30

Romance Completed 3509

"Nenda!!!!!!!!"jerit Emelda di corong telefon. Kemudian dia tersengih sendiri pabila mendengar bebelan Nendanya memarahinya.

"Nenda..Mel call ni nak cakap yang Mel tak balik umah malam ni. Mel duk kondo lama Mel tu"Jelas Emelda.

"Baiklah nendaku tersayang!Nenda jaga diri tau..Bye..muah!Sayang nenda ketat2!"kemudian Emelda terus memadamkan telefonnya. Dia melangkah lambat menuju ke kondominiumnya yang dibelinya 4 tahun lalu.

Dia memasukkan kadnya ke dalam tempatnya lalu automatik lampu terpasang. Emelda memandang sekeliling kondo nya. Masih macam dulu. Teringat pula kenangan mama,papa dan abangnya sewaktu waktu dahulu di situ. Kemudian,beralih pula kepada Erik.

Emelda mengeluh. Terasa memori lalu semakin mengkusutkan dirinya.

Dia melangkah ke arah set speakernya. Pendrive yang dibawanya dimasukkan setelah set itu dihidupkan.

Lagu techno bergema di dalam ruang kondo itu. Dia tak kisah sebab setiap binaan di dalam bangunan itu merupakan kalis bunyi. So jiran sebelah takkan terganggu punya.

Emelda kemudiannya menuju ke biliknya. Kondo ini ada 3 bilik. Dia menilik setiap hiasan di dalam biliknya. Frame2 gambar yang memaparkan gambarnya dengan Puan Sri Erian,Tan Sri Welison,Emir serta Erik dipandang lama.

Setiap perabot di dalam kondo nya itu tidak berhabuk. Tahulah dia bahawa nendanya ada mengupah orang untuk membersihkan kondonya itu sepanjang ketiadaannya disini.

Selesai mandi Emelda duduk di atas sofa 'L' besar di ruang tamunya. Lagu techno masih bergema di dalam ruangan itu. Hanya mengenakan bathrub,Emelda ke balkoni kemudiannya.

'Life is simple..we just insist on making it complicated...'itu kata2 Sir Robin Teo,guru Englishnya sewaktu waktu dahulu.

Dia mengakui kebenaran kata2 itu. Lama di balkoni.. dia memutuskan untuk ke ruangan pejabatnya. Sempat set speakernya dipadamkan. Ruangan pejabat itu sebenarnya sebuah bilik tidur tetapi dimodifiednya kepada pejabat. Dia taknak bawa kerja pejabat ke dalam bilik tidur so..dia sediakan ruang pejabatnya sendiri.

Pukul 1:30 pagi. Emelda menggeliat di dalam ruangan pejabatnya. Penat menyiapkan rekod2 syarikatnya.

Tiba2 dia tersentak mendengar bunyi loceng di pintu utama.

Bergegas dia ke pintu lalu melihat dari lubang kecil di tengah2 pintu itu.

'Erik!'

"Erik!"terjerit Emelda dibuatnya setelah pintu dibuka. Keadaan Erik yang kusut masai itu merisaukannya. Ditelek nya badan itu..takut jadi apa2. Tetapi pabila melihat kelakuan Erik itu..barulah dia tahu.

Mabuk!

"Melll!!!I miss you!I really2 miss you!Jangan suruh aku pergi dari hidup kau..tolonglah!"Erik tiba2 merayu kepada Emelda dalam keadaan terhuyung hayang. Emelda menggeleng gelengkan kepalanya.

Dipapahnya Erik masuk ke dalam. Kang ditinggalkan kat luar..mati kesejukan pula mamat tu.

"Kau mabuk ni!"ujar Emelda. Dia memapah Erik masuk ke dalam bilik tidurnya. Takkan lah nak biar tetamu tidur kat sofa..kan?Biarpun tetamu tu dalam keadaan mabuk macam mana sekalipun.

Setelah bersusah payah meletakkan Erik ke atas katil..dia ingin berlalu pergi. Tiba2 dia tersentak pabila pergelangan tangannya ditarik lembut.

"Jangan tinggalkan aku..tolonglah!Aku perlukan kau!Aku mati kalau kau takda..!Tolonglah..Mell!Aku sayang kau!"dengan air mata yang berjujuran jatuh di pipi...Erik merayu sambil matanya redup memandang Emelda. Merah mata itu.

Emelda mengeluh. Dia ingin meleraikan pegangan itu. Tetapi makin kejap pula pegangan lelaki itu. Akhirnya Emelda mengalah.

"Ok..aku temankan kau tidur.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience