29

Romance Completed 3509

Emelda mengetuk stering keretanya. Dia masih berfikir sama ada mahu pergi atau tidak. Tertera banner yang diluar lobi hotel itu. Tajam mata Emelda membaca setiap patah perkataan di banner itu.

'Majlis Perasmian Kerjasama Wisma Jaya dengan Trillion Stars'

Emelda mengherot herotkan bibirnya. 'Nak masuk,tak..Masuk,tak'

Dia berfikir lagi. Kalau dia masuk,dia akan berjumpa dengan Erik. Kalau dia jumpa dengan Erik,dia takut ada orang yang akan meragui hubungannya dengan Erik kelak. Dia tahu ada orang mengintip segala pergerakannya. Dia tak kisah jika dia yang menjadi sasaran tetapi tidak Erik. Dia tak sanggup nak menghadapi kehilangan orang lain lagi.

Emelda perasan ada orang memerhatikannya sewaktu perjumpaannya dengan Eric dua hari sebelumnya. Sebab itulah dia bergegas pergi waktu tu.

Dia takut Erik pula yang akan menjadi mangsa nanti. Dia masih ingat ugutan Natasha kepadanya.

-Orang disekeliling kau akan musnah-
-Setiap gerak geri kau dalam tangan aku-

Dua ugutan yang berupa message itu masih disimpannya. Dia tak takut..cuma dia khuatir jika ugutan pertama tu berlaku.

'Knock knock'

Emelda agak tersentak saat terdengar ketukan di cermin Honda Civicnya.

Kepalanya ditolehkan untuk melihat gerangan orang yang mengetuk cermin Hondanya.

'Erik!'
'Aduhh..apa dia buat kat sini?'

Dia menurunkan cermin keretanya. Sempat dia menjeling BMW hitam yang berada 3 meter di belakang keretanya.

"Tak nak masuk ker?"soal Erik bersama senyuman. Emelda terkedu. Sudah lama dia tidak melihat senyuman itu. Senyuman yang selalu dia ingati selama 3 tahun bersama Nendanya.

"Helloo?Miss CEO..our workers are waiting there..."Tiba2 pintu terbuka. Erik menghulurkan tangannya. Emelda mengeluh sedikit. Enjin Hondanya dimatikan. Kemudian dia melangkah keluar tanpa menyambut huluran tangan Erik.

Erik tersenyum kelat. Kemudian mereka berjalan beriringan ke dalam dewan hotel itu.

"Miss..you look hot!"ujar seorang pekerja lelaki yang menghadirkan diri. Erik memandang lelaki itu tajam membuat lelaki itu terus berlalu pergi.

Emelda hanya mengerutkan keningnya. Tadi beria ia senyum sampai puji bagai..tiba2 cau macam tu...

Setelah perasmian dilancarkan..makan2 diadakan. Kemudian diikuti dengan tarian. Sesiapa sahaja boleh menari di tengah2 dewan itu asalkan ada pasangan.

Emelda menilik dirinya di dalam cermin tandas itu. Butang bahagian leher dressnya dibuka. Maxidress yang digunanya menutupi keseluruhan lehernya menggunakan butang. Disebabkan rasa tidak selesa kerana renda kain itu,dia membukanya.

Tiba2 telefon bimbit miliknya berbunyi menandakan ada message masuk. Emelda menekan aplikasi whatsapp. Ada seseorang menghantar lagu kepadanya.
Lagu lama yang berjudul 'She's Gone'

Emelda kembali menutup telefon bimbitnya. Lagu itu bermaksud..mata2 orang Natasha tiada disekelilingnya kali ini.

Emelda yang keluar daripada tandas itu terkejut bila melihat Erik menunggu di luar tandas itu. Lelaki itu kelihatan segak bertuxedo biru gelap.

"Hai!"ujar Erik janggal.

"Hmm"pendek sahaja balasan Emelda. Mereka berjalan beriringan ke dewan itu.

"I miss you..."tersentak Emelda. Spontan langkah nya berhenti. Riak wajahnya menunjukkan 'Why tiba2?'

"Aku hanya rindukan kau..sebagai kawan.."sambung Erik.

"Sadly..but I dont"selamba Emelda mengungkapkan kata2 itu.

"Wait..Mel!"Erik merentap pergelangan tangan Emelda bila Emelda seakan ingin berlalu pergi.

"Aku..."

"What?!You what?!"potong Emelda.

"Just..go away. Can you?"ucap Emelda lalu menarik kuat tangannya daripada pegangan kejap Erik. Kemudian,dia terus berlalu dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience