6

Romance Completed 3509

"Mell!!"Erik yang hanya duduk di hadapan Emelda berpusing ke belakang menghadap gadis itu.

"Hmm?"

Erik mendengus. Tak puas hati apabila hanya itu sahaja yang dibalas oleh Emelda. Ralit dia memandang Emelda yang masih sibuk menyiapkan kerja Bahasa Inggerisnya.

"Emel!"Erik memanggil lagi kuat.

"Hmmm??"makin tinggi juga suara Emelda.

"Emelda Welison!"full name. Terangkat kepala tuan punya nama. Keningnya dikerutkan. Sir Robin Teo yang di depan dikerling sekilas.

Sir Robin Teo aka guru English mereka menyuruh pelajar 5G untuk menulis sebuah karangan surat rasmi. Oleh sebab itulah keadaan di dalam kelas itu sunyi sepi. Semua sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

"Apa awak nak?"Emelda menyoal malas. Pandangannya dialihkan ke arah kertas kajang nya dan mula menulis kembali.

"Nak kau boleh?"Erik menyoal sambil tersengih. Pantas kepala Emelda terangkat. Matanya tajam merenung anak mata hazel milik Erik. Bibir diketap geram.

"Okok...sebenarnya aku nak kau tolong translatekan ni untuk aku..."Erik menyuakan kertas kajangnya dengan tulisan 'Saya kerusi merah beruang merah'

"Apa kejadah benda ni?"Emelda menyoal setelah membaca ayat itu.

"Ala aku nak kau tolong translatekan. Bukan nak kau buat ayat pun.."muncung Erik keluar.

"I chair red bear red"senafas sahaja Emelda mentranslate ayat itu. Kemudian dia mula menulis kembali.

"Hah?Tak dengar..kuat sikit."Erik meminta.

"I chair red bear red!"suara Emelda naik satu oktaf menyebabkan Sir Robin Teo merenung ke arahnya.

"Ceret-beret?"Sir Robin Teo menyoal.

Emelda terkedu. Jap!I chair red bear red...cis..bunyi dia 'I ceret beret!'

Erik yang sudah menoleh ke hadapan sudah bergegar gegar badannya menahan ketawa. Emelda merenung belakang Erik bagai nak dimakan sahaja gayanya. Seluruh kelas apa lagi....pecah ketawa mereka.

"You ceret ker,Mel?"Jessy menyoal dengan muka merah menahan ketawa.

"Aiyaaa..tau lah ceret,tak payah kut nak hebohkan"sampuk Bobby.

"Are you serious Emelda?"Sir Robin Teo menyoal dengan wajah yang...hmm..percaya habis.

"If you want to go to the toilet,you may go now..No..you must go now"Sir Robin Teo sudah berdiri...risau dengan keadaan anak muridnya itu.

Emelda apa lagi. Habis perkataan mencarut disebutnya didalam hati. Malu bukan kepalang....'Tak pa Mel..kau malu tak pa..ada ubi ada batas,ada ubi aku balas!'Tekad Emelda di dalam hati.

"Malu ker?"Jessiah yang duduk di sebelahnya menyoal.

"Hah?"Emelda menjungkitkan keningnya.

"Jangan malu..pergi jer. Takut terceret pula kat sini"Emelda menatap lama wajah lurus Jessiah. Ishhh..mereka ni percaya bulat2 ke?

"Emel?"Sir Robin Teo menyoal lagi sambil mengerutkan dahi luasnya.

"Err..no Sir. It is just..A crazy guy ask me to help him just now to translate some meanings. I think it sounds like 'ceret beret' but actually it is 'chair red bear red'. Dont misunderstanding me,Sir..."jelas Emelda.

Ketawa seluruh kelas sudah mula reda. Tiba2....

"Kah kah kah!!!"Erik ketawa kuat secara mengejut. Semua mata tertumpu ke arahnya yang ketawa terbahak bahak tak hingat dunia. Malah menekan nekan perut lagi tu. Bersungguh beno budak ni ketawa.

Emelda yang duduk di belakangnya memandang geram.Dikepal penumbuknya.

"Sabar sabar"Jessiah mengusap belakang kawannya itu.

"Was a crazy guy you mention just now is Erik?"Sir Robin Teo menyoal lagi.

Pantas Emelda menganggukkan kepalanya laju.

"Erik!"panggilan Sir Robin Teo menghentikan ketawa Erik serta merta. Berubah kelat wajah Erik memandang Sir Robin Teo di depan.

Emelda yang berada di belakang sudah menahan senyum.

"Go out...!You disturbing my class!"tegas Sir Robin Tei mengarah. Erik mengeluh. Dia berdiri dan sempat berpusing ke belakang.

"I got you!Gotcha!"Erik menyambung tawanya semula. Tetapi nadanya lebih terkawal. Seraya itu dia melangkah keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience