20

Romance Completed 3509

Malam itu papa dan mamanya balik lambat kerana perlu menghadiri sebuah majlis rasmi yang diadakan antara pemegang saham.

Emelda yang enak melayan movie English itu terkejut dengan berita mama dan papanya terlibat dalam kemalangan. Dia yang berpijama tidak sempat menukar apa2 terus bergegas ke hospital.

Dia menelefon abangnya yang keluar tadi untuk berdating dengan Natasha. Berkali kali mendail,semuanya masuk peti suara. Emelda mendengus dalam tangisan.

Lagilah dia terpempan pabila doktor mengkhabarkan bahawa hidup mama dan papanya tidak lama. Malam itu Emelda merasakan dunianya gelap tiba2. Abangnya hilang entah ke mana. Mama dan papanya pergi meninggalkannya buat selama lamanya.

Dia menangis di depan ER yang menempatkan mama dan papanya. Sampai bengkak matanya keesokan harinya...

Pabila Erik menelefonnya..dia kembali bersemangat sedikit. Tapi...nasibnya kembali malang pabila Erik menuduhnya penipu kerana merahsiakan identiti dirinya.

"Cik?"suara garau seorang lelaki mengejutkan Emelda daripada bayangan silamnya. Bayangan silam yang mengubah keseluruhan hidupnya.

Emelda mengangkat wajahnya. Air mata sempat disapu. Malu memperlihatkan kelemahan diri kepada orang lain.

'Eleh..tadi kau menjerit tak pulak malu?'desis hati Emelda sendiri.

"Ya?"dengan suara serak2 basah Emelda berpaling.

Saat matanya dan mata lelaki yang menegurnya itu bersatu..Emelda terpempan.

'Dia!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience