Bab 34

Mystery & Detective Series 16877

?Bab 34

Pagi itu, Hani membaca satu berita yang mengejutkannya di dalam akhbar. Spontan tangannya menekup muka cantiknya. Air matanya pantas berlinangan menuruni pipi.

Sebuah rumah terbakar di Pandan Jaya, seorang maut.

Begitulah tajuk berita itu. Apa yang mengejutkan Hani adalah nama mangsa yang di dalamnya. Aiman Andrew, 25 tahun. It’s Andrew. Ini bukan kes terbakar. Ini memang dibakar.

Hani mengunjukkan surat khabar tersebut kepada Danny. Danny turut terkejut dengan apa yang dibacanya. Terlepas terus kertas itu daripada tangannya. Langsung tidak menyangka yang lelaki itu turut menjadi mangsa.

“Kenapa mesti Andrew? Dia tak terlibat langsung dalam cerita kita ni.” Hani mempertikaikan corak pembunuhan pembunuh itu.

“Apa-apapun, kita mesti lebih berjaga-jaga. Jangan percaya sesiapa lagi. Ingat Hani. Jangan cerita apa-apa lagi pada orang yang you kenal. Tengok apa dah jadi kat Andrew sekarang.”

Hani masih dengan rasa tidak percaya. Kenapa mesti Andrew? Sekarang dia mula terfikir pasal rakan-rakannya yang lain. Tidak mustahil sekiranya seorang daripada mereka akan menemui ajal juga.

“Danny, apa dosa kita? Apa yang kita buat sampai pembunuh tu buat kita macam ni?” Hani membangkitkan soalan yang selama ni berlegar dalam serebrumnya.

“You kalau tak tanya soalan bodoh, boleh tak?” Danny menengking. Macam takde soalan lain nak ditanya. “You fikir kalau I tahu, I akan terus duduk macam sekarang ni ke?”

Hani membatukan diri semula. Semenjak semua ni berlaku, Danny memang bertukar menjadi seorang pemarah. Oh, please. Dia rindukan Danny Affendi yang dahulu.

“Marahlah I, Danny. Marahlah I, yang jahat ni. Yang bodoh ni.” Hani bersuara perlahan.

“Bila I cakap macam tu, you marah…”

Belum sempat Danny menghabiskan ayatnya, Hani membalas. “You sedar tak yang I dah rasa macam I ni perempuan jahat. Semenjak I datang masuk dalam family you, mama and papa you gaduh. Your loyal mama become unfaithful to her husband. I dah rasa yang kalau tak kerana I, semua ni takkan jadi. I rasa bersalah, you faham tak?”

“No, you don’t.”

“Yes, I do. Since I came, everything bad happened. I tak sanggup, Danny. I dah cukup hidup terseksa. I tak nak you rasa apa yang I rasa. But apparently I yang start semua ni.”

Semasa Hani meluahkan rasa kebersalahannya, Danny yang diterpa rasa itu. Tidak patut rasanya dia meninggikan suaranya sedangkan gadis itu sedang dihimpit rasa bersalah terhadap apa yang jadi.

“Look, Hani. I doesn’t mean untuk bagi you sedih but…”

“But what? Memang I yang start this chaos. I ni hina kan. Your mama curang dengan your papa because of me. Kalau tak kerana I, maybe you tengah happy dengan dia sekarang. Planning a vacation lepas exam.”

Danny hanya mendiamkan diri mendengar Hani membebel seorang diri. Biarkan sahajalah. Mana tahu kerana membebel, stresnya kurang sedikit.

Ketika itulah, Kak Chah yang sedang berada di luar rumah, berlari masuk ke dalam rumah sambil di tangannya terdapat sehelai kertas. Kertas itu kemudiannya diberikan kepada Danny.

Danny menyambut surat berisi nota itu dengan agak kasar. Spontan, tangannya menggigil membaca isi nota yang ditulis dengan lipstick merah itu. Hani pula kemudiannya mengambil nota itu. Lagi Hani rasa nak pengsan membacanya.

Well, one more death. Lagi dua orang, lepastu korang pulak eh. Jangan pergi mana-mana tau.

Lagi dua orang. Siapa lagi dua orang tu? Dan kenapa tidak terus bunuh mereka terus kalau betul mereka ni yang jahat? Tak payah menyeksa orang lain yang tidak terlibat.

“Danny, apa ni?” Rasanya tak bodoh soalan tu.

“If only I got answer for that.” Danny menjawab.

Hani terus terduduk. Memikirkan siapalah lagi dua orang yang bakal menjadi mangsa seterusnya itu.

Hani pulang ke apartmennya dan Marissa dahulu. Bukan berseorangan, kali ni dia mengajak Danny bersama. Di dalam apartmen itu, Hani melihat banyak gambar mereka berdua. Yalah, dekat lima tahun serumah, mesti banyak kenangan bersama yang disimpan.

Serta-merta, Hani berasa makin berdosa atas apa yang terjadi. Kesalahan yang dia lakukan sekali, ramai orang lain yang tidak berdosa menjadi mangsa. Padahal apa butir cerita pun mereka tidak tahu. Tapi mereka yang dibunuh.

“Hani, you rasa siapa yang akan jadi next victim?” Danny membangkitkan satu soalan.

Hani mengeluh berat. “Don’t know, baby. Yang pasti bukan kita. Tapi tak tahulah kut-kut kita bukan yang dua last tu. You know, in this condition. It’s unpredictable.”

Danny mengangguk. Setiap langkah mereka kini perlu diawasi. Nyawa mereka bergantung antara satu sama lain. Sekiranya seorang mati ataupun tiada, seorang lagi pasti mati.

“Hani,” seru Danny sambil duduk di atas sofa. “Kalau I mati dulu before you, I nak you tahu yang I dah cuba untuk kekal bersama you. Dan kalau anak kita tu dilahirkan, jangan reveal yang I papa dia. I tak nak dia fikir kita ni jahat dan mama dia akan mati jugak. Dan memang I harap I mati dulu sebab I tak nak tengok you mati depan I macam yang kita dah tengok.”

Air mata Hani turun lagi mendengar pengakuan Danny itu. Sungguh dia tidak menyangka begitu cintanya Danny terhadapnya. Dia tahu itu kerana mereka pasti akan dibunuh juga lambat-laun nanti.

“Sayang, I love you.”

Danny tersenyum. Dipandangnya perut Hani yang di dalamnya terdapat spermanya yang sudah bertukar menjadi janin itu. Semakin hari semakin besar mengikut peredaran hari. Kalaulah, dia dapat melihat anak itu nanti.

“Boleh I tahu kenapa kita datang sini hari ni?” Danny tergerak hati untuk bertanya.

“I ingat nak cari barang-barang lama. Mana tahu ada yang boleh kita bawak pergi Australia nanti. Tak payah susah nak cari barang lagi. Plus, nak ingat memori lama. Who knows this is my last visit?”

Danny faham apa yang dirasakan oleh Hani itu. Berapa tahun kut dia duduk situ. Mustahillah tiada nostalgia yang nak diimbau.

Sedang Hani mencari barangan di dalam bilik, dia terjumpa gaun Elsa yang pernah dipakainya ketika kali pertama berjumpa dengan Danny dulu. Spontan air matanya mengalir lagi.

Gaun yang itulah punca utama semua ini terjadi. Kalau dia tak jumpa gaun itu, dia takkan pergi ke majlis itu punyalah. Dia takkan mulakan semua ni. Semua yang sudah mati itu akan hidup bahagia. Dialah punca segala.

Tapi apa fungsinya dia menyesal lagi kini. Semua itu telah terjadi. Apa jaminan yang kalau dia tak pergi, semua ni tidak akan terjadi? Apa bukti yang dia punca segalanya?

Ah! Sah dia terlampau paranoid. Tapi sejak bila? Sejak bila?

“AAARRRGGGHHH!” jerit Hani sekuat hati. Pergi mampus kalau-kalau ada jiran yang mendengar.

Bergegas Danny masuk ke dalam bilik itu tatkala mendengar jeritan Hani itu. Mana tahu kut-kut Anonymous ada dalam bilik tu jugak.

“Sayang, kenapa?”

“I takut, you. I rasa guilty sangat. I rasa macam all this chaos started from the day I met you. I …”

“Enough, Hani. You not. You tak salah. The Anonymous is the bad part in this story. Stop blaming yourself. I tak nak any single self-accusing dari you lagi lepas ni,” marah Danny tetapi dalam nada lembut kepada Hani. Baginya, Hani terlampau menghukum diri. Kalau benda tu betul, takpe. Ni siapa pembunuh tu pun kita tak tahu.

“Thanks, Danny. But betul kan? Kalau I tak datang, semua ni takkan jadi kan?”

“No. I tak nak dengar lagi benda bodoh ni keluar dari mulut you. Last warning, Hani Widara.” Danny memberi kata dua.

Sebenarnya, dia sendiri pun kadangkala berfikir benda yang sama. Tapi dia tiada bukti untuk membuktikannya. Cuma satu perkara yang kerap menerjah benaknya. Kalau betul benda tu berdendam dengan Hani, kenapa dan mengapa mesti sekarang? Atau adakah kerana dia juga?

Sekarang, kedua-dua pasangan kekasih itu diserang paranoia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience