1

Romance Completed 3509

Hari yang ceria di SMK Garden Hills. Sebuah sekolah persendirian yang hanya dihuni oleh golongan pelajar daripada keluarga elit sahaja.

Emelda berlari laju menuju ke gate utama sekolahnya. Tetapi,tangan panjang yang didepakan di hadapannya menghentikan langkahnya. Membulat matanya.

'Aduh...Not again!'keluh Emelda di dalam hati.

"Cik Emelda?"

Gulp!Bukan pengawas!Habislah!Habislah!

Emelda mendongakkan kepalanya melihat gerangan orang yang menghalang laluannya..atau lebih tepat lagi,yang dapat menangkapnya.

"Kenapa datang lambat?Kamu tu pengawas library!Biarpun bukan pengawas sekolah,tetapi sebagai pengawas library,kamu sepatutnya beri contoh yang baik kepada pelajar lain!Kamu tu dah lah senior...bla bla.."Cikgu Abang mula membebel di tempat duduknya di dalam pejabat.

Emelda mula bosan. Taulah dia lambat,tapi bukannya sengaja!Ini abang dia punya pasallah!Hish!

Dengan langkah malas,Emelda menuju ke bilik darjahnya;5G...

"Kamu didenda mengemas library lepas habis sekolah...selama seminggu!"

Terngiang ngiang kata2 Cikgu Abang merangkap guru disiplin di SMK Garden Hills.

Tiba2...

Kedebuk!

"Adeh!"

"Auch!"

"Kau!"serentak Emelda dan 'orang yang dilanggarnya' berkata sambil jari telunjuk menunjuk ke arah satu sama lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience