12

Romance Completed 3527

"Waaaahh!"

Emelda tidak terkecuali daripada memuji keindahan ciptaan sang pencipta langit dan bumi. Kebiruan air terjun itu sangat memukau.

Pergerakan air yang deras di bahagian tengah itu dan kemudian mengalir dengan perlahan ke bahagian ulu amat menenangkan.

"Cantik kan?"Erik menyoal. Matanya tidak dikalihkan daripada memandang wajah Emelda. Dia suka dengan wajah teruja Emelda sekarang ini.

Emelda yang tak syak apa2 mengangguk laju tanpa memandangnya. Matanya masih ralit memerhatikan keindahan yang ada di depan matanya ini. Dia sudah tidak kisah tentang badannya yang masih dalam gendongan Erik.

"Okay...kita barbeque kat sini!"Howell mengarah kawan2nya. Semua membantu melakukan kerja berbabeque itu.

"Dah lah..turunkan saya. Awak pergilah ikut mereka memanggang tu..."halau Emelda. Terjungkit kening Erik.

"Amboi..menghalau ker?"

"Dah tau..jangan pura2 tak tau lak..."balas Emelda selamba. Dia terus melabuhkan punggung di atas sebuah pokok tumbang disitu. Tanpa dia sedari,Erik turut mengikuti perlakuannya itu.

"Kau..ada rasa apa2 tak ikut camping ni?"Emelda mengerutkan kening. Hairan...

"Kenapa tanya?"

"Saja.."

Diam...kedua dua mereka merenung ke dalam air terjun itu.

"Takda rasa pa pe.."perlahan Emelda menjawab tanpa memandang wajah Erik.

Berubah sedikit riak wajah Erik saat itu. 'Kenapa pulak aku nak rasa kecewa ni?'bisik hati Erik sendiri.

"Aku ada rasa sesuatu..."Emelda memandangnya.

"Aku rasa aku suk...."

"Erik!"tak sempat Erik menyambung kata2nya...Howell memanggil dari jauh. Tumpuan mereka berdua beralih ke arah Howell.

"Oiii..sini lah tolong!Kang tak bagi apa2 nanti..jangan nangis belakang khemah!"perli Howell.

Semua mata memandang ke arah mereka berdua. Emelda memalingkan wajahnya ke arah lain. Malu gila!

"Aku gi sana lok la..kalau ada pa2..panggil jer aku"ujar Erik lalu berlalu ke arah geng2 mereka.

Emelda dibiarkan disitu kerana masih ingin menikmati pemandangan disitu.

Lagipun,dia awal2 lagi sudah diberikan amaran untuk tidak melakukan apa2 kerja berat. Memandangkan luka kakinya yang agak dalam,mereka takut nanti luka tu akan berdarah balik jika banyak bergerak.

'Saya tipu Erik. Saya ada rasa sesuatu bila ikut kem ini. Saya rasa berdebar debar bila awak ada...rasa bahagia bila awak ambil berat pasal saya..rasa kecewa bila awak pergi....'luah Emelda di dalam hati. Memang tak lah dia akan suarakan benda tu. Kang kena label minah psycho lak.

Awal tadi cakap tak..sekarang tiba2 cakap ya. Haih..runsing. Perasaan orang perempuan memang cam ni ker?Apa yang nak diluahkan,yang sebenar benarnya nak diluahkan hanya akan mampu diluahkan di dalam hati sahaja. Tapi,tak punya keyakinan serta keberanian untuk luah depan2.

Emelda hanya memandang Erik dari kejauhan sahaja. Kelihatan wajah putih susu Erik kemerah merahan menahan haba dari api pemanggang mereka.

'Saya tak pasti..perasaan ini suka kerna cinta atau..suka kerna awak sahabat saya..'Emelda bermonolog sendirian.

Akhirnya dia hanya mampu mengeluh dan memandang aliran air sungai di hadapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience