18

Romance Completed 3509

Mazda biru gelap itu berhenti betul2 di depan sebuah rumah banglo 2 tingkat. Pemandunya keluar lalu mendongak. Loceng yang berada di bahagian kiri pagar itu ditekan berkali kali.

"Cik nak apa?"soal guard disitu. Orang yang dipanggil 'Cik' itu tersenyum sinis. Ada guard..hmm

"Saya nak jumpa Natasha Senrose..."guard itu termangu seketika.

"Ow..kejap. Nanti saya panggil puan. Nama cik ni sapa?"soal guard disebalik pagar itu.

"Cakap kat dia..adik ipar dia datang."ujar 'Cik' itu.

Tak lama kemudian pagar gah itu terbuka sendiri. Dengan selamba badak tetamu itu masuk. Seorang wanita meluru keluar.

"Kau nak apa datang sini?"Orang rumah itu menjerkah.

"Aku nak abang aku"

"Emelda Welison...tak sangka kau seberani ini ehh?Langkah mayat aku dulu!"Natasha ketawa sinis sambil bercekak pinggang.

"So..aku perlu tamatkan riwayat kau dulu lah ni?"selamba Emelda berkata begitu. Berubah riak wajah Natasha.

"Kau berani ker?"cabar Natasha.

"Well..kau masih tak kenal aku sepenuhnya. Ni..kau taknak bawa tetamu masuk rumah ker?"perli Emelda. Sengaja dia mengibas ngibas wajahnya tanda kepanasan.

"Kau takda hak!"jerkah Natasha. Emelda menjungkitkan keningnya. Perlahan lahan dia menapak mendekati tempat Natasha berdiri.

"I know everything. Almost!I knew where did you get a money to buy this banglow..I knew why you want my brother..."sengaja Emelda tidak menghabiskan ayatnya sepenuhnya.

Wajah Natasha mula berubah. Tiba2 Emelda menghalakan pandangannya tepat ke wajah Natasha yang hanya beberapa inci sahaja daripadanya.

"Aku tahu..kenapa tuhan ambik nyawa mama dan papa aku..."senyum sinis diberikan. Natasha tertelan air liurnya tanpa sengaja didepan Emelda. Emelda yang perasan hal itu menarik kembali kepalanya yang dekat dengan wajah kalut Natasha.

"Well..urusan kau dengan aku belum selesai .."ujar Emelda lalu menghalakan jari telunjuk dan jari hantunya kepada Natasha. Alah...macam style lelaki poyo tu..

Kemudian dengan langkah bersahaja,Emelda keluar menuju ke Mazda biru gelapnya. Berdesup keretanya meluncur dari situ.

"Aargh!!!"jerit Emelda sendirian di tasik itu. Tak dikisahkan mata2 yang memandang ke arahnya. Air matanya meluncur laju dari kelopak matanya tanpa dia rela.

Tersedu sedan Emelda menangis disitu. Lututnya tak mampu menanggung badannya membuatkan dia terduduk disitu.

Imbas kembali....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience