17

Romance Completed 3509

Jet persendirian itu mendarat dengan selamat di lapangan terbang itu. Seorang wanita yang nampak bergaya biarpun sudah berumur keluar. Diikuti dengan seorang gadis yang sangat elegan di belakangnya.

Saat kaki gadis itu mencecah jalan tar di lapangan terbang itu,dia menarik nafas panjang lalu dihembus perlahan.

"Puan,Cik sila ikut sini"arah lelaki penyambut itu.

"Puan Marisa?"pengecop passport itu menyoal. Puan Marissa hanya mengangguk kemudian dia bergerak ke hadapan sedikit. Memberi ruang untuk gadis di belakangnya.

"Cik Emelda Welison?"

"Ya saya"

Puan Marisa dan Emelda berjalan keluar daripada airport itu. Sebuah Mazda biru gelap menunggu di hadapan mereka. Pemandu Mazda itu keluar lalu menyimpan luggage mereka berdua ke dalam bonet belakang. Kemudian,kunci kereta diserahkan kepada Emelda.

"Saya nak ke pejabat dulu,Nenda"pinta Emelda lalu mengucup pipi Puan Marisa. Puan Marisa hanya mengangguk sambil tersenyum Kemudian Emelda meloloskan diri ke dalam Mazda biru gelap itu lalu dia memandu laju.

Puan Marisa hanya tersenyum memandang pemergian cucu nya itu. Kemudian dia masuk ke dalam BMW hitam yang menyusul selepas itu.

"Terus ke villa"arah Puan Marisa. Pemandu BMW itu hanya mengangguk.

Weli's Mega Empire....

Emelda melangkah dengan megah ke dalam bangunan itu. Kakinya menuju ke arah kaunter pertanyaan.

"Ya cik..apa yang boleh saya bantu?"soal gadis di kaunter pertanyaan itu sambil tersenyum.

"Can I meet Jessiah?"

"Erm..Miss Jessiah?Our bos is still in her meeting. Mind to wait for a minutes?"soal gadis itu. Emelda berfikir seketika.

"Thats okay. I'll must go now. Just inform her that Emelda wants to meet her.."ujar Emelda lalu berlalu pergi. Gadis kaunter pertanyaan itu menjungkitkan keningnya.

"Yo kawan..lama tak jumpa!"Jessiah meluru dan memeluk rakannya. Dipeluk sekuat kuatnya badan ramping kawannya itu.

"Hei..dahlah tu..sesak nafas aku"Emelda menolaknya.

"Hish..kita rindu dia.."Jessiah memuncung.

"Ala ala...dah jangan nak ngada."ujar Emelda lalu dia kembali ke tempat duduknya. Jessiah mengikuti langkahnya.

"Kau belajar menembak ker?"Jessiah menyoal pabila melihat kawasan sekelilingnya. Tadi masa habis meeting dia dapat message daripada Emelda untuk berjumpa dengannya di lapangan menembak.

"Tak lah..aku belajar memasak"perli Emelda dengan wajah serius. Jessiah memerhatikan wajah rakannya itu.

"Berubah betul kau sekarang"ujar Jessiah tiba2. Terangkat kening Emelda.

"Macam mana tu?"

"Dulu kau pendek..sekarang kau lagi tinggi daripada aku. Dulu kau seorang yang ceria tak kira tempat,masa. Tapi sekarang..kau sedang bergurau pun aku tak tau kau bergurau or something else.."jelas Jessiah.

Emelda senyum nipis. Kemudian dia bangkit lalu memakai penutup telinga. Revolver di atas meja bulat itu dicapai. Sasarannya disasarkan. Dipicingkan matanya. Tumpuan diberikan sepenuhnya...picu ditarik...

Bang!

Punat hijau Jessiah tekan. Papan sasaran meluncur laju ke arah mereka. Terkedu Jessiah melihatnya. Tembakan Emelda betul2 tepat. Buktinya?Ada bulatan di bahagian kiri dada orang papan itu.

"Aku datang sini ada sasaran. Aku taknak fokus aku terganggu..."ujar Emelda.

"Kalau sasaran kau tu dah tercapai?"uji Jessiah.

"Aku mungkin balik semula ke Las Vegas.."selamba Emelda menjawab. Penutup telinga yang dipegangnya diletakkan di atas meja bulat diikuti dengan revolvernya.

"Kau tak berniat nak....membunuh kan?"teragak agak Jessiah menyoal.

Lama Emelda berdiam diri sebelum akhirnya dia mendengus.

"I wish I can"perlahan Emelda berkata.

"I dont know who you are anymore.."keluh Jessiah. Emelda tersenyum memandang sahabatnya.

"Keperitan mengubah aku,Jess"tenang Emelda berkata.

"Erik?"Emelda terdiam. Kemudian dia mengeluh. Matanya dipejamkan seketika.

"I hope he had forgive me for all I had done"

"You know he wont"Jessiah memandang rakannya itu.

"I dont want to think about him. My aim now is important than him"laju Emelda menyedarkan dirinya.

"Your father's empire?Weli's Mega Empire?"

"I'll just let you handle it..."selamba Emelda menyuruh. Terkedu Jessiah.

"Kau tak per ke?Harta kau?"Jessiah teragak agak.

"Aku ada empayar aku sendiri kat Las Vegas tu. Setakat harta papa aku tu...aku tak kesah. Lagipun aku tak berniat nak kekal kat sini. Sesak nafas aku setiap kali teringat memori pahit tu"Jessiah memandang kasihan wajah rakannya.

Dia tahu,biarpun wajah Emelda beriak biasa..tetapi di dalan hati tiada siapa yang tahu.

"Mel..aku bukan nak menyibuk..tapi,tu satu2 nya wasiat dari family kau. Aku rasa kau lebih berhak ke atas tu"ujar Jessiah. Emelda berdiam diri.

"Aku pindahkan syarikat tu ke Las Vegas..senang"kata Emelda sambil bermain main dengan revolvernya.

"Hmm...seriously. You are not Emelda I used to know before"keluh Jessiah lalu berpaling ke arah lain. Agak kecewa sebenarnya dia dengan perubahan sikap Emelda. Seolah olah bukan Emelda yang berada didepannya sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience