27

Romance Completed 3509

Natasha masuk ke dalam sebuah rumah lama yang terletak di tengah2 hutan. Rumah itu dilengkapi dengan semua kelengkapan yang diperlukan. Dia membuka sebuah pintu yang terletak di belakang sekali.

Bilik yang kelam itu terang dengan cahaya lampu pendarfluor yang dipasang. Seorang lelaki yang sedang terbaring lesu itu mengangkatnya wajahnya. Dia merangkak perlahan lahan ke arah Natasha yang berdiri di pintu itu.

Tidak lama kemudian,langkahnya terhenti. Kakinya terbatas kerana telah digari dengan rantai besi. Natasha senyum sinis.

"Kau nak tahu tak,sayang?Adik kau tengah cari kau sekarang ni...."ujar Natasha lembut sambil memandang wajah lelaki itu yang berada 1 meter daripada tempatnya berdiri.

"Tapi!Dia rampas semua harta aku!!Dia tak tahu ker betapa susahnya aku nak dapatkan tu dulu!"tiba2 dia menjerit.

"Tu harta aku.."perlahan lahan suara lelaki itu keluar.

"Hah?Ehh ya..Harta kau..tapi kau kan husband aku. Maknanya harta aku jugak lah kan?Hahahaha"Natasha ketawa sinis.

"Tak sangka kan?Kau ni...belajar tinggi2 tapi masih dapat diperbodohkan aku..."ujar Natasha. Lelaki di hadapannya menggenggam penumbuk.

"Thats okay. Mungkin kau akan ada teman kat sini nanti"Natasha seperti memikir mikirkan sesuatu.

"Haaa..tentu kau tak sendirian lagi kalau aku bawa adik kau sekali ke sini kan?"Natasha menjungkitkan keningnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience