21

Romance Completed 3509

Emelda bingkas bangkit berdiri. Tiada senyuman terpamer di wajahnya.

"Hai,Mel!"sapa lelaki yang berada di sebelah lelaki yang menegurnya tadi. Emelda hanya menoleh dingin.

"Sorry. Aku pergi dulu.."pamit Emelda dengan wajah serius.

"Jap!Tunggu!"Emelda berhenti. Tetapi tidak menoleh.

"Ingat aku kan?"soal lelaki yang peramah tadi.

"Tak.."pendek jawapan Emelda. 'Tipu kau Mel!Kau tak kenal dia?'

"Aku Jeremiah..exclassmates kau dulu.."ceria Jeremiah memperkenalkan diri. Emelda terus berlalu seusai Jeremiah berkata begitu.

Terkedu Jeremiah.

"Erik..mata aku tak salah tengok kan?"soal Jeremiah lurus. Dipandangnya wajah Erik yang termenung itu.

"Erik!"jerit Jeremiah. Tersentak Erik.

"Apa?"

"Tu Emelda kan?Emelda exclassmate kita dulu tu?"sengaja Jeremiah bertanya.

Erik mendengus. Kemudian dia mengeluh. Dia rindu akan wajah itu..dia rindu nak bertekak dengan gadis itu...tapi disebabkan ego,dia sorokkan rindu itu sedalam yang mungkin.

Hanya jungkitan bahu yang Erik balas. Dia sendiri tak sangka akan berjumpa kembali dengan gadis yang telah mengeluarkan beast dalam dirinya itu. Lebih mengejutkan Erik...tiada senyuman pada wajah itu.

Selalunya kalau dulu,bila berjumpa jer..mesti senyuman riang akan menghiasi wajah itu.Ah..rindunya kenangan lalu.

Tapi tadi..kalau tak silap matanya..mata Emelda tadi penuh dengan kesakitan,keperitan,dendam..serta...kedinginan.

Personaliti Emelda juga turut berubah. Jika dulu dia seorang yang ceria..riang. Tapi tadi dia seolah olah orang lain. Sangat dingin,malah menafikan bahawa dia tidak mengenali Jeremiah.

Fizikal juga begitu. Emelda yang dulu ketinggiannya sering menjadi bahan ejekan,kini sudah boleh menjadi model tetap. Badannya yang langsing nampak amat menggoda dengan baju kemeja body shape berwarna merah terang. Dikenakan dengan seluar slack hitam. Lengan kemeja yang dilipat hingga ke siku menyerlahkan aura tegas disekeliling gadis itu.

Jika dulu Emelda seorang yang jakun menggunakan high heels..tetapi tadi,high heels hitam itu nampak macam biasa dipakai oleh si pemakai sahaja gayanya.

Ya...itu Emelda. Tapi bukan Emelda yang dulu. Emelda yang mereka jumpa tadi ibarat Emelda yang telah dilahirkan semula.

"Hoi!"jerit Jeremiah. 'Alahai kawan aku ni..boleh pula mengelamun. Ingatkan Emel ker?Tu lah..ego sangat!'kutuk Jeremiah di dalam hati.

"Pa hal kau?!"Erik mula meletus. Jeremiah tersengih.

"Tulah..aku panggil dari tadi tak dengar. Ingatkan Emelda ker?"perli Jeremiah.

"Shit!"carut Erik. Jeremiah membuntangkan matanya.

"Hoiii bangang! Kau mencarut depan makanan kut!"marah Jeremiah.

"Dah lah!Takda selera aku nak makan!Kau makan!Then bayar sendiri."Erik terus pergi dari situ meninggalkan Jeremiah bersendirian di kedai makan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience