Bab 36

Mystery & Detective Series 16877

Bab 36

Sydney, Australia

Beberapa jam perjalanan cukup memenatkan mereka berdua. Tapi sekurang-kurangnya hati mereka berasa tenang. Memijakkan kedua-dua tapak kaki ke bumi kanggaru itu, hati mereka disapa ketenangan.

Keluar sahaja di balai ketibaan, mereka melihat sepasang pasangan memegang sepanduk bertulis nama Danny & Hani. Pantas mereka berdua melangkah ke pasangan tersebut.

“Danny?” tegur seorang lelaki kaukasia yang bernama Leo itu. Kacak juga orangnya.

Danny mengangguk.

“And you supposed to be Hani?” Seorang wanita yang berkulit seperti wanita Cina menegur.

Hani mengangguk dengan senyuman di bibirnya.

“Come, follow us.” Leo berjalan di hadapan sambil menolong membawa beg mereka berdua.

Danny membetulkan letak topinya sementara Hani memandang sekeliling. Harap-harap, mereka akan selamat di sini. Tidak sanggup lagi mereka ingin hidup seperti pelarian di negara sendiri.

“So, Danny. You are going with me. I already manage your school and you’ll stay with me. Taufiq said that you only can stay with each other two years from now. So, you can talk now because you’ll hardly to meet soon.” Leo memberi ‘taklimat’.

Danny dan Hani ke belakang sedikit.

“Sayang, I hope we can meet again.” Itu yang dicakap Danny. Macamlah Australia tu besar sangat.

“You ni. Kan Leo cakap yang kita boleh jumpa lagi just tak selalu je. Nanti lagi dua tahun kita duduklah sama-sama. For safety, okay. Please be matured.”

Danny mengangguk keberatan.

“I’ll miss you.”

“Janganlah buat I sedih.”

“I love you, Hani Widara.”

“I tahu tu, Danny Affendi but this is for our sake. So please understand the condition.” Hani mulai bergenang air mata.

“Promise me to be a faithful girl?”

Hani mengangguk. Eei, budak sorang nilah.

“Trust me, Danny. I promise you that we’ll married someday. Just let the time decide.”

Danny akur. Kemudian dia berjalan mengikuti Leo. Hani juga berjalan membuntuti Winnie. Sampai di satu persimpangan, mereka terpisah. Seorang masuk kiri dan seorang ke kanan.

Setelah masing-masing sudah jauh, mereka berhenti berjalan. Danny meraba belakang seluarnya dan Hani mencari sesuatu di dalam handbagnya. Danny mengeluarkan sebilah pisau dari dalam poket manakala topeng Anonymous dikeluarkan Hani dari dalam handbagnya.

Siapakah The Anonymous? Hani? Danny? Atau anda semua di luar sana?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience