dendamnya kepada Datin Sue tidak terbayar, dia masih tidak puas hati. Apa yang dia mahukan ialah, hancurnya hidup Hani dan Datin Sue. Skandal Datin Sue dan Hani pula hanyalah batu loncatan kepadanya untuk mempercepatkan proses menghancurkan hidup Datin Sue.

“Saya tak percaya yang Suraya betrayed saya macam ni, Farah. Kenapa? Takkanlah sebab saya tak ikut nafsu dia, dia bagi balik macam ni?”

Mungkin jugak, hati kecil Farah berbisik. Jadi kalau kau dah tahu salah kau, yang kau buat dulu, kenapa? Tak ke mengaku kebodohan sendiri namanya tu.

“Whatever, Dato’. Apa-apa pun, sekarang Dato’ dah tahu kecurangan Datin Suraya. I’m also feeling so sympathy to you. Keep praying, Dato’.”

Mata Dato’ Hisyam sudah berkolam. Sekarang, rasa bersalah mula terbit dalam hati Farah. Tapi dia cuma memberitahu akan kebenaran. Bukan sekadar rekaan atau bukan fiksyen.

“However, I’m sorry Dato’. I didn’t mean to break your heart or…”

“It’s okay, Farah. You did the right thing. I sepatutnya dah lama tahu pasal benda ni. Sekurang-kurangnya I dah tahu yang bini I tu bukannya trustworthy sangat. You revealed her real skin, besides. I supposed to thanked you for this.”

Farah hanya tersenyum. Padan muka kau, Datin Sue. Farah Maria dah menang sekarang ni. Hani pun. Pandai sangat kau menjawab hari tu, kan. So, eat this now.

Datin Sue melemparkan Iphonenya ke dinding. Dadanya berombak menahan marah. Tidak pernah seumur hidupnya dia rasa semarah ini. Agak-agak dengan siapa Datin Sue marah? Farahlah, siapa lagi. Call dekat berpuluh kali tak berangkat-angkat. Dah mati ke hapa?

Kak Chah terketar-ketar menatang dulang yang di dalamnya terdapat orange juice Datin Sue. Dia tahu yang sekiranya Datin Sue sedang memuntahkan laharnya, dia akan menghidangkan segelas jus oren untuk menenangkan mood wanita itu. Lagipun, air kan sifatnya menenangkan. Sesuai sangatlah dengan Datin Sue yang tengah hot gila baban tu.

“Kak Chah, Hani mana?” sergah Datin Sue. Shaa sekejap darah Kak Chah.

“Cik Hani tidur lagi rasanya, Datin.”

Datin Sue sekadar mengangguk. Dia sedar. Kebelakangan ini, Hani kerap mengelak daripada bertemu muka dengannya. Dia tahu sebabnya. Dan dia pun tidak mahulah terlalu mendesak. Biarlah Hani bertenang dahulu. Kalau dia terlampau berkeras, bimbang yang Hani akan terus meninggalkannya.

“Kak Chah siapkan makanan untuk dia. Hantar kat bilik dia sekali. Dah dekat tengahari ni. Lapar pulak dia nanti.”

Kak Chah mengangguk. Kadangkala dia pun terasa curiga juga dengan sikap overprotective Datin Sue kepada Hani. Tapi dia biarkan sahaja kerana Datin Sue memang penyayang orangnya (kecuali dengan Farah). Tengok sahajalah dia melayan Danny. Apa sahaja yang dipinta anak tunggalnya itu, pasti akan ditunaikan. Mintalah apa sahaja pun.

Datin Sue membuang pandang ke kolam renang. Sungguh kemarahannya sudah tidak dapat dibendung lagi. Farah benar-benar sudah naik lemak. Dia memang tidak boleh beri muka kepada minah tu lagi. Kebaikan yang diberi selama ni (tu pun kalaulah ada) langsung tidak dihargai.

Loceng rumah berbunyi. Kak Chah dari dapur berlari mendapatkan pintu tersebut. Datin Sue sedaya upaya memastikan emosinya stabil. Dan dia berharap sangat yang berada di muka pintu itu bukanlah Farah. Dia tidak tahu apa akan terjadi sekiranya yang berada di depan pintu itu adalah Farah.

“Maafkan saya, Datin. Saya terlambat.” Sekali ianya meleset. Ternyata si penekan loceng itu adalah Farah. “Saya…”

“Diam, Farah. I don’t want hear any single word from you.”

Kening Farah bertaut. Kenapa pulak dengan Datin seorang ni? Dilihat di atas meja terdapat segelas jus oren. Gasak aku! Datin Sue mesti tengah mengamuk ni.

“Farah, I’m done with you. You always gave me the same excuses. Selalu datang lambat. You sedar tak kenapa I tak pernah layan you baik sebelum ni? You sedar tak kenapa I garang dengan you?”

Sebab kau skandal dengan Hani. Tapi memang taklah Farah nak cakap macam tu. Menempah kematian tragik namanya. Jadi dia mendiamkan diri sahaja.

“Kenapa you diam? I tahu you benci I, Farah. Tapi you sendiri tak pernah cermin diri you. Cuba perbaiki diri you. You fikir you dah cukup bagus, ke? Sendiri tak betul tapi harapkan orang nak layan baik.”

Farah masih membatukan diri. Tipulah kalau dia nak menafikan semua yang dicakap oleh Datin Sue itu. Sedikit sebanyak betul juga apa yang dikatakan itu. Tapi bukannya dia sengaja hendak datang lambat selalu. Banyak lagi urusan lain. Hani yang takde apa-apa itu boleh pula dilayan, ditatang macam anak raja. Memanglah, skandal dia.

“Jawab soalan I, Farah. Betul ke tidak?” tengking Datin Sue. Farah yang dari tadi asyik bermonolog di dalam hati tersentak jugak dibuatnya. Siapa tak cuak kau?!

“Saya mintak maaf, Datin.”

“Pergi jahanamlah dengan all your sorries. I ni dah semak perut dengan semua maaf you tu. Dalam masa tiga tahun you kerja dengan I, tak pernah sekalipun dalam sehari kalau you tak sebut perkataan ‘maaf’ tu. You fikir I apa? Tuhan nak maafkan you hari-hari.?”

Luruh jantung Farah mendengar semua isi kemarahan Datin Sue. Selama tiga tahun dia bekerja dengan Datin Sue, belum pernah sekali dia melihat kemarahan Datin Sue sedahsyat itu.

“Datin, saya tahu rahsia Datin. Cukuplah Datin. Sampai bila Datin nak tutup skandal Datin dengan Hani tu. Dengan orang lain, Datin boleh tipu. Tapi saya tak semudah itu untuk Datin tipu. Sedarlah, Datin. Kalau Danny tahu, tak malu ke dia nanti. Datin memang selfish. You such a lesbian bastard.”

Gelas Datin Sue tadi dicampak ke muka Farah. Terkucam sekejap gadis itu dibuatnya. Mana taknya, gelas tu tinggi jugak kut. Berat lagi. Berdarah jugak dahi Farah dibuatnya.

“Farah, I’m totally done with you. Start from this moment, you no longer my personal assistant. Get out from me. And never show your fucking filthy face in front of me. Get out!”

Farah keliru apakah reaksi yang paling sesuai untuk dia berikan. Nak gembira ke atau nak sedih. Tapi nak gembira sangat pun tak boleh sangat sebenarnya. Nak sedih sangat pun macam tak logik jugak. Penyudahnya, neutral.

Farah melangkah keluar dari banglo itu dengan perasaan tidak puas hati. Dia masih belum dapat memastikan hidup Datin Sue hancur. Tapi takpe. Semua bukti masih elok tersimpan dengannya. Dia akan sebarkan juga semua itu pada media suatu hari nanti. Dendamnya masih tersemat di dalam hati terhadap seisi keluarga itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience