22

Romance Completed 3509

Erik hanya mampu termenung di dalam pejabatnya. Komputer yang memaparkan gambar Emelda itu ditenung lama. Percaya atau tidak,dia ambil gambar Emelda hasil daripada kerja mengintipnya di wall fac Emelda.

Akaun itu sudah 3 tahun tidak aktif sejak kejadian pertengkarannya dengan Emelda dahulu.

'Aku rindukan kau'
'No!Aku tak patut rindukan dia..dia dah musnahkan kepercayaan aku'
'Perkara tu dah lama berlalu. Forgive and forget jer lah'
'Senang kau cakap!Luka tu masih belum sembuh!'
'Huh..luka ker ego yang masih utuh tu?'
'Sial!'
'Kau rindukan dia..kau mesti dapatkan dia!'
'Buat apa nak dapatkan perempuan penipu tu?'
'Kau memang ego sekarang..tapi percayalah..kau akan kalah sebab rindu nanti'

Erik mengeluh. Otak dan hatinya yang bertingkah dengan satu sama lain itu amat mengusutkannya. Dipejam matanya buat seketika.

"Hey bro!"Jeremiah dengan selamba duduk berhadapan dengan Erik. Wajah kusut Erik ditenungnya hairan buat seketika. Kemudian...baru dia teringat. Spontan bibirnya mengukirkan senyuman.

"Dia ada buat kerjasama dengan syarikat kau"terangkat kening Erik. Hairan.

"Syarikat Trillion Stars tu milik Dato' Emelda Welison."selamba Jeremiah bercerita. Berkerut dahi Erik.

"Wait!Syarikat yang memiliki cawangan di serata dunia tu milik dia?"ujar Erik terkejut. Jeremiah hanya mengukirkan senyuman.

Erik terkelu. Huh..tak dia sangka gadis lurus itu dahulu mampu menjadi peneraju utama syarikat yang terkenal di pasaran antarabangsa itu. Tidak lama kemudian,dia mengukirkan sebuah senyuman sinis.

"Mesti dia gunakan kemahiran menipu dia untuk perangkap semua client dia"Jeremiah mengeluh.

"Up to you. Aku dah malas nak jelaskan kat kau mana yang betul. Betullah orang kata. Manusia hanya akan percaya benda yang mereka nak percaya."Jeremiah menjungkitkan bahunya. Kemudian dia meletakkan sebuah fail hitam di atas meja Erik.

"Ni kontrak kerjasama antara syarikat korang. Setiausaha CEO tu yang beri. Dia ada tinggalkan mail suara. Dengar sendiri."kemudian Jeremiah terus berlalu.

Erik berlagak biasa sambil menunggu sahabatnya menghilang. Hilang sahaja Jeremiah daripada pandangan matanya,pantas jarinya menekan butang biru di telefon pejabatnya.

"Hello..this is Emelda Welison the CEO of Trillion Stars. Saya minta maaf kerana tidak dapat menghulurkan sendiri surat kontrak itu kepada pihak tuan atas sebab tertentu...Saya harap kita dapat bekerjasama untuk membangunkan benda yang berguna untuk komuniti kelak."

Mail yang kedua...

"Hai..ni Emelda...Aku nak cakap minta maaf. Aku bukan menipu cuma aku tak bagitahu kau pasal diri aku. Aku tahu kau masih tak dapat maafkan aku. Tapi tak mengapa..Rasanya lebih selamat kalau kau tak payah tahu. Sebab aku takut kau akan terlibat. Biarlah kau jauh daripada aku..lebih selamat begitu. Lastly from me...aku harap kau CEO yang profesional. Jangan tolak kerjasama ni sebab orang tu aku...Bye"

Erik tersandar di kerusinya. Nafas panjang dikeluhkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience