8

Romance Completed 3509

Pap!

Emelda mengangkat wajahnya. Terkedu dia melihat wajah Erik yang hanya beberapa inci sahaja daripada wajahnya. Terasa darah merah menyerbu ke muka.

"Semalam kan aku ada gi Mall..."Emelda sudah mula meluat. Tahulah apa yang dia nak cerita tu. Semalam,kan abangnya dan dia ada pergi ke Mall. Selepas berjam jam di dalam Mall itu mengikut abangnya bershopping sakan,dia memutuskan untuk duduk di kerusi menunggu yang telah disediakan di dalam mall itu.

Abangnya kalau dah shopping memang mengalahkan perempuan. Dalam perjalanan ke kerusi itu,dia secara tidak sengaja terlanggar seseorang...dan sadisnya orang itu ialah mamat kat depan dia sekarang ni...

"Pas langgar aku kan,minta maaf pun tak. Blah je macam tu. Kalau lah jahat kan,aku saman budak tak cukup umur tu...bla bla bla"

Teringat Emelda akan kata2 yang keluar daripada mulut Erik semalam.

"Aku ingatkan budak pra sekolah mana yang langgar aku tadi..rupanya budak tak cukup umur ni rupanya"perli Erik. Tahulah dia tu tinggi adeh.

Disebabkan takda mood nak jadi pembakang,Emelda buat derk jak lalu pergi dari situ. Erik pula ditinggalkan tercengang cengang bersendirian.

"Kau dengar tak apa yang aku cakap?"tersentak Emelda.

"Hah?"

"Sejak bila kau jadi dayr ni?"Erik memerli. Emelda mengetap gigi.

"Dah lah..dengar awak jer daripada tadi,boring pulak saya rasa..."selamba Emelda berkata begitu. Kemudian punggung diangkat ingin berlalu ke tandas.

Erik pula hanya memandang geram. Mulutnya terkumat kamit ingin mengatakan sesuatu....

"Cis...!"

"Kau pelumba ke?"Emelda mengeluh...haihlah...tak puas lagi rupanya malaun ni. Emelda hanya diam membiarkan. Jessiah di sebelah dijeling sekilas. Fokus kawannya itu menulis sesuatu. Entah apa yang ditulisnya,malas Emelda nak ambik tahu.

"Aku ada tengok kau kat garaj milik keluarga Welison semalam"ujar Erik. Emelda terkedu. Tetapi dikawal sebaik mungkin perasaannya itu. Tiada siapa yang tahu akan minatnya satu itu.

"Pelanduk dua serupa kut..."

"Entah..hmm..mungkin kut. Sebab yang aku tengok semalam,pelanduk dua serupa ngan kau tu macam expert je bab kereta. Kau mana lah expert bab enjin ni kan?"panjang lebar Erik bercerita. Sambil berkerut kerut lagi wajahnya.

"Hah..lagipun keluarga Welison tu bukan calang2 orang. "pujian Erik membuatkan Emelda kembang seketika. 'Orang puji keluarga aku woiii'

"Tapi kau..hmm..dah lah ketinggian kurang..ish ish ish..jauh panggang dari api"berubah terus wajah Emelda.

"Kalau betul saya macam mana?"uji Emelda. Erij memandangnya atas bawah. Kemudian diikuti dengan jungkitan di bahu.

"Entahlah. Tak dapat bayangkan kalau kau jadi racer. Sampai ker kaki pendek kau tu?"membulat mata Emelda. 'Eii..nak kena mamat ni!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience