9

Romance Completed 3509

Nak tergelak pun ada. Emelda memandang wajah Erik dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Nak tak?"Jessiah menyoal lagi.

"Aku on jer..."Erik menyatakan persetujuannya sekali lagi.

"Ya ya..Im in"Jeremiah pula menyampuk.

"I need to ask my dad's permission first"sampuk Nur Aina.

"Lets party!"Howell bersorak.

"Ok..semua on. Kau?"Wajah Jessiah penuh mengharap memandang wajah sahabatnya itu.

"Aku..errr.."

"Alaaa...kita camping kat taman negara jer lah. Bukan dekat hutan real pun. Kalau sesat,nanti kita boleh check gps pengesan. "jelas Jessiah bersungguh sungguh.

"Ker kau penakut sebab tu tak nak ikut?"tuduh Erik. Emelda mengetap bibirnya. 'Bukanlah..tapi masa korang camping tu,abang aku ada race. Tak nak lah aku miss race dia'Emelda berkata kata. Tetapi hanya di dalam hati.

"Boley lah..boley lahh!"Jessy pula memujuk. Pelajar 5G ni memang pelik. Ehh..bukan pelajar..bekas pelajar. Ya..mereka sudah pun selesai SPM. Dan Howell menyatakan hasratnya untuk membuat gathering satu kelas dengan camping bersama sama di Taman Negara Mulu.

And..unbelievable,semua orang bersetuju. Selalunya kalau anak golongan berada ni jarang nak masuk hutan. Lagi2 perempuan. Banyak nyamuk katanya. Tapi mereka ni lain. Benda macam tu juga mereka nak buat. And tak pernah2 dibuat orang lagi reunion dalam hutan.

"Okay fine!Im in!"akhirnya. Keputusan yang mereka tunggu2. Emelda bersetuju dalam keterpaksaan.

"Okay..camping will be held on next week. Semua perbelanjaan on me so dont worry. Cuma korang just perlu bawa barang sendiri and wang saku. Sebelum cau kita akan berkumpul kat foyer. Kita pergi sama2. Thats all!"ujar Howell dan...meeting tak rasmi itu pun selesai.

......

"Hai!"Emelda terkejut lalu memandang orang disebelahnya. Terbeliak matanya.

"Heii hei..tempat lain penuh. So can I sit here?"Mata Emelda meliar. Ada jer pun kerusi kosong.

"Dah duduk dah pun. Ada ke doktor bedah dulu baru cakap pesakit tu sebenarnya sakit apa?"Emelda memerli. Mamat disebelahnya tayang sengih.

Emelda hanya memandang ke luar tingkap. Perjalanan mereka ke Taman Negara Mulu akan mengambil masa selama 3 jam. Jadi dia hanya menghabiskan masanya untuk menghayati suasana alam semulajadi yang ada sepanjang perjalanan itu.

"Mel..."

"Hmm?"

"Mel"

"Hmm?"

"Mel"

"I know my name is nicer than yours. But can you please stop calling it?It is disturbing me..."marah Emelda.

"I just love calling it. Cant I?"mamat disebelahnya dijeling sekilas. Menyesal lak tak tulis hak miliknya kat atas kerusi tu tadi supaya mamat ni tak duduk situ.

"Hey guys...."suasana di dalam bas mewah yang senyap itu gamat dengan suara Erik. Emelda menjeling ke sebelahnya. 'Apa pulak mamat ni nak buat?'

"Boring nya perjalanan kita..."rungut Erik selamba. Tergamam semua yang ada disitu.

"Nyanyi nak?"cadang Erik. Semua hanya diam.

"Hmm..orang cakap kalau diam tu tandanya setuju lah"ujar Erik seraya itu dia menarik keluar gitarnya dari atas dek. Emelda tergamam..Sejak bila dia letak gitar kat atas tu?

"Lagu ni...khas untuk seseorang yang tak dikenali...."diam.

"Beribu bintang di langit kini menghilang,
Meraba aku dalam kelam...
Rembulan mengambang kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah..."

Emelda agak terkedu mendengar suara jantan milik Erik tika menyanyi. Merdu sungguh. Ralit dia memandang ke arah Erik yang leka menyanyi sambil memetik gitar mendendangkan lagu Kau Ilhamku karya Man Bai.

Tiba2.....

Erik tiba2 memandangnya. Bersama senyuman. Yang menonjolkan smiley eyesnya. Emelda akui kelebihan Erik yang satu ini. Erik takda lesung pipi seperti yang Emelda miliki tetapi Erik miliki smiley eyes yang sangat comel.

Mereka berpandangan seketika. Jantung mula memainkan peranan. Adrenalin ni memang pelik kadang kala. Masa belajar form 4 dulu,adrenalin bertujuan untuk menyediakan tubuh tika situasi cemas. Adrenalin akan mengepam jantung dengan laju supaya keseluruh organ dapat bekalan darah yang cukup. Tapi masalahnya sekarang dia tengah cemas ke?

"Ehem ...."Jessiah yang berada di belakang mereka berdua berdehem. Mereka berdua menjadi perhatian kerana tumpuan keseluruhan tadi kepada Erik..dan sekarang pun masih sama.

Pantas Emelda memalingkan wajahnya. Dia agak pelik plus malu. Pelik dengan pandangan mata Erik yang memukau...erk..dan malu kerana kena red caught.

Erik hanya tersenyum disebelahnya.

"Tau lah lepasan SPM. Tapi janganlah sekarang oiii!"usik Jimmy.

"Eh eh..no no!Emelda aku punya. Langkah mayat aku dulu Rik!"Howell pula menyampuk. Erik menjengil kan matanya.

Emelda hanya berdiam diri. Pandangannya dihalakan ke luar. Wajahnya sudah panas.

"Ehh..ada orang guna blusher original lah!"Tiba2 Si unta...ehh Camel or Cemeliana yang duduk bersebelahan dengan Jessiah di belakang mula mengganggu ketenteraman perasaannya. Dijeling sekilas Camel yang berada di belakang.

"Ehh siapa?I pun nak!Tentu cantikkan blusher original tu?"Jessy pula menyampuk.

'Hishh..nasiblah badan'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience