26

Romance Completed 3509

Jessiah masih termenung di meja kedai makan itu. Dia masih menunggu seseorang.

"Sorry..aku lambat"pinta Erik lalu selamba dia melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Jessiah.

Jessiah tidak berkutik. Hanya matanya sahaja yang meneliti wajah kusut jejaka tampan yang sudah tidak tampan di depannya itu.

"Kau dah order?"Erik menyoal pabila melihat tiada sebarang minuman apatah lagi makanan di atas meja itu.

"Kau tenung aku asal?Aku bukan makanan"Erik cuba berseloroh tetapi senyumannya kendur melihat wajah serius Jessiah.

"Kenapa?"soal Erik. Cuak lah jugak ditenung macam dia seorang pesalah.

"Ibu bapa Emelda mati sehari sebelum kau buang dia daripada hidup kau..Abang dia hilang tak tahu dimana pada hari tersebut. Saudara mara ibu dan bapa Emelda tuduh dia pembawa malang..."Jessiah mula bersuara setelah lama mendiamkan diri.

Erik terkedu. Agak susah dia menerima kenyataan itu. Terasa bersalah ya amat pabila dia mengenangkan bagaimana dia menghina Emelda waktu itu. Patutlah Jessiah merenungnya bagai pesalah...dia sememangnya seorang penjenayah yang telah melakukan kesalahan merobekkan perasaan seorang sahabat yang sudah bertahun tahun bersamanya.

"Kau dapat tahu dia keluarga berada daripada Howell kan?Kau percaya kata2 Howell?Kenapa kau tak tanya dia sendiri?Kenapa kau tak bagi peluang untuk dia membela diri?Everything happens for a reason. Dia mungkin tidak memaklumkan kau siapa dia kerana bersebab. Aku tak tahu..tapi aku yakin dia ada sebab yang kukuh. Aku baru berkawan dengan dia 3 tahun tapi aku dapat teka ada sesuatu yang dia sembunyikan hanya melalui mata dia jer. Kau yang dah 7 tahun berkawan dengan dia..tapi kau masih tak dapat nak kenal dia?Macam tu kau nak megahkan hubungan persahabatan korang berdua?!"Jessiah memandang tepat ke dalam mata Erik yang nampak terkedu dengan segala kata2 dia.

Kolam air mata Jessiah mula bertakung.

"Kau sememangnya tak layak nak jadi kawan dia,kau tahu tak?!"jerkah Jessiah. Kesabarannya sudah memuncak. Lagilah pabila dia dapat tahu Emelda berubah 360 darjah selepas kejadian itu. Malah sekembalinya Emelda daripada Las Vegas..sahabatnya itu terus menjadi orang lain.

"Sebagai seorang sahabat..kau sepatutnya lebih memahami. Pada waktu dia susah..kau patutnya menjadi keceriaan dia. Tapi apa kau buat?!Kau tambahkan beban dia. Kenyataan yang kau berikan kepada dia menyebabkan dia menjadi orang lain. Kalau dulu dia mudah sangat terluka dengan kata2 cacian kau...tapi sekarang..aku sendiri pun susah nak describe. Kau tu yang sial kau tau tak?!"tengking Jessiah.

Jatuh sudah air matanya pabila mengenang kembali kata2 Erik kepada Emelda dahulu. Waktu itu dia turut berada disitu. Dia baru sahaja nak menyapa tetapi pabila melihat wajah menyinga Erik serta wajah kecewa Emelda..dia mengambil keputusan untuk bersembunyi dan memasang telinga. Setelah itu..dia mencari siapa orang yang bertanggungjawab menjadi tattletale mengenai perkara itu.

Dan dia dapati..orang itu ialah Howell. Kalaulah dia pandai seni pertahankan diri..memang masuk ICU dia kerjakan Howell saat itu. Tapi..Howell bertuah kerana dia tidak tahu seni pertahankan diri.

Jessiah mendengus melihat kebisuan Erik.

"Kalau kau nak sangat dia berambus daripada hidup kau...kau tak payah susah2. Tunggu dengan sabar jer 2 3 bulan ni. Lepastu..kau tkkan dapat jejak pun dia kat mana lepas tu"Jessiah terus berlalu pergi meninggalkan Erik yang termangu mangu di situ. Ada mata2 yang memandang. Dia peduli apa?Janji dia dah luahkan semuanya. Dia sendiri turut terluka dengan apa yang Erik telah lakukan kepada sahabatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience