24

Romance Completed 3509

Emelda tersenyum manis memandang wajah nendanya yang sedang kusyuk melayan cerita omputih. Perlahan lahan dia mendekati nendanya daripada belakang. Tangannya diangkat bertujuan untuk menyergah nendanya.

"Awal kamu balik,Mel?"sapaan Puan Marisa itu mengejutkan Emelda dan seterusnya membantutkan aktiviti Emelda.

"Nenda!Macam mana nenda tahu Mel dah sampai?"soal Emelda. Pantas punggungnya dilabuhkan di sofa bersebelahan dengan Puan Marisa.

"Mamas know"Puan Marisa menjeling cucunya sekilas. Emelda memuncung tak puas hati.

"Kerja Mel dah siap ker?"soal Puan Marisa prihatin.

"Hmm...so far so good nenda. Mel dah ambil semua aset dia."selamba Emelda bercerita. Emelda memang tak pernah berahsia daripada nendanya. Lagipun,nendanya itu memang sentiasa tahu tentangnya biarpun hanya daripada pandangan mata.

"Hmm...Mel"panggil Puan Marisa. Dikalihkan badannya menghadap cucunya itu. Emelda menunggu dengan sabar pertanyaan nendanya.

"Mel betul ker nak teruskan benda ni?"

Emelda mengeluh. Puan Marisa memang tak pernah berhenti daripada memujuknya untuk forgive and forget. Tapi masalahnya...

"Nenda...Mel nak abang Mel semula. Mel tahu biarpun dengan menghancurkan Natasha,keluarga Mel takkan kembali macam dulu..tapi sekurang kurangnya..bila Mel tahu abang Emir masih hidup,Mel takkan sia2 kan peluang yang Mel ada untuk dapatkan abang Emir semula."Emelda berhenti untuk menarik nafas.

"Lagipun..Mel nak keadilan untuk kematian mama dan papa..."Puan Marisa memandang Emelda dengan penuh kasih. Diusapnya tangan cucunya itu.

"Mel tahu tak..Mel ni sebenarnya baik tahu..Mel baik sebab Mel sanggup korbankan hidup Mel untuk cari keadilan terhadap kematian orang tua Mel yang bukan darah daging Mel sendiri. Nenda bangga dengan kamu sayang"ujar Puan Marisa lalu menarik Emelda ke dalam pelukannya.

Emelda hanya diam. Ya...dia tetap nak carikan keadilan buat mama dan papanya biarpun kedua duanya bukan orang tua kandungnya. Bahkan,dia sanggup membahayakan dirinya semata mata untuk membawa balik abangnya yang bukan sedarah daging dengannya.

Dia memejamkan mata. Terimbas kenangan lalu di mindanya.

Biarkan kenangan lalu mengubat rindu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience