5

Romance Completed 3509

Petang itu merupakan subjek PJPK untuk kelas 5G. Kelas mereka terpaksa dipanjangkan hingga petang kerana tidak mempunyai masa yang mencukupi. Yalah...subjek yang mereka ambil bukannya sedikit. Ada 10 subjek kesemuanya.

"Okay..hari ini kita akan buat ujian segak! Kamu semua dah ada kat sini?Ada sesiapa tak yang masih kat bilik persalinan?"soal Cikgu Catherine selaku guru pendidikan jasmani kelas 5G.

Rata2 kesemua pelajar sudah ada di gelanggang ujian segak. Gelanggang itu memang khas untuk melakukan ujian segak sahaja. Peralatan yang diperlukan memang lengkap dan sudah sedia ada.

"Ha!Tu...tunggu!"jerit seorang gadis dari jauh sambil berlari menuju ke arah mereka. Emelda mengerutkan dahi. Kalau dilihat,itu bukan pelajar SMK Garden Hills. Sebab dia tidak pernah melihat pelajar itu.

Macam mana dia tahu?Huh...bilangan pelajar kat sekolah GH ni sedikit ja. Seramai 159orang jak. Bukannya susah nak cari kenalan. Oleh sebab bilangan pelajar yang sedikit,senanglah nak kenal dan ingat.

"Ya?"cikgu Catherine merenung pelajar di depannya. Pelajar yang tidak dikenali itu terbongkok bongkok menahan mengah akibat berlari tadi.'Tulah..siapa suruh warming up awal2'

"Huh!Saya Jessiah Susan John pelajar baru kat sini."jeda..

Kata2 yang keluar daripada mulutnya menarik perhatian pelajar 5G. Semua mata tertumpu ke arahnya.

"Jadi?"Howell selaku ketua kelas menyampuk sambil menjungkitkan kening luasnya.

"Saya masuk kelas 5G...nice to meet u'all"Jessiah mengukir senyuman. Salam perkenalannya itu membuatkan 15 pelajar disitu termasuk guru yang bertugas tercengang cengang.

Tiba2....ting!Mentol yang bernyala muncul secara terapung apung disebelah kepala Jessy.

"Owh!So,you lah pelajar baru tu?Datang dari Singapore right?"Jessy menyoal ingin mendapatkan kepastian. Pandangan yang tadinya dihalakan ke arah 'budak baharu' itu kini dipalingkan ke arah Jessy merangkap budak top 3 kelas itu.

"Yap! Betul3"Jessiah mengajuk gaya upin dan ipin.

"Owhh..."kelihatan rata2 pelajar disitu mengangguk kepala tanda mengerti...tetapi lain pula dengan Emelda. Keningnya masih berkerut memikirkan sesuatu.

'Kenapa aku tak kenal dia?'
'Pelajar kelas mana eh?'
'Dia cakap nama dia Jessiah...'
'Jessiah mana ehh?'
'Aku pernah jumpa ker?'

Emelda memandang Jessiah atas bawah dengan pandangan yang agak....

"Kau tengok dia macam tu kenapa?"Erik menyiku bahu Emelda. Tersentak Emelda dibuatnya.

"Awak kenal dia ker?"Emelda menyoal lurus.

"Adoi!"tiba2 Erik menepuk dahinya.

"Alahai lah kawan ku yang paling terpendek di dunia ini...Dia ni budak baru. Macam mana beta nak kenal.."Erik menjelaskan. Sempat lagi dia menyelitkan perihal ketinggian Emelda yang membuatkan Emelda menjelingnya tajam.

"Ala...wifi saya lambat sikit..sorry eh"Emelda hanya mampu tayang gigi kepada Jessiah. Hanya senyuman yang Jessiah berikan.

"Itu lah kau..tau lah kau pendek sekalipun..Tapi otak tu jangan pendek macam ketinggian kau"perli Erik. Tak puas hatinya pabila tidak melihat wajah merah Emelda yang menahan sabar dengan segala usikkannya.

"Eeii..mulalah tiang lampu ni!Awak tu lah..apa kurang nya?Badan tinggi tapi otak rendah..sebab apa?Sebab letak kat lutut!"balas Emelda sambil menjelirkan lidahnya.

Erik mula geram. Dia yang kenakan Emelda,alih2 dia pula yang terkena.'Memang nak kena budak pra sekolah ni!'

Berlakulah adegan kejar mengejar antara mereka berdua. Emelda menjadikan Jessiah sebagai perisainya. Jessiah yang dijadikan pendinding itu hanya mampu tergelak dengan adegan usik mengusik di depannya.

"Ni dua orang ni! Tom and Jerry!Sila berhenti!"Cikgu Catherine mula mengeluarkan kuasa vetonya untuk menghentikan aktiviti kanak2 riang antara Emelda dengan Erik.

Pantas Emelda dan Erik berpaling ke arah Cikgu Catherine dengan pandangan tak puas hati. 'Apa ni?Tom and Jerry?'Tiba2 kening Erik terjungkit sambil tersengih...

"Dont say a word,Erik!"Cikgu Catherine memberi amaran sebelum Erik berkata kata lebih lanjut. Memang tak lain tak bukan,mesti kata2nya yang mau keluar daripada mulutnya itu merupakan modal untuk mengusik Emelda.

Erik tayang sengih...Wuu,cikgu!Ada telepati ka boleh baca pikiran orang ni?

"Dah sini!Buat warm up,pastu buat ujian ni!Jessiah!Ada bawa rekod ujian segak?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience