7

Romance Completed 3509

Hujung minggu menjelang tiba. Emelda masih bermalas malasan di atas katilnya biarpun jarum jam sudah menginjak ke pukul 8:30 pagi. Papanya takda hujung minggu ini kerana outatation ke Jepun tentang business. Mamanya pula dah ke pejabat menguruskan sesuatu. Abangnya...hmmm..

"Mel!"bunyi pintu dikuak perlahan dari luar. Kemudian terasa hujung katil dihenyak.

Emelda memandang abangnya.

"Jalan2 jum..."ajak abangnya bersungguh sungguh. 'Ceh..ingatkan apa lah tadi...'

Emelda memejamkan kembali matanya. Ajakkan abangnya dibiarkan berlalu.

"Lepas shopping kita gi litar. Nak tak?Kalau tak nak tak...."

"Wait 30 minutes!"pintas Emelda lalu laju sahaja kakinya menuju ke bilik air di dalam biliknya itu. Kedengaran bunyi ketawa abangnya dari luar bilik air.

Dia memang pantang kalau dengar bab litar ni. Sebab dia sukakan kelajuan. Dia suka kepantasan. Biarpun dia hanya akan duduk di sebelah pemandu,dia tetap merasa teruja. Abangnya selalu menjadi mangsanya untuk menjadi pemandunya ketika berada di litar.

Ya lah..kalau dia yang pandu nanti,ada juga yang masuk kawasan penonton. Nanti orang drift kat selekoh,dia drift kat laluan penonton. Tak ke naya.

Handset dan topi dicapai lalu kakinya menuju ke arah lift untuk ke bawah. Sampai sahaja di garaj besar milik keluarganya,dia hampa. Lamborghini abangnya tiada di situ. Penumpuk dikepal.

"Ish..kan suruh tunggu tadi!Takkan lah 30 minutes pun tak boleh tunggu?Ok lah kut 30 minutes..takkan lah aku terlajak lak?"omel Emelda sendirian di garaj sambil menilik jam Daniel Wellington di tangan kanannya. Dia bersandar kecewa di badan Audi biru keluarganya. Tiba2...

Pin pin! Pantas Emelda mengangkat wajahnya. Bercahaya mata bulatnya pabila melihat Ferrari hitam diberhentikan di depan garaj itu.

"Hahaha...muka!Tentu ingat dah kena tinggal"ejek abangnya. Berubah terus wajah Emelda. Daripada bercahaya,terus menjadi garang.

"Abang ni lah!Mel ingat abang guna Lambo..tup tup,keluar Fer..."ujar Emelda geram.

"Hari ni abang ada race..tak nak lah guna Lambo. Sebab lawan abang kali ni guna Black Spider..takkan lah nak kalahkan guna Lambo jer kan?Lagipun TurboNos Fer lagi top daripada Lambo ni."jelas abangnya.

"Ni nak masuk ke tak nak?"abangnya menyoal dari dalam kereta.

"Ofc lah nak!"pantas sahaja Emelda ke pintu sebelah pemandu lalu diboloskan dirinya ke dalam perut kereta itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience