28

Romance Completed 3509

Erik tak senang duduk. Dia gelisah menanti kedatangan orang yang sentiasa dirinduinya selama ini.

"Jangan hanya dengar pada sebelah pihak sahaja. Dengar pernyataan kedua dua nya sekali. Sebab tulah kita ada dua telinga untuk mendengar. Juga dua mata untuk memerhati. Dan akal fikiran untuk menilai..jangan bertindak terburu buru..Ibu tak pernah ajar Erik untuk bertindak terburu buru ni"

Terngiang ngiang kata2 Puan Sri Anne merangkap ibunya kepadanya semalam. Setelah otaknya diberus oleh Jessiah,dia meluahkan segalanya kepada ibunya. Ibunya pernah juga tertanya tanya,kenapa dia sudah seperti tidak melayan Emelda. Ibunya perasan akan hal itu..Maklumlah,Emelda satu2nya sahabat yang selalu menjadi tempatnya mengadu segala duka dan suka. Malah..Emelda lah satu2nya perempuan yang dia pernah bawa berjumpa dengan ibunya.

"Maaf buat kau tertunggu tunggu. "pinta Emelda setelah baru 5 minit dia menunggu. Automatik Erik berdiri. Mengejut lagi tu. Emelda menjungkitkan keningnya.

"Hello..Karl?"panggil Emelda setelah dia melihat Erik seperti kaku melihatnya.

"Hah?Err...dududuk lah"tergagap gagap Erik. Emelda hanya menggeleng.

"Kenapa nak jumpa aku ni?Nak bentang pasal hari tu ker?"soal Emelda setelah dia dan Erik melabuhkan punggung di kafe itu bertentangan dengan satu sama lain.

"Kau ingat aku jumpa kau pasal tu jer ke?"Erik menguji. Emelda terdiam. Dia mengalihkan matanya sebentar sebelum kembali merenung mata hazel Erik.

"Kita ada perkara lain ker nak bincang?"Emelda memerli. Kali ini,Erik pula terdiam. Dia mengeluh sedikit.

"I am so sorry"pinta Erik. Emelda hanya diam memandangnya.

"Go on..."

"Aku tuduh kau melulu. Aku dengar cakap orang lebih daripada kawan aku sendiri. Aku...aku hancurkan hati kau"Erik berhenti dan menatap mata hitam Emelda. Emelda hanya beriak selamba. Tiada hati pun nak menyampuk...

"Aku memang kawan yang tak baik untuk kau..Betul kata Jessiah. Aku tak mampu nak fahami kau biarpun dah 7 tahun lebih kita bersahabat..."Erik menunduk.

Emelda menarik nafas dan menghembuskannya perlahan. Dia agak tergamam melihat air mata Erik. Selama dia berkawan dengan lelaki itu,ini kali pertama dia melihat air mata lelaki itu.

'Mungkin aku patut ceritakan semuanya...'

"Dah habis?"selamba Emelda menyoal tanpa perasaan. Luar nampak macam tu..tapi di dalam..hanya dia yang tahu. Emelda mempelajari cara untuk sentiasa mengekalkan kadar degupan jantung untuk mengawal tindakan serta reaksi tubuh.

"Nama family aku sebenarnya bukan Welison..."

"What?!"pintas Erik.

"Just shut up your mouth and wait till I finish talking. Show your respect!"tegas Emelda berkata. Terdiam Erik dibuatnya.

"Aku anak saudara keluarga Welison. Anak kepada adik Auntie Erian. Aku lahir sama waktu dengan Auntie Erian beranak. Unfortunately,anak kandung Auntie Erian tak dapat diselamatkan. Parents kandung aku pula meninggal. Mama meninggal sewaktu melahirkan aku manakala papa meninggal sebab kena heart attack bila dapat tahu kematian mama..."Emelda menarik nafas semula.

"Sebelum meninggal,papa ada amanatkan Uncle Welison untuk jaga aku. Amanat itu dipersetujui oleh Auntie Erian dan Uncle Welison. Sebab tu..nama aku Emelda Welison sebab waktu tu..nama aku terus didaftarkan dengan nama tu."

"Abang Emir tu kiranya abang susuan aku. Sebab aku menyusu dekat Auntie Erian waktu kecil..."

"Bila kau buang aku...fortunately..Nenda aku..Nenda kandung aku..In short..ibu kepada mama kandung aku call. Aku memang tahu tentang dia. Asal usul aku memang telah diceritakan kepada aku sejak aku berumur 12 tahun lagi. Nenda aku lah yang jaga aku selama 3 tahun ni.."

"To conclude..Aku bukan tipu kau. Aku just tak bagitahu kau kebenaran. Tu pun kau susah nak faham?Aku tak pernah tipu kau yang aku bukan daripada keluarga Welison. Waktu kau soal aku pasal dekat litar tu..aku bukan tak nak mengaku. Bukan sengaja untuk biarkan kau macam orang bodoh. Tapi itu bukan keluarga sebenar aku,so buat apa aku nak megah?Lagipun,kalau aku beritahu kau perempuan tu ialah aku..kau akan berasa lagi tertipu. Mengaku diri daripada keluarga Welison tapi sebenarnya hanyalah anak saudara."

"I will accept your apology. In fact,I had forgive you long time ago...since you didnt know the truth so I still can forgive it."

"Tapi..untuk balik macam dulu. Aku awal2 tolak. Sebab rasanya sekarang,lebih selamat untuk kau kenal aku hanya sebagai orang yang bekerjasama dengan syarikat kau...Tak lebih daripada tu"

Erik terpaku,tergamam,terkejut....dengan pengakuan Emelda. Patutlah Emelda tak pernah cerita pasal family dia.

'Ahh..aku memang penjenayah. Bukan jer dah hancurkan hati seorang sahabat..tapi dah tuduh,fitnah dia bukan2'

"Karl..I have to go know. See you when I see you"laju kaki Emelda pergi dari situ...belum sempat pun Erik nak menghalang.

'Emelda memang dah berubah.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience