"Ni semua Emelda punya plan"ujar Jessiah sambil menangis pabila Erik mengajukan soalan kepadanya.
Erik memandang wajah kaku yang baring di atas katil hospital itu. Luluh hatinya melihat tubuh itu terbaring lesu dengan bermacam wayar yang dilekatkan pada tubuhnya.
Kemudian,Erik meraup rambutnya. Demamnya yang teruk haritu nasib dah mula kebah..
"Kau ceritakan daripada awal!Jangan tinggalkan apa2 walau secebis pun!"arah Erik kuat.
"It starts when...."
Imbas kembali...
"Gerald..kau ajak Jessiah,Howell and Josh to come here..."Gerald mengangguk
Mereka mengadakan perbincangan di sebuah bilik bawah tanah milik Howell. Howell..sapa sangka orang yang menyebabkannya bergaduh dengan Erik dulu ialah sepupunya sendiri?Tapi,setelah seminggu kejadian itu..bagai ditakdirkan..Emelda terserempak dengan Howell yang sedang dikepung oleh beberapa orang lelaki di Las Vegas.
Dengan kemahiran yang ada,dia membantu Howell menumpaskan 10 orang lelaki sekaligus. Setelah kejadian itu,Howell meminta maaf. Dan hubungan mereka semakin bertambah baik.
"Aku nak kau jadi orang dalam Natasha."serius Emelda berkata.
"Chop chop!Hei..why dont we just trace them with the gps? It is possible for us to detect where she is by using her car's gps,right?"Joshua memberi cadangan.
"No. Im afraid she will get to know. Aku nak dia buat pengakuan sebelum kita tangkap dia."Emelda menerangkan.
"Then,what do you want us to do?Im just in"ujar Joshua.
"Macam ni...Howell ngan bro Josh..korang dua menyamar jadi orang dalam dia. Yakinkan dia untuk terima korang berdua. Buatlah cerita apapun asalkan dia terima korang untuk jadi under dia."serius Emelda berkata sambil matanya memandang Howell dan Joshua silih berganti.
Dua orang yang berbeza umur itu hanya mengangguk.
"Aku?"Jessiah menyampuk.
"Kau akan khianati aku..."tanpa riak Emelda memberi tugas kepada sahabatnya itu. Membulat mata Jessiah mendengarnya.
"But how?Kau tahukan aku tak pandai menipu?"
"Tak pandai apanya kalau kau masih boleh sorokkan hubungan kau ngan Jeremiah daripada aku..."Kata2 Emelda yang serius itu mengkelukan lidah Jessiah. 'Dia marah tak?'
"Tak..aku tak marah pun. I urge Jeremiah to tell me everything."Jessiah hanya tersengih.
"So..back to the topic. Kau akan acting yang aku ni kawan yang jahat. Kau buat cerita apa2 kat dia. Minta kepercayaan penuh daripada dia."Jessiah mengangguk teragak agak.
"And one more thing. Kalau nak inform aku apa2..jangan bercakap. Just message. Aku pasti ada orang yang akan menjadi tali barut. Or maybe dia ada klonkan fon aku."Emelda mengingatkan kepada rakan dan sepupu2nya.
Kejadian di dalam pejabat...
-Good job-
Emelda terus menaip message kepada Jessiah setelah lakonan mereka untuk buat2 bergaduh itu berjaya.
Kejadian pukul di basement...
Sehari sebelum hari kejadian,Emelda menerima message daripada Jessiah bahawa Natasha menyuruhnya untuk menculik Emelda. Jadi..mereka menjadikan keinginan Natasha itu sebuah realiti.
Emelda menuju ke keretanya sambil melambung lambungkan kuncinya. Dia buat2 terkejut saat Jessiah berada di depannya lalu menangkap lambung kuncinya. Emelda sengaja tidak perasan akan kehadiran kayu besbal di belakang Jessiah.
Kemudian,Emelda sengaja membelakangkan Jessiah dengan sengaja ingin membuka pintu keretanya.
Jessiah terus memukul kepala Emelda. Nampak agak kuat tapi apalah sangat setakat pukul guna kayu besbol yang diperbuat daripada kapas itu?
Mereka buatnya seperti real kerana Emelda tahu setiap gerak gerinya dipantau oleh orang2 Natasha.
Di dalam sebuah van gelap...Jessiah memakeupkan wajah Emelda. Kemudian,darah terpakai yang berjaya diambil daripada hospital dengan bantuan orang dalam itu dititiskan di kepala Emelda agar kepala Emelda kelihatan seperti berdarah.
Jessiah kemudiannya senyum dengan hasil kerjanya. Kemudian,ubat penenang itu disuntikkan ke dalam badan Emelda.
Sementara Natasha sibuk 'berbual' dengan Emelda di dalam bilik besar itu,Jessiah,Howell serta Joshua menumpaskan orang2 Natasha yang lainnya dengan senyap. Kemudian,mereka bertiga melepaskan Erik dan Emir lalu dibawa ke kereta yang ada disitu.
Kemudian,mereka bertiga menghubungi pihak polis. Rancangan senyap mereka bertiga telah berjaya menyelamatkan nyawa Emir yang sudah lemah itu serta Erik.
Namun,semuanya tidak disangka pabila kealpaan mereka bertiga telah menyebabkan Emelda kena tembak di bahagian bawah rusuk.
Kini..di hospital..
Share this novel