25

Romance Completed 3509

Erik meluru masuk ke dalam bilik mesyuarat di dalam bangunan miliknya. Dia baru sahaja dikhabarkan oleh Jeremiah selaku PAnya mengenai kedatangan peneraju utama syarikat besar yang akan menjalinkan kerjasama dengan syarikatnya.

"Dato' Emelda datang untuk melihat pembetangan mengenai tender yang kitaorang terima haritu."Sempat dia teringat akan kata2 Jeremiah kepadanya sebentar tadi.

Tombol dibuka lalu terpampanglah wajah yang dia selalu rindui selama ini tetapi dikaburi dengan keegoannya sendiri.

Emelda memandangnya dan dia memandang Emelda. Erik masih berdiri tegak di pintu tersebut sambil matanya terpaku melihat Emelda di depannya. Berbaju kemeja biru laut dengan rambut yang disanggul menyerlahkan keyakinan yang ada pada diri gadis itu.

Emelda kemudiannya menarik senyuman nipis kepada pemilik bangunan ini. Dia bangkit berdiri dan berjalan perlahan lahan ke arah lelaki yang berkemeja biru tua,bernecktie hitam serta berseluar slack kelabu pudar.

Tangannya dihulurkan kepada Erik manakala tangan kirinya diletakkan dibelakangnya.

"Hello..saya Emelda daripada Trillions stars..Selamat berjumpa."ujar Emelda selamba macam takda apa2 yang pernah berlaku kepada mereka dahulu.

Erik terpempan. Emelda beriak biasa. Malah seakan akan tidak mengenali dirinya. Huluran tangan Emelda diliriknya sahaja. Tiada hati nak sambut pun.

"Ehem..aku Erik Karl. CEO Wisma Jaya ni. Nice to meet you too. Please have a sit."dingin Erik bertutur. Dia terus berlalu ke tempatnya lalu duduk.

Emelda hanya memberikan seulas senyuman..pada dirinya sendiri. 'Be profesional Mel'Emelda mengingatkan dirinya. Dia kemudiannya berlalu dengan langkah bergaya menuju ke tempat nya tadi.

"Saya datang hari ni nak tengok..."

"Pembentangan tu..I know"pintas Erik. Terjungkit kening Emelda dibuatnya. Dia agak terasa sebenarnya dengan layanan dingin Erik kepadanya.

"Erm..maaf tapi Erik..."

"Call me Karl. I dont expect someone like you to call me Erik. That name is just for an honest people..Not like you.."Emelda tersenyum pahit.

"Okay Karl. Pembentangan ni agak menarik. But,I expect more than this. Saya pernah tengok lebih daripada hanya ini..memandangkan syarikat anda syarikat yang berjaya dekat Malaysia ni..saya nak yang lebih lagi. Tapi tak pa..People deserve a second chance. Next week saya akan datang lagi untuk tengok pembentangan yang baharu. So get ready. Thats all. See you when I see you."Emelda terus bangkit lalu menutup buku notanya dan ingin terus berlalu.

Erik terasa dengan kata2 Emelda. Dia bukan terasa mengenai kekurangan pada pembentangannya..tetapi..

"People deserve a second chance"

Masih terngiang ngiang kata2 itu dalam otak Erik. Dia kini bersendirian di dalam pejabatnya.

"Mia...berenang jum"Erik terus menyatakan hasratnya kepada Jeremiah setelah panggilan terjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience