15

Romance Completed 3509

"Kau buat balik report tu!Aku nak titik pulang modal!Bukan hasil keuntungan,sial!"terkedu pegawai kewangan itu. Fail report itu dibaling ke mukanya. Wajahnya hanya ditunduk..tak berani bertentang mata dengan bosnya ini.

"Kau tunggu apa lagi?!Blah lah!"jerkah Erik kepada pegawai kewangannya itu. Sakit hatinya melihat report itu.

Pegawai kewangan itu keluar dengan wajah sugul. Memang dia selalu kena marah. Malah bukan dia sahaja...even pekerja lain pun selalu kena marah. CEO baru syarikat mereka itu memang terkenal dengan sikap barannya.

Pekerja2 yang buat silap pasti akan disemburnya. Dahlah kata2 carutan tak pernah tinggal setiap kali memarahi pekerjanya. Perkara itulah yang menjadi titik kelemahan mereka yang bekerja disitu.

Setiausaha yang dihire menjadi setiausaha CEO itu tak pernah kekal. Dalam sebulan,sekurang kurangnya 3 kali bertukar. Mana lah orang tahan kalau report yang dibuat salah satu je ejaan pun kena sembur...

Tea lady untuk CEO mereka itu apa lagi. Kecerewetannya membuat tea lady yang bekerja disitu menghulurkan surat perletakan jawatan...

Termasuk kali ini..sudah 12 kali tea lady mereka bertukar. Pekerja disitu pun pening kepala. Ada yang mengutuk..ada yang kesian..juga tak kurang juga ada yang memandang sinis.

Nur Aina selaku pegawai kewangan itu sahaja yang bertahan selama 2 tahun dengannya. Nur Aina merupakan exclassmate nya dahulu jadi Nur Aina faham akan kemunculan beast dalam diri majikannya itu.

Tapi kadangkala...kesabaran pun ada batasnya. Pernah juga dia turut menyembur majikannya itu yang membuatkan bekas rakan sekelasnya itu berdiam diri tak berkutik. Nur Aina memang seorang yang penyabar...kurang membangkang..tapi bila dah sampai satu tahap..dia juga boleh meletup.

Uniknya...Nur Aina mampu membuatkan majikannya kelu lidah untuk membidas. Siapa tak kenal juara bahas SMK GH dulu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience