Bab 2

Mystery & Detective Series 16877

Bab 2

“Baju ni kena tak, Ris?” Sehelai lagi gaun ditunjukkan kepada Marissa. Marissa menggeleng.

“It’s fairytale, Hani. Kau ada rasa macam Cinderella ke bila pakai baju macam tu?”

Dah tu yang mana yang sesuai? Masuk ni, dah lima helai dress yang ditunjukkan Hani kepada Marissa. Tapi tiada satu pun yang dikatakan sesuai. Fairytale. Nak yang macam mana?

“Kau pilihlah senang. Aku bukan reti sangat bab fesyen ni. Kau kan model, pilihlah sendiri.” Hani sudah bengang. Langsung tiada satu dress pun yang menarik minatnya. Atau lebih tepat, tak sesuai. Manalah dia reti nak pilih. Dia lulusan diploma kesetiausahaan, bukannya peragaan ataupun fesyen.

Marissa mengambil tempat Hani di depan almari pakaian. Dia merenung setiap satu pakaian yang ada di dalam almari itu. Pandangannya seolah-olah dialah hakim dan baju-baju itu adalah pesalah.

“Any in your mind?”

Marissa menggeleng. Mulutnya sudah memuncung ke pelbagai arah. Nilah payah bila berkawan dengan kawan yang bodoh fesyen. Baju kurun keberapa dulu pun ada lagi.

Tidak berapa lama selepas itu, Marissa menarik keluar sehelai dress yang agak lawa di pandangan mata. Potongan gaun itu tak ubah seperti gaun Elsa dalam filem Frozen itu. Taklah cantik sangat sebenarnya. Warnanya light purple. Tapi kata orang, tiada rotan, akar pun sebat jugalah.

Hani memandang gaun itu dengan pandangan ‘seriously, this one’.

“Seriously, this one?”

Marissa membongkokkan badannya. Minah ni dasar Melayu lupa diri. Sedarlah diri sikit yang awak tu bukannya ada banyak baju sangat. So pakai jelah apa yang dah ada tu.

“Apa yang buat kau nak ikut aku ni? Aku bagitau awal-awal yang situ bukan the best place untuk cari soulmate. Kalau itu main intention kau, better stop it now. Sebab nanti aku tahu yang aku akan kena bebel.”

Hani tersenyum nipis. Memang taklah aku nak cari jodoh kat tempat macam tu. Memanglah model lelaki yang handsome ramai, tapi belum diketahui statusnya. Well, biasanya male model ni kan gay guys. So, buat apa nak cari?

Semasa Hani membuka bajunya, dia memandang susuk tubuhnya di cermin. Aset atasnya tidaklah begitu besar. Tapi Cup C jugalah. Pinggangnya masih ada shape. To be summarised, memang still umph lah. Tapi kenapa si Farid tu tak nak jugak.

“Kau fikir kau Kate Upton nak berbogel depan cermin tu lama-lama? Cepatlah siap. Event start pukul lapan tau tak. Nak cari parking lagi. Jam. Kau macam tak tahu jalan kat KL ni macam mana.”

Tanpa membuang masa lagi, Hani memakai dress ala Elsanya itu. Tak ketinggalan, push-up bra turut dipakai. Kata si Marissa, untuk menunjukkan harta kita sebagai wanita. Yalah tu.

“You looks marvellous, friend. Serious talk, okay,” puji Marissa sebaik Hani keluar daripada dalam bilik. Tidak pernah dia melihat housematenya yang sudah lebih tiga tahun ini secantik itu. Memanglah selama ini, Hani itu cantik tapi tak pernah dilihat secantik itu.

“Banyaklah kau. Dress kau lagi lawa kut.”

Marissa memandang dirinya sendiri. Cantiklah kut. Gaun ala-ala Belle dalam kartun Sleeping Beauty yang disarungnya itu memang cantik. Tapi gaun Hani juga lebih cantik. Macam mana tadi Hani boleh kata yang dia tiada pakaian yang sesuai. Bapak mintak kaki.

“Kejap, kita ni tak nak make up dulu ke?” tanya Hani semasa menyarung kasut tumit tinggi berwarna biru muda.

“Don’t worry. Aku punya team dah ada kat sana. Just naik kereta. Aku drive. Let’s rock the party. Oh yeah!”

Mulalah Marissa punya gedik kuasa tiga tu. Tapi Hani layankan jelah. Yalah, tiga tahun dah jadi housemate, dah lebih dari masak dah dengan perangai masing-masing. Kadang-kadang tu ada jugak rasa bosan bila hari-hari tengok muka yang sama tapi dah itu je yang ada.

Datin Sue menunggu anaknya di ruang tamu. Lambat pulak si Danny ni mengalahkan perempuan. Sambil menunggu, Datin Sue menambah sikit solekan di hadapan cermin besar di ruang tamu. Gaun flamenco berwarna merah darah dipandang berulangkali. Wanita Melayu Tercantik Dunia untuk tujuh tahun berturut-turutlah katakan. Miss World Melayu pertama pulak tu.

“Amboi mama, mengancam nampak,” puji Danny yang sedang turun sambil menyingsing lengan tuxedonya.

“Well, you know your mom. I must looks beautiful. Most Beautiful Malay Woman since 1997 till 2004, right.”

Danny menggeleng kepala. Memang diakui, mamanya memang cantik. Ramai rakannya yang pernah menyuarakan kegersangan mereka untuk bersama dengan mamanya. Tapi kalau itu bukan mamanya, dia pun akan mempunyai ura-ura untuk … dengan Datin kesunyian itu. Ada yang kata mamanya macam Rachel McAdams. Mungkinlah jugak kut.

“Handsomenya anak mama ni. Just like your dad,” puji Datin Sue pula. Tambah kecur air liurnya melihat penampilan anaknya itu sedemikian rupa.

Danny hanya tersenyum sambil berjalan ke arah pintu. Datin Sue masih di dalam menunggu PAnya bersiap. Ni pun lagi seorang. Awak tu PA je. Tak payah nak dress up mengalahkan Paris Hilton. Aku ni yang model.

“Sorry, Datin. Saya sakit perut tadi. Kita dah lambat ke?” Farah meminta maaf atas kelewatannya.

“Taklah, next year pun boleh,” jawab Datin Sue penuh sarkastik. Kemudian, dia melangkah keluar daripada rumah. Farah hanya membuntuti.

Di dalam kereta Roll Royce itu, Farah duduk di tempat duduk belakang pemandu dan Datin Sue serta Danny duduk berhadapan dengannya. Biasalah, kereta mewah macam tu kan.

“Datin, kenapa malam ni pun Datin kena buat runaway jugak?” tanya Farah memecah keheningan di dalam kereta mewah itu.

“Knowing me. People always want me. I can give them extra satisfaction. You have to admit that, Farah. I’m beautiful, elegant and still relevant. It’s undeniable,” jawab Datin Sue mengangkat bakul sendiri. Baginya, dia bukanlah seorang narkisa, sebaliknya yakin diri.

“Nanti mama buat catwalk, Danny duduk bawah sorang. Bosanlah. Dahlah Danny paling muda dalam tu nanti,” rungut Danny sambil meletakkan sikunya di tingkap kereta. Dia membuang pandang ke luar kereta.

“Alah, Danny ni. Danny carilah mana-mana model yang lawa dalam tu nanti. Bila dah dapat, Danny ajaklah seround dua. Anak mama ni kan handsome. Mesti dorang yang datang melutut kat Danny. Kalau Danny tak selesa nak on kat rumah kita, ajaklah pergi hotel.” Selamba sahaja Datin Sue memberi respon.

Danny tersenyum kacak. Dia memang tahu yang jawapan seperti itu memang akan keluar daripada mulut mamanya. Mamanya memang tak pernah menghalangnya untuk melakukan apa-apa hubungan seks. Kalau tidak, masakan pada usia 12 tahun, dia sudah hilang teruna.

Farah banyak diam sambil mendengar. Dia langsung tidak dapat membayangkan sekiranya dia adalah anak kepada Datin Sue. Selama tiga tahun dia bekerja dengan Datin Sue, dia sering mendengar Datin Sue menggalakkan Danny untuk menjadi sepertinya. Betullah, anak membesar dengan melihat perlakuan ibu bapanya. Sekiranya ibu bapa dari kalangan orang yang baik, pasti anak-anaknya menjadi baik. Tapi sekiranya seperti Datin Sue dan Dato’ Hisyam, jadilah Danny Affendi Dato’ Hisyam.

“Farah, you nak balik nanti, balik sendiri okey.”

Farah hanya mengangguk. Padahal dalam hati, sikit punya panas. Kenapa dari tadi tak cakap? Sengaja nak menyusahkan dia.

Sebenarnya, salah Farah juga bekerja dengan Datin Sue ni. Dia yang sebenarnya beria-ia nak bekerja dengan model ini. Mana dia tahu yang life Datin ni bapak liar nak mampus. Selama ni, dia ingatkan pekerjaan seorang model itu hanyalah membuat peragaan di depan orang ramai sahaja. Rupanya, lebih daripada itu.

Dulu, maknya ada menasihatinya agar mencari pekerjaan yang lebih menjamin masa depan di Kuala Lumpur ini. Tapi dia yang degil. Nak jugak bekerja dengan Datin tak sedar diri ni. At last menyesal sendiri. Tapi siapa boleh tentukan masa depan kan?

“Danny esok tak sekolahlah eh?” Datin Sue meminta kepastian daripada anaknya.

Danny menggeleng.

Farah membuang pandang ke luar kereta. Cuaca macam mendung berangin. Nak hujan agaknya tengah malam nanti. Elok juga. Dah lama juga KL yang panas dengan dosa manusia ni tak disiram dengan hujan. Setidak-tidaknya ada juga penyejuknya.

Di dalam kereta, Hani tidak banyak bercakap. Dia banyak membuang pandang ke luar memandang ke jalan. Hanya mulut Marissa sahaja yang banyak menyanyi. Kalau sedap tu takpe juga. Ni kucing mengiau pun lagi berseni daripada high pitch si Marissa.

Sedang mulut Marissa itu menyanyi, hati Hani pun turut menyanyi sebenarnya. Lagu daripada kumpulan P!nk bertajuk True Love… Lagu dia dan Farid dahulu.

Kelakar bila difikir semula. Apa motif dia imbau semula kenangan dengan lelaki tak guna seperti Farid itu. Buang airmata, buang semua. Jadi sebelum dia bazirkan buang semua yang dia ada, baik dia buang terus Farid tu.

“Woi, kau berangan ke apa? Aku tanya kau ni,” sergah Marissa secara tiba-tiba.

Hani yang tengah mamun terus terperanjat. “Apa? Apa?”

“Lepas ni kau nak kerja dekat mana? Kan kau dah berhenti kerja sebab Fucking Farid tu. So, takkan kau nak menghabihkan beras kat rumah aku tu je?”

Hani berangan semula. Ha’ah. Kenapa dia bodoh sangat pergi letak jawatan macam tu je? Bukan dia tak tahu yang kat KL ni, ‘senang’ sangat kerja tu nak datang. Aduh, Hani. Bodohnya kau, Hani. Itulah, Hani. Lain kali bila bercinta, jangan bagi semua yang kita ada. Kan dah jadi macam ni.

“Biar aku teka. Sekarang ni mesti kau tengah dihambat dengan penyesalan yang tidak bertepian. Dek kerana kerakusan cinta bertuhankan nafsu. Kan?”

Hani memandang slack ke arah Marissa. Kemudian, tawanya terletus dan dia menumbuk lembut bahu Marissa. Marissa hanya membalas dengan tawa yang besar. Itulah Hani dan Marissa. Teruk mana bergaduh pun, mereka akan tetap berbaik semula.

Marissa menyambung pemanduannya semula. Sehinggalah dari jauh kelihatan sebuah bangunan hotel yang besar. Aduh, ini yang Hani malas ni. Kenapalah si Marissa ni tak bagitau yang dia buat dekat tempat bapak fancy macam ni.

“Ris, kat sini ke event tu?”

Marissa mengangguk.

“Kenapa kau tak bagitau aku awal-awal?”

Marissa mengeluh berat. “Kau boleh tak jangan show-off sangat kebodohan maksima kau tu? Dah sah-sah yang fashion show biasa buat kat hotel, lagi nak aku explain. Kau expect apa? Dekat Kedai Kain Indah? Kalau kat situ, buat apa kita pakai baju bapak segala fancy bagai macam ni.”

Si Marissa ni kalau dapat bebel, memang tahap tak hingat. Naik annoying gak Hani dibuatnya. Fikir kawan je tu.

“Kau rasa ada jodoh tak kat situ?” tanya Hani selamba. Marissa memandang dengan riak tidak percaya. Hani ketawa sebelum menambah. “Aku gurau jelah, bodoh. Bapak innocent sial.”

“Mana tahu… Desperate sangat nak lupakan Fucking Farid tu…”

Hani menampar kuat bahu Marissa. “Babi kau.”

Dan mereka berdua ketawa.

Selepas memarkir kenderaan, kedua-dua gadis itu masuk ke dalam hotel Golden Atmosphere Palace itu. Masuk sahaja ke dalam Dewan Sri Gala itu, Hani sudah rasa semacam. Dia mula merasakan yang tempat itu tak sesuai dengan dirinya. Tapi Marissa okey je. Yalah, memang tempat dia. Kalau Hani ni, tak kekok dibuatnya.

“Okey, we’re here now. So, let’s rock the party.”

“Marissa…” Hani menarik tangan Marissa yang sedang berlari-lari anak ke tengah dewan.

“Apahal?”

“Aku tak biasalah.” Hani menyuarakan ketidakselesaannya.

“Chill, okey. Don’t worry, estoy aqui. Kalau kau dahaga, kau cari mana-mana waiter yang pegang dulang. Kalau kau lapar, pergi je ambik makanan. Aku nak pergi register nama kita jap.”

Hani sekadar melihat Marissa pergi ke sebuah meja di depan pintu. Payah betul event orang besar-besar ni. Sampai nak checklist kehadiran bagai. Risau kalau-kalau ada tetamu yang tidak diundang. Atau lebih tepat kedekut.

“Let’s go baby. Aku dah register. So, let’s rock the party.” Marissa menarik kuat tangan Hani. Hani ikutkan sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience